Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

KARAT-KARAT JAHILIYAH



Karat dalam terma sains adalah selaput perang kemerahan yang terbentuk pada besi oleh tindakan udara dan air. Kalau dibiarkan lama, besi akan dimakan karat menyebabkan ia rosak dan punahlah sifat kebesiannya. Sebab itulah orang mengatakan hina besi karena karatnya, hina manusia karena hartanya. Maka hina seorang Muslim karena karat jahiliyah yang masih melekat padanya!


Soalannya: bagaimanakah generasi para sahabat bisa muncul sebagai generasi terbaik dan unik dalam sepanjang sejarah Islam dan kemanusiaan? Sedangkan sewaktu mereka baru mengenali Islam, unsur jahiliyah masih tebal dan pekat hitam menyelubungi masyarakat Quraisy. Apakah kaedah yang mereka pakai untuk menanggalkan karat-karat jahiliyah sehingga jasad dan ruh mereka bebas daripada belitan dan kongkongan rawasib jahili yang memenjarakan diri mereka – lantas menjadi peribadi Muslim yang taat dan patuh kepada Allah tanpa sebarang rasa ragu dan syak. Selepas itu tidak pernah lagi terulang munculnya sebuah generasi yang hebat memiliki karekteristik dan keunikan yang serupa. Justeru apakah penyebab dan rahasia keberhasilan mereka?


Jika diamati dan dikaji, para sahabat Rasulullah SAW mengambil al Quran sebagai asas pedoman dan perjuangan dalam kehidupan mereka. Al Quran itulah yang sedang berada di tangan kita sekarang. Demikian pula hadith Nabawi, mereka menjadikannya sebagai manual kerja yang mengoperasikan seluruh aspek kehidupan Islami. Kedua-dua al Quran dan hadith masih ada dan tersimpan rapi tanpa adulterasi. Ia mudah dicapai dan difahami melalui teks secara asli ataupun maya. Dan bahan-bahan inilah yang akan dibaca oleh generasi sesudah kita sehinggalah ke akhir waktu. Yang tidak bersama kita hanyalah jasad Rasulullah SAW – apakah ini sebab dan puncanya kenapa kita generasi sekarang tidak Rabbani, tidak Qurani dan tidak cemerlang seperti generasi awal? Sudah tentu jawabannya tidak. Seandainya keberadaan Rasulullah SAW menjadi rahasianya, nescaya Allah tidak akan menjadikan dakwah Islam sebagai kaffatan linnas wa rahmatan lil ‘alamin.


Asy Syahid Syed Qutb dalam analisisnya lewat buku Ma’alim fi al- Tariq, mencermati profil masyarakat para sahabat lalu mengupas pengamatannya terhadap persoalan di atas dengan mengemukakan 3 faktor utama yang menjadi ciri khas generasi al Quran yang pertama itu seperti berikut :-


Pertama :  al Quran sebagai sumber utama
Persepsi generasi sahabat terhadap al Quran adalah sebagai satu-satunya sumber dan landasan kehidupan. Dan hadith merupakan tafsir operasional daripada sumber utama itu. Sebab itulah apabila Sayidatina ‘Aisyah r.a. ditanya tentang akhlaq@peribadi Rasulullah SAW, beliau menjelaskan bahawa,”Budipekerti baginda adalah al Quran”. Justeru Rasulullah SAW adalah the walking al Quran becoz he walked the talk. Ia melaksanakan seluruh isi al Quran dalam totaliti kehidupannya tanpa sebarang ilat. Ketika sahabat mulai giat menegakkan Islam, peradaban besar semasa itu adalah Romawi, Cina, India dan Parsi. Sudah tentu ada hambatan budaya yang ketara pada waktu itu terhadap generasi sahabat. Namun Rasulullah SAW berjaya mencetak generasi yang spesifik – di mana hati, aqal, wawasan, ideologi dan orientasinya kebal dan terpelihara daripada tembusan pengaruh luar yang asing daripada manhaj al Quran. Mereka tidak terbaur dengan sistem jahiliyah yang kotor penuh cemaran dalam memahami sumber utama. Tradisi dan budaya asing daripada peradaban besar pada waktu itu berjaya ditambat terkekang dan tidak dibenarkan melacuri penafsiran ayat-ayat al Quran sehingga mengkabuti pemikiran generasi berikut dalam memahami mesej asli al Quran.


Kedua :  Metode penerimaan al Quran
Generasi awal semasa membaca al Quran tidak bermaksud untuk menyelongkar rahasia alam atau explorasi sains atau bagi tujuan memperkaya bahan ilmiah dan latihan intelektual. Akan tetapi mereka menerima al Quran tamsil menerima perintah daripada Allah untuk diterapkan secara langsung dalam kehidupan peribadi dan masyarakat. Respons mereka terhadap arahan Allah adalah spontan – bukan menggeliat mencari alasan untuk bertangguhan. Justeru kaedah penerimaan yang aplikatif itu, mereka mampu mempraktikkan kerja, meringankan beban tugas yang dipikul dalam melaksanakan urusan duniawi yang nyata dengan penuh dinamisme.  Ternyata mereka mempersepsi al Quran bukan sebagai bahan bacaan biasa  yang diambil daripada pustaka untuk dibaca sebagai penglipur lara atau sayembara. Al Quran bagi mereka adalah sistem hidup atau minhajul hayah. Jadi penurunan al Quran secara bertahap itu telah merongkai keserabutan nilai hidup masyarakat jahiliyah, membuka jendela baru ke arah ufuk kehidupan yang indah penuh kemanusiaan. Tarbiyah yang diperolehi terus daripada Allah melalui al Quran dengan bantuan hadith Nabawi telah memperbaiki mind set dan paradigme hidup. Setiap kesalahan ditegur dan diperbetulkan sesuai fitrah jiwa manusia. Dengan demikian mereka amat terasa keterikatan jiwa dengan Allah sebagai Pencipta – satu perasaan keintiman perhubungan al Khaliq dengan makhluq.


Ketiga :  Peminggiran daripada persepsi lama@tradisi
Pengikraran syahadah oleh seseorang sebagai Muslim berarti ia telah meninggal dan menghapuskan segala tradisi dan karat jahiliyahnya. Ia memulai hidup baru yang terputus dan terkerat jalur masa lampaunya yang jahiliyah secara mutlak. Ia melihat jahiliyah sebagai noda dan dosa, benci melihat kemungkaran, terasa amat kotor dan cemar yang hanya bisa terhapus dengan menerima Islam secara syamil dan kamil. Inilah yang digelar anjakan saujana paradigme.  Atas sikap inilah mereka menyerah diri kepada Islam, kepada Allah dan Rasul tanpa syarat. Maka tazkiyah jasadiyah dan ruhiyah pun berlakulah tanpa rasa asing, pelik dan terbeban. Isolasi perasaan yang mutlak ini menjadikan diri para sahabat generasi awal al Quran berupaya untuk wujud bersama [co-exist] dengan masyarakat jahiliyah dalam konteks hubungan dagang dan kehidupan harian, namun mereka tidak menyatukan jasad, perasaan, kecenderungan, pemikiran serta apa saja dengan nilai jahiliyah yang telah dikapan dan dikebumikan. Perubahan total ini semuanya berpunca daripada tawhid yang jelas yang berupaya menanggalkan berhala yang berada dalam diri dan di luar diri.


Ketiga-tiga ciri yang tertera di atas inilah yang tidak dimiliki oleh generasi berikutnya. Untuk mengembalikan kehebatan sebagai ummah terbaik, kita perlu mengembalikan semangat berQuran. Relong hati kita mesti dibuka seluas mungkin untuk membiarkan seluruh intipati Quran bersemayam dan membentuk jiwa yang salimah. Pemberdayaan ruhiyah ini perlu berlaku secara intensif dan pantas agar al Quran bisa berinteraksi lebih kuat dan mendalam dalam diri kita. Dengan demikian barulah kita dapat menanggalkan dan meninggalkan segala karat jahiliyah : kebodohan, kejelekan dan akhlaq orang-orang musyrik tradisi dan moden. Karat yang berharga hanyalah karat timbangan emas, selain daripada itu tiada nilai. Bagaimana pula dengan karat jahiliyah? Bukan sekadar tiada nilai di sisi Allah, malah ia menyebabkan laluan ke syurga menghadapi kesukaran yang amat. Ada peluang untuk mendapat kemurkaanNya dan siksaan yang pedih lagi azab yang tak kunjung sudah. 

Wallahu’alam,
4 Disember 2010




DALAM DIRI KITA MASIH ADA BERHALA




MaNuSiA  dengan segala potensi, kebolehan  dan kemampuan yang dianugerahi Allah berupaya melakukan tindakan sama ada bersifat positif @ negatif, maaruf @ mungkar semuanya adalah bertitik tolak di atas tahap kesedaran beragama masing-masing. Peringkat kesedaran beragama adalah tergantung kuat kepada sejauhmana  seseorang itu meletakkan dirinya dalam milieu tarbiyah untuk mencungkil kecenderungan semulajadi beragama seperti terungkap dalam Surah Al ‘Araf: 172 “Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab betul dan kami mempersaksikan”.  Akan tetapi malang bagi manusia yang malas berfikir, malas berdiskusi subjek yang berat terutamanya mengenai hakikat kehidupan dan perancangan hidup selepas mati, melihat dunia ini adalah segala-galanya. Maka setiap detik kesempatan dilibas dan ditelan macam buaya yang tak berlidah. Semua benda dirasai enak walaupun maksiat yang busuk bak bangkai, lantaran tekak dan perut serta di bawah perut tak mengenal halal haram.

Inilah yang digelar  kejahilan totok terhadap Allah SWT – manusia jenis ini merasai ia tercipta tanpa pencipta, keupayaan dan kekuatannya adalah kepunyaannya mutlak, tiada campurtangan mana-mana kuasa, sama ada dalam alam atau di luar alam. Lalu keberhasilan kerja yang dilakukan tiada lain daripada dirinya sendiri  yang menentukan kejayaannya.  Ia melupakan dan menidakkan bahawa Allah lah yang telah membantunya melakukan hal itu. 

Maknanya bahawa kejahilan terhadap Allah merupakan salah satu faktor penting yang menjerluskan seseorang kepada mempercayai diri sendiri adalah berkuasa/berwibawa/berpengaruh dalam menetapkan terjadi@berlakunya sesuatu. Dalam hal ini Allah tidak mempunyai tempat dan peranan dalam menentukan @ mengizinkan terjadinya keberuntungan, keberhasilan dan memberi taufiq. Manusia seperti ini selalunya akan merasa kagum terhadap sesuatu yang ia tidak memiliki peran terhadap keberadaannya.

Sesungguhnya solat yang kita tunaikan, puasa yang kita jalani, zikir yang kita amalkan, doa yang kita lantunkan, infaq dan sedaqah yang kita keluarkan serta amalan soleh lain yang kita lakukan, terjadi karena anugerah dan izin serta pertolongan Allah SWT. Allah adalah sumber segala kebaikan yang kita lakukan. Dialah yang memberikan kita seluruh faktor bagi menjadi@ merealisasikan sesuatu perkara dari detik ke detik. Jika Allah  mahu,  Ia berkuasa menghalang sesuatu itu daripada berlaku. Begitulah jua dengan kejahatan, ia terjadi di atas proses @ sunnatullah yang sama, namun bezanya kejahatan itu adalah pilihan manusia atas aqal yang Allah bekalkan, bukan anjuran Allah, dan manusia mesti bertanggungjawab atas perlakuannya.

Penafian manusia atas maksud dan kenyataan di atas adalah satu bukti kukuh dan jitu bahawa berhala masih tersimpan kukuh dalam dalam diri manusia dan menjadi sembahan dan punca syirik yang merendahkan martabatnya sebagai hamba yang sepatutnya patuh dan taat.

Wallahu’alam
21 November 2010

MATINYA PAUL SISOTONG KURITA

Sotong kurita adalah sejenis haiwan laut. Statusnya sama saja dengan makhluk Allah yang lain = tak berkuasa, tak berilmu, tak mengetahui perkara-perkara ghaib, melainkan Allah swt. Sotong ini diberitakan mati dua malam sudah selepas hidup selama 2 tahun. Ia pergi meninggalkan peminat bolasepak liga dunia yang taksub bodoh, kononnya Si Paul ini hebat menujumi dengan tepat pasukan yang akan menang dalam perlawanan bolasepak. Bayangkan otak siapa lebih besar dan bergeliga - manusiakah atau sotong? 

Sesuatu perkara yang bathil, apabila dipercayai, diyakini & dipujai, ia akan menjadi seolah-olah benar melalui medium syaitan, dengan izin Allah swt. Justeru mereka yang akalnya lebih kecil daripada akal sotong, imannya lebih lembik daripada badan sotong memang mudah mempercayai nujuman si Paul ini walaupun ketepatan itu berlaku atas dasar kebetulan, peranan syaitan mengambil kesempatan untuk menyesatkan anak Adam dan di luar rasional manusiawi yang waras dan berilmu. Dalam Surah Jinn:8-9 Allah telah menyatakan dengan jelas bahawa  rahasia langit yang suatu masa dulu pernah didengari oleh golongan jinn, kini ditutup dan dikawal oleh para malaikat daripada diketahui oleh mereka dengan panahan api. Dengan yang demikian, soal tepat atau silap nujuman @ ramalan si Paul tidak ada kena mengena dengan keupayaan dan kemampuannya untuk mengorek rahasia langit  atau perihal ghaibiyah. Manusia yang bertanggungjawab meletakkan si Paul untuk menjadi nujum adalah syirik alias fasiq.


Terdapat usaha untuk menggantikan tempat Paul dengan haiwan lain pula untuk menjadi nujum Pak Belalang. Maka semakin ramailah pula manusia akan terikut untuk mempercayai sang haiwan lebih mengetahui perkara ghaib daripada manusia. Zaman dulu kala ramai manusia fanatik kepada nujum - hendak buat apa jua perkerjaan mesti rujuk nujum untuk keselamatan dan kesejahteraan. Manusia modenpun tak ubah seperti tunggul kayu, nama saja hebat dari segi pelajaran atau akademik, tetapi iman lebih lembik daripada sotong kurita.  Inilah bahana manusia tak kenal diri dan tak kenal Tuhan. Tak boleh nampak pelik sikit sesuatu benda@perkara, langsung  percaya habis. Inilah yang dikatakan percaya gila [bahasa slanga]. Iman manusia zaman mutakhir ini rapuh rangup macam muruku dan rempeyek. Kalau hilang rapuh @ rangup dia jadi lemau kerana masuk angin. Kejadian rapuh dan lemau ini, tak lain tak bukan lantaran berpelajaran tapi tak berilmu. Pandai tapi tak cerdik, bijak tapi tidak bijaksana, bergeliga tapi tidak tajam,  berpengalaman tetapi tidak berhikmah. Semua ini berlaku gara-gara tiada tarbiyah dalam kehidupan.


Generasi manusia jenis tersebut di atas ini, bila-bila dan sampai bilapun asyik kena tipu oleh syaitan. Ibubapa kena didik sungguh-sungguh anak-anak masing-masing agar jangan sampai mudah terkehel iman dengan perkara atau  kejadian yang bersifat alamiyah. La ilaha illallah adalah Tuhan Dunia dan Akhirat. Sotong dan sekalian makhluk lain adalah bersifat baharu dan penuh kecacatan dan kelemahan. Bagaimana bisa seekor Paul menjadi all knowing and all embracing merentasi alam malakut, sedangkan ia duduk dalam aquarium bukan seperti jinn yang bisa terbang cari info ke sana sini. Janganlah karena menonton bolasepak iman tercabut lantaran buat maksiat judi dan percaya pada ahli nujum sisotong kurita atau sesiapa saja.


Fikir-fikirkanlah...

Wassalam,

6 November 2010

KECIL-KECIL JADI ANAK , BESAR-BESAR JADI ONAK

Ramai pasangan yang telah berkahwin sangat mengingini anak untuk menambatkan kasih sayang antara suami-isteri. Ia juga bertujuan bagi menghunjamkan ground anchor sedalam mungkin agar merawat cinta kasih terus bersemi, menyemarakkan taman wangi dengan kehadiran  anak-anak kecil, menyegarkan baitul Muslim.Sewaktu masih kecil, anak adalah laksana permata hati, dibelai manja, dijagai sepenuh hati karena khuatir kesihatan dan keselamatannya terganggu. Siibu dan ayah memberi apa saja yang diminta dan dikehendaki anak karena kasih sayang yang tidak terperi. Sambil menanti ia membesar di depan mata setiap hari. Hati siibu dan ayah tetap riang dan girang walaupun terpaksa mengharungi duka nestapa mencari rezki.

Siibu dan ayah sering memikirkan tadika dan sekolah manakah yang mesti dihantar untuk mendapat bimbingan dan didikan apabila sianak telah cukup umur nanti. Kalau boleh mahu dikirimkan ke tadika  dan sekolah yang ada tarbiyah Islam supaya anak-anak terdidik  dengan nilai-nilai kebaikan dan kebenaran sejak dari umur muda. Perkara ini sangat penting karena menyedari uruf di luar begitu rosak dan keliru dengan makna dan halatuju hidup. Acuan kehidupan Islami di luar lingkungan rumah telah menjadi kelabu asap - susah bagi sianak hendak mengenali Islam secara nyata dan jelas. Arus budaya busuk kampung dan kota sama saja menyongsong  dan mengheret semua anggota masyarakat kepada nilai materi dan hedonisme. Keruntuhan demi keruntuhan berlaku dalam nilai tradisi kehidupan Islami dicemari oleh gejala dan gelagat fasad yang berlaku atas nama kemodenan dan kebebasan berexpresi.


Kepungan tarbiyah Islami yang disediakan sewaktu sianak masih kecil mentah sehingga ke peringkat menengah tidak tertahan membendung asakan ganas banjir busuk yang deras melanda kampung dan kota. Ramai anak-anak terkapai-kapai dalam gelombang besar yang deras dengan keseronokan jasad - menghidu gam, merempit motorsikal, merendek di sana sini, memukul kawan sekolah dan guru, melepak macam anjing liar tak bertuan, melarikan diri dari rumah atas sebab yang tak menentu, berpesta seks rambang di taman bunga/dataran umum/bumbung bangunan, membuang bayi macam berak di jalanan, gangsterisme  dan membunuh. Kemuncak kepada gelagat gila dan kebengkokan peribadi, diakhiri dengan bunuh diri ala muda mudi Barat dan Jepang yang kini kian meningkat - petanda dan mercu kemodenan  zaman kegemilangan materi melampau. 


Anak-anak kecil /remaja/dewasa sering dilaporkan hilang dari rumah oleh media. Ada yang hilang karena diculik penjahat @ disambar pedagang daging mentah @ lari kahwin ikut Mat Bangla/Indon/Myanmar @ ponteng sekolah dengan berpoyaan di pusat peranginan dan macam-macam lagi jenis 'pelarian'. Tambatan hati pada rumah sendiri dan keterikatan hubungan dengan keluarga menjadi semakin hambar. Anak-anak semasa kecil suka ikut ke mana  saja siibu dan ayah pergi, hatta hendak masuk jambanpun mereka hendak ikut juga kalau dibiarkan.  Jika diajak bertandang melawat rumah  emak saudara  dan sepupu sepapat  untuk menghadiri kenduri kahwin @  sakit demam dan kematian,  sangatlah liat  hendak  setuju pergi.  Lama kelamaan kalau dibiarkan mereka tak  akan kenal adik  beradik dan keluarga  besar lantaran tidak  gemar bersosialisasi@bermayarakat dengan keluarga sendiri.  Kekadang naik rimas juga dibuatnya terutamanya semasa kepala tengah bengang lantaran stressss tugas yang berat. Namun mereka dalam apa jua keadaan,  sangat menghiburkan siibu @ bapa buat menghilangkan  linu-linu di kepala. Kasih sayang tetap terpahat dan mekar sepanjang zaman karena sentiasa bertanggungjawab membesarkan, mendidik dan mengharapkan suatu hari nanti mereka akan menjadi individu yang kenal Tuhan dan taat kepada tuntutan agama, mengasihi ibu bapa, berilmu dan menjadi pendokong risalah kebenaran dan sanggup menggalang jasad dan nyawa mempertahankan Islam daripada serangan musuh baik nyata atau tersembunyi. 


Ternyata apabila mereka sudah besar, impian tidak selalunya menjadi kenyataan. Realiti memaparkan kisah-kisah sedih dan pilu. Sianak lebih gemar dan suka pergi ke rumah  kawan, bermain sampai lewat senja hingga tak sempat solat jemaah di masjid/surau bersama. Pulang saja ke rumah terus mandi-mandi dan solat ekspress terus beruzlah dalam bilik  ala Hokikomori. Kalau sudah dapat tangkap tetikus, dia terus  masuk ke alam fantasi  berbicara dengan komputer tanpa menyedari  keluarga kehilangan ahli. Mereka lebih gemar berbicara slanga kutu dan bahasa sms yang kematu sehingga kehilangan kepandaian berbahasa apatah lagi berbudi. Nasihat kawan rakan didengari dan diambil berat diikuti, sedangkan pandangan dan tunjuk ajar ibubapa tak dipeduli. Inilah jenis anak muda keluaran dunia moden penuh kegilaan materi dan budaya sensate. 


Tarbiyah dan program yang menganjur kepada pembinaan ruh dan minda segar dan celik agama tak mendapat sambutan. Kedinginan hati anak muda terhadap tarbiyah merupakan gejala yang menjahanamkan mereka sendiri karena lambat atau tidak berlakunya perubahan paradigme yang sangat diperlukan untuk melayari kehidupan dengan betul dan selamat sampai ke pantai akhirat. Justeru, macam mana payah dan sulit sekali menggalas masuliyah membesarkan anak-anak, walaupun patah kandar menerjang simpang siur masalah kehidupan, janganlah dibiarkan terlepas pegangan dan ikatan iman dan kasih sayang sehingga membiarkan mereka terlepas ke daerah musuh - menjadi musuh Allah swt.  Cabaran membesarkan dan mentarbiyah anak-anak kini, bagaikan terjebak dalam onak dan duri, berpusing luka, menggelupur apatah lagi. Semoga Allah mengasihani dan merahmati para ibubapa yang kental dan gagah menghadapi ujian setiap tika dan terus  memainkan peranan  murabbi untuk mengajak anak-anak mentaati Allah, tidak terkalahkan oleh  serangan  musuh  yang sentiasa akan menyambar peluang. Percaya dan yakinlah, hari-hari yang mendatang adalah hari-hari untuk Islam - agama Allah ini akan berdiri tegak kukuh semula untuk memberi kerahmatan kepada seluruh alam. Justeru semua orang Islam perlu laksanakan tanggungjawab mengurus setiap Baitul Muslim dengan baik dan bersikap cemburu terhadap sebarang rupa maksiat dan keburukan yang berlaku dalam masyarakat yang mungkin menyerkap anak-anak kesayangannya. Tidak ada jalan lain melainkan tarbiyah yang berterusan sehingga ke akhir hayat bagi mempertahankan  kekuatan jiwa dan akhlak dalam kalangan anak-anak, orang dewasa dan tua abad ini. Inilah satu-satunya jalan yang Rasulullah saw  tunjuk kepada ummatnya untuk diikuti dan membudayakannya dalam kehidupan baitul Muslim.


Wallahu'alam
1 November 2010

KEUPAYAAN ILMU & MEMIMPIN

Rakan saya minta saya menulis mengenai aspek sumber manusia, khususnya tentang isu ilmu dan kepimpinan. Isu ini pada saya adalah afdhal karena ia perlu difahami semua orang sebab setiap insan akan terlibat dalam aras kepimpinan tertentu, sesuai posisi dan tanggungjawab yang digalas.

Kalau setiap orang sudah tiba diri masing-masing pada makna diri, makna kewujudan & makna hidup, sudah tentu tersuluh pandangan hidupnya ke arah akhirat dan berebut untuk mendapat mardhotillah. Selain itu  mereka berpada-pada dengan hiasan duniawi serta mengambil manfaat yang sekadar cukup untuk keselesaan kehidupan.

Seorang pemimpin mesti berada di hadapan pengikutnya.  Untuk berada di hadapan pengikutnya ia mesti  memiliki perkara berikut secara bertahap melalui pembangunan diri:-
  • maklumat
  • pengetahuan
  • ilmu
  • hikmah
  • suluh kehidupan.
 Perihal di atas merangkumi ilmu dan kemahiran rumahtangga, masyarakat, organisasi dan negara. Karena untuk mentadbir dan mengurus keempat elemen tersebut memerlukan pendekatan dan gaya yang berbeza, walaupun ada beberapa persamaan. Pemimpin adalah sekaligus seorang mu'alim, murabbi dan muaddib = mampu mentarbiyah ahli keluarga @ staf organisasi @ rakyat jelata mengikut posisi di mana sahaja seseorang itu berada.
Muaz ibn Jabal berkata, "Belajarlah ilmu, karena mempelajarinya karena Allah itu punca kamu takut; menuntutnya satu ibadat; membincangkannya merupakan tasbih; mengkajinya adalah satu jihad; mengajarnya kepada yang jahil adalah sedaqah; menyumbangkannya kepada keluarga dan mereka yang memerlukannya adalah dampingan kepada Allah."
Wallahu'alam
15 Oktober 2010 

KRISIS MAKNA DIRI

ALANGKAH letihnya perjalanan hidup ini jika musafiran kita terpaksa melalui jalanan yang bengkang bengkok, penuh kepayahan dan tidak kelihatan hujungnya. Jika terjadi perjalanan sebegini dalam hidup, berarti seseorang itu sedang bingung atau sedang berkrisis dengan diri sendiri. 

DALAM syarah Ibnu Mas'ud mengenai hadith keempat dalam Hadith Arbain karangan Imam Nawawi, beliau menjelaskan tatkala benih lelaki dan perempuan hendak disenyawakan, si malaikat yang bertugas telah mengambil kedua-dua benih tersebut dan diletak di atas tapak tangannya lalu bertanya 4 soalan kepada Allah:- 
  • apakah mahu dijadikan manusia daripada benih  ini atau sebaliknya? Jika jawabanNya ya... maka diajukan soalan kedua,
  • berapakah umur sipolan ini [span of life]?
  • berapa banyakkah rezeki sipolan ini [bajet RM@USD] sepanjang hidupnya?
  • apakah sipolan ini bahagia atau celaka pada kesudahan hidupnya [kehidupan akhiratnya]? 
Hadith tersebut menjelaskan asal usul manusia - bagaimana ia terjadi dan dari unsur apa. Jawaban tentang hakikat kejadian insan telah terjawab oleh hadith Nabawi sejak 1430 tahun yang lalu, sedang manusia berada dalam kegelapan ilmu, apatah lagi dalam bidang perubatan/sains/teknologi. Tidak perlu lagi bertiori tentang bagaimana manusia terwujud  -  apakah bermula daripada primat monyet@kera dan seterusnya  berubah [evolusi] menjadi manusia seperti sangkaan Darwin. Justeru manusia Muslim sudah mengenali dirinya, penciptanya, mengetahui jangka hayat hidupnya yang dibatasi waktu, bajet rezkinya telah dijamin takarannya dan Allah sudah mengetahui pelayaran hidupnya bermanfaat untuk dirinya/bahagia atau derita apabila kembali ke pangkuan Ilahi. 
Az ZAARIAT:59 seterusnya menjelaskan core business manusiawi dalam kehidupan di dunia ini, supaya manusia tidak keliru dan tercari-cari makna kehidupan. Lalu ia bisa meletakkan hidupnya di atas landasan yang betul sejak dari awal mula iaitu berubudiyyah kepada Allah swt. Walau bagaimanapun, selain daripada manusia yang bukan Islam, manusia yang Islam  pun mengalami masalah yang serupa yakni tidak kenal asal usul diri dan tujuan kehidupan pada zaman serba membangun ini. Sebabnya jahil karena tak belajar, tak mahu ambil peduli mendalami ilmu karena rasa cukup dengan ilmu Islam tahap asas - tiada pembinaan fikrah Islam yang tuntas. Justeru, jasad bertumbuh dengan sendo dan sasa, cantik dan segar bagai kelopak bunga dirembes embun pagi. Namun kefahaman dan pemikiran Islam umpama pokok yang tinggi melayut, tapi berakar pendek sejengkal dan mudah tergoyang oleh angin malam yang memuput manja. 
Manusia rata-rata di Timur atau Barat mengalami 3 jenis krisis :-
  • krisis makna diri - identity crisis
  • krisis makna kewujudan - crisis of existence
  • krisis makna kehidupan - crisis of the meaning of life.
Manusia Muslim sudah ada jawaban daripada Sang Pencipta yang memberitahu sendiri menerusi Al Quran tentang persoalan krisis-krisis di atas. Walaupun kita melayari bahtera kehidupan yang kadang kala berdepan dengan cabaran, tribulasi, kesusahan dan segala rencam titik bengek masalah yang melelahkan, tetapi layar dan kemudi tetap unggul dan bertahan menempuh gelora ombak kehidupan. Kita nampak pantai akhirat dengan jelas untuk ditujui karena Nabi saw telah memberitahu dengan terang bahawa di sanalah kampung abadi tempat kita akan bersemayam, terlepas daripada kekalutan dan kejahatan dunia serta isinya - tempat rehat yang terbaik setelah gagah mempertahankan iman dengan melaksanakan amal soleh serta bermujahadah di jalan Allah sampai ke penghujung hayat mengibarkan panji-panji Islam. 

Bahtera yang dapat menyelamatkan manusia untuk menuju ke pantai akhirat hanyalah ISLAM. Kebenaran Islam bukan berdasarkan undian majoriti. Walaupun minoriti yang berpegang kepadanya ia tetap benar dan relevan sepanjang zaman. Kebenarannya adalah karena ia adalah kurniaan Allah kepada manusia untuk salvation duniawi dan ukhrawi. Jangan tunggu orang berbondong-bondong berpaut dan merangkul Islam sebagai deenul hayah baru kita hendak ambil Islam secara totok dan tuntas. Lakukan sekarang atau terlepas langsung peluang menjadi hamba Allah yang bersyukur dan mendapat mardhotillah. Seandainya peluang ini diambil sepenuh hati, inilah tanda berlakunya ketibaan diri pada makna = iaitu makna diri; makna kewujudan dan makna kehidupan.

Wassalam
13 Oktober 2010

JENIS-JENIS MANUSIA YANG TERHASIL DARIPADA MAJLIS ILMU@DAKWAH

Para pengunjung dan peminat majlis ilmu masing-masing sering mengalami suasana yang berbeza setamat sesuatu sesi majlis. Perkara ini tergantung kepada niat seseorang dan hidayah Allah swt. 

Terdapat 3 kelompok manusia selesai sesuatu sesi:-
  • mereka yang kembali menurut hawa nafsu  dan tidak terpengaruh sedikitpun dengan apa yang didengari dalam majlis ilmu@dakwah. Tidak ada peningkatan kebaikan dan tidak pula segan silu melakukan berbagai kemaksiatan. Mereka adalah seburuk-buruk manusia. Segala ilmu dan penjelasan yang didengari akan menjadi hujah @ bahan bukti untuk dibicarakan di hadapan Allah untuk menghukum mereka tanpa mereka dapat mempertahankan diri lagi. Mereka adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri, karena tidak menggunakan hati,pendengaran dan penglihatan yang diberikan oleh Allah swt.
  • mereka yang mampu mengambil pelajaran dari apa yang didengar sehingga terdorong untuk menjauhkan diri dari perkara yang diharamkan dan melaksanakan apa-apa yang diwajibkan. Mereka adalah  kelompok al muqtashiduun dari golongan kanan.
  • mereka  yang mampu mengambil pengajaran dari apa yang  disampaikan sehingga mendorong untuk menjauhkan diri dari hal-hal yang makruh selain perkara yang diharamkan serta melaksanakan perkara yang sunnah di samping yang wajib. Mereka  adalah kelompok as-saabiquunal muqarrabuun.   
Orang-orang yang pulang ke rumah dengan membawa bekalan ruh dan terus berusaha menjaga suasana majlis ilmu di tengah-tengah kehidupan rumah tangga dan aktiviti keduniaan pun terbahagi kepada beberapa kelompok :-

  • mereka yang kembali kepada kesibukan dunia yang halal sehingga hati mereka terlena dan kehilangan suasana yang dipenuhi dengan rasa keagungan Allah, janji dan ancamanNya, serta pahala dan siksaNya. Lantaran makrifah mereka yang sempurna dan rasa takut yang hebat, mereka khuatir kealpaan itu sebagai tanda kemunafikan. Lalu mereka merujuk dan mencari penjelasan dan panduan daripada para ulama.
  • mereka yang mampu mewujudkan suasana majlis ilmu dalam kehidupan seharian dan hati mereka tetap merasai semacam masih duduk dalam majlis zikrullah. Hati mereka sibuk dengan zikir sehingga lupa kepentingan duniawi, memutus hubungan dengan masyarakat dan merasa  tidak tahan untuk berbaur dan memenuhi hak-hak mereka.
  • mereka yang berupaya menghadirkan keagungan dan kebesaran Allah,janji, ancaman,pahala dan siksaNya dengan hati dan jiwa. Mereka melibatkan diri dalam semua bidang keduniaan dengan jasad mereka iaitu mencari rezki halal, melayani keluarga, berkomunikasi dengan masyarakat yg menjana manfaat duniawi dan akhirat ie. mengajar ilmu, j-i-h-a-d, amar makruf dan mencegah mungkar. Mereka inilah kelompok terbaik, pewaris Nabi. Sayidina Ali ra. berkata: "mereka menemani dunia dengan badan, sedangkan ruh mereka tergantung di langit yang tertinggi."
Justeru kita kena nilai diri kita betul-betul. Walaupun sentiasa sibuk keluar masuk majlis ilmu@pengajian, jangan sampai  masuk angin keluar asap - habuk pun tak dapat. Ilmu semacam tertumpah atas daun keladi, tak berbekas dan tak membawa apa-apa perubahan positif kepada pembangunan minda, fikrah, akhlak dan watak diri sebagai seorang Muslim mengikut acuan Qurani.


Wallahualam.

29 September 2010

KENAPA HARUS BERADA DALAM MAJLIS ILMU@DAKWAH?

Abu Hurairah ra. berkata, "Ya Rasulullah, mengapa ketika kami di sisimu, hati kami menjadi lembut, kami bersikap zuhud terhadap dunia dan kami menjadi ahli akhirat. Namun setelah keluar dari sisimu, bergaul dengan keluarga kami dan mencium anak-anak kami, kami [berubah sehingga kami] mengingkari diri kami sendiri?" Rasulullah saw menjawab, "Seandainya setelah kamu keluar dari sisiku lalu keadaan kamu tetap seperti di sisiku, nescaya malaikat akan mengunjungimu di rumah-rumah kamu. Seandainya kamu tidak berbuat dosa, nescaya Allah akan mendatangkan generasi baru sehingga mereka berbuat dosa, lalu Ia akan memberikan ampunan kepada mereka" HR. Ahmad dan Tirmidzi.

Hadith ini menjelaskan bahawa suasana dan sekitaran majlis dakwah @ ilmu Nabi saw yang dihadiri para sahabatnya dipenuhi dengan kekhusyukan jiwa, ketundukan hati kepada keagungan Allah swt. Takut kepada siksaan dan murkaNya berserta pengharapan yang tinggi untuk mendapat redha dan syurgaNya  telah memenuhi relung hati mereka. Inilah suasana ruhiyah yang sepatutnya didambakan oleh setiap insan yang cenderung untuk meraih syurga Allah. Hanyasanya inilah atmosfera yang boleh mendidik dan menyejukkan dan melunakkan hati yang tidak dapat dinikmati apabila kita menjadi liar dan tidak mahu duduk dalam atmosfera tarbiyah. Tarbiyah itu mendidik, menyemai dan menganyam rasa hati yang tulus mengenali makna kewujudan, makna diri, akhir perjalanan hidup dan tempat kembali yang muktamad. Dengan bekalan daripada tarbiyah kita kembali kepada keluarga dan masyarakat untuk membina keluarga Islami dan berkongsi fikrah dengan masyarakat dan mengajak kepada makruf dan membenci @ mencegah mungkar. Laksana bateri kereta, apabila kita pakai, ia akan discharge tenaga yang kemudiannya perlu di recharge untuk digunakan seterusnya sehingga ia konk-out. 

Semua jiwa manusia perlu kepada iman. Dan iman perlu dijaga, dibelai, ditambah menerusi konsultasi dengan pendidik @ murabbi sepertimana para sahabat memerlukan keberadaan Nabi saw bagi membimbing dan mengisi  ketandusan jiwa hatta mengkoreksi kekurangan  dan kemunduran iman masing-masing.

Hati dan jiwa insan yang hadir dalam majlis ilmu @ dakwah dipenuhi dengan kelembutan dan kelunakan serta kekhusyukan lantaran intensiti @ kekuatan zikir yang berlaku semasa majlis berlangsung. Dalam majlis ilmu @ dakwahlah kita akan merasai :-


  • riqqatul qulub =  kesegaran/kenyamanan/kelembutan hati dan jiwa.

  • az-zuhdu fid dunya = rasa hati terongkai dari belitan dunia karena tahu bahayanya.  

  • ar-raghbah fil akhirah = hati dan jiwa dipenuhi dengan rasa kecintaan    kepada akhirat dan kerinduan syurga.
Ayuh! Marilah melawat taman-taman syurga di dunia yang bisa dijumpai di mana-mana saja di sekitar residensi kota, pinggiran bandar dan desa pingitan. Taman-taman syurga tidak terjumpa dalam majlis-majlis tari menari, dung-dude, karaoeke, kelab berdengung dan nama-nama lain yg setaraf dengannya. Tempat-tempat seperti itu tidak diiktiraf sebagai taman syurga dan Allah tidak menjanjikan ketenteraman karena Dia hanya menurunkan  dan melimpahkan rahmatNya kepada taman-taman ilmu dan dakwah dengan malaikat ditugaskan menaungi mereka yang hadir dan memasukkan mereka ke dalam kelab orang-orang yang dekat dengan Nya.

Wallahu'alam

24 September 2010

MARILAH HIDUP DENGAN NILAI-NILAI ISLAMI


Islam yang tuntas perlu dilaksanakan dalam kehidupan Muslim. Ia adalah satu tuntutan dan kewajiban terhadap Allah swt. Kalau diperhatikan sekeliling kehidupan kita dewasa ini, tampak sekali betapa banyak lompang-lompang  hidup yang tidak diisi oleh nilai Islami - petak-petak hidup diwarnai sesuka hati. Justeru menjadikan kita manusia Muslim kartu @ nominal sekadar tercatat dalam kartu pengenalan diri, tidak lebih daripada itu. 

Kenapa perlu amal Islami dalam kehidupan kita? Ia diperlukan  karena mahu menghidupkan dan mengharmoniskan nilai-nilai Islam dalam hayat kita sebagai bukti kita sebenarnya redha dengan Allah sebagai Rabb, Nabi Muhammad sebagai rasul@utusanNya dan Islam sebagai deen yang menguasai ke atas kehidupan kita. Kita menyedari bahawa uruf masa kini tidak mendidik manusia ke arah menjiwai Islam lantaran penghayatan Islam hanya berlaku secara sekular. Justeru Islam telah tidak diletakkan pada tempatnya yang tinggi sebagai pengatur kehidupan, ia hanya bersifat carikan dan cebisan kain buruk yang digunakan membalut luka masyarakat sekiranya sudah kehabisan ikhtiar yang lain. Umpama gambaran yang Allah sebutkan dalam Quran tentang sekumpulan manusia yang sedang berada dalam kapal yang dilambung badai taufan di laut. Mereka mohon keselamatan daripada Allah dan berjanji akan mentaatiNya seandai Allah menyelamatkan mereka. Akan tetapi apabila  mereka terselamat dengan izin Allah, mereka melupai janji mereka seolah-olah sebentar tadi tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas diri mereka. Inilah sifat degil dan engkar  manusia, bila susah baru hendak berpaut kepada Allah, setelah terasa tidak terancam dan senang lenang - lupa terus kepada Zat yang mengeluarkan mereka daripada bahaya dan kesukaran, yang memberi mereka rezki yang banyak dan rahmat yang tidak terhitung.

ISLAM kini terasing@alien daripada penganutnya sendiri. Orang yg belum Islam apatah lagi pelik melihat gambaran Islam yg dipertontonkan dengan penampilan keliru oleh penganutnya yg mencampuradukkan  nilai indah Islam dengan nilai-nilai biadab dari Timur dan Barat. Inilah tanda-tanda aqidah ummah telah tidak berfungsi. Aqidah yg tidak berfungsi adalah aqidah yg sakit. Bila aqidah sakit, manusia tidak menerima Islam secara menyeluruh  kecuali  mengamalkannya secara tempelan mengikut apa yg disukai sahaja. Pendekata, orang-orang Islam benar-benar jahil terhadap agamanya sendiri.  Pada  mereka  Islam tampak jelek, sukar dan tidak menarik karena menghalang hawa nafsu berbuat onar. Islam yang disukai adalah Islam yang meliberalkan segala kehendak manusiawi.

Islam menjadi asing karena manusia lupa kepada peringatan Allah. Kesannya, Allah menjadikan permusuhan dan persengketaan antara sesama manusia - merebut harta dunia yang sedikit tetapi membiarkan kesenangan dan kenikmatan akhirat yg tak kunjung habis terlepas dengan percuma. Dunia telah menguasai hati dan kehidupan ummat Islam. Mereka makan dan minum persis binatang.


Al Quran didatangkan kepada manusia untuk mendidik - memberitahu manusia bahawa semua problema insan ditanggung beres dengan solusi dinyatakan dalam al Quran. Begitulah sikap generasi awal al Quran, mereka mengambil wahyu Allah sebagai sumber utama mendidik jiwa dan mengawasi kehidupan. Al Quran yang mereka pegang dan amalkan benar-benar berjaya membuang karat jahiliyah. Ia berjaya membentuk fikrah, akhlaq dan segala gerak kerja zahir dan batin berlandaskan nilai Islami. Al Quran bukan sekadar bacaan matannya untuk disayembarakan dengan alunan suara yang merdu dan lunak didengar, tetapi sebagai sebuah gagasan besar yang melahirkan aqidah yang sahih dan salimah yang mampu merobah paksi kehidupan manusiawi - merendah diri kepada Tuhan sarwa alam, tidak syirik dan tidak engkar. 


Jika kita mahu menjadi  manusia yang berjaya seperti generasi didikan Rasulullah saw, kita kena ikut proses pendidikan yang sama yang diltunjuki dan dilalui oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Dengan proses ini barulah akan lahir pemuda-pemuda aqidah [rijaluddin] untuk membina semula Islam yang telah tersirna oleh penganut-penganutnya yang tersilau oleh kepalsuan duniawi.


Wahai pemuda dan semua angkatan umur, marilah kita muhasabah dan menilai diri masing-masing dalam 10 hari terakhir Ramadhan ini, sama ada kita telah menghayati Islam sepenuh hati dan tuntas dalam kehidupan:-

     a]  apakah kita hidup bersendirian atau hidup berjamaah@berkomuniti 
          untuk menjaga nilai Islami?
     b]  apakah kita menyempurnakan hubungan sesama manusia?
     c]  apakah kita mengimbangi kedua-dua hubungan kita dengan Allah & 
          manusia?
     d]  apakah hati kita benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam dan 
          iman yang ada dalam diri kita dijelmakan dan bukan angan-angan?
     e]  apakah kita mengutamakan kepentingan Islam dalam kehidupan?
     f]   apakah kita berasa izzah@mulia dengan kebenaran Islam dan yakin 
         kepada Allah?


 Allahu Akbar walillahil hamd.. 

03 September 2010
   



 

RAMADHANKAN HIDUPMU

Apakah akan terjadi selepas habis Ramadhan? Jawabnya habislah puasa! Tepatpun jawaban itu tetapi jawaban itu tetap salah. Memanglah Ramadhan datang setahun sekali dan kita diwajibkan berpuasa seperti orang-orang terdahulu dalam era Nabi dan Rasul berlainan. Yang orang tak faham-faham adalah Ramadhan itu datang setahun sekali sebagai bulan tarbiyah @ latihan untuk memberi kesegaran kepada jiwa tentang bagaimana harus manusia beraksi di sepanjang hayat yang Allah pinjamkan. Ia menjana kesegaran dan kemantapan aqidah, ketundukan, ketaatan, kerendahan diri dan pengharapan manusia kepada keredhaan Allah swt. Kefahaman, semangat dan rasa hati seperti ini perlu berkesinambungan sampai akhir masa hayat masing-masing. Bukan sekadar menjadi Muslim yang baik, rajin beribadah, murah hati, cinta Quran, seronok menghadiri tazkirah, ralit berzikir dan sentiasa memohon ampun dan bertaubat atas setiap dosa yang terlanjur dilakukan hanya dalam musim Ramadhan!

MAKA Ramadhankanlah hidup kita di luar Ramadhan. Jangan beri sedikitpun ruang kepada syaitan dan agen-agennya menerobos masuk merosak binasakan binaan Islam yang telah kukuh kita bangunkan dalam diri kita sepanjang Ramadhan. Bulan Ramadhan bukan semacam penganut-penganut Hindu membasuh dosa di Sungai Ganges, lepas itu  bersukaria buat dosa  semula dan kemudian datang lagi ke Sungai Ganges untuk mandi cuci dosa. Kita mesti faham secara mendalam deen Islam sesuai dengan tingkatan umur. Semakin meningkat tua semakin jelas fikrah Islam dan semakin mantap ubudiyyah kepada Allah. Ketundukan dan ketaatan serta rasa penyerahan diri kepada Allah semakin menjiwai seluruh ruang qalbu. Citarasa keislaman kita sudah Ori dan kesanggupan untuk berjuang untuk menegak kelangsungan Islam menjadi agenda utama dalam setiap detik nafas. Kehidupan kita sudah berubah daripada tak keruan hidup kepada rasa aman @ damai bernaung di bawah payungan Islam. Sikap memberontak dan tidak hirau agama bertukar menjadi pembela deen Allah - peka terhadap permasalahan ummah. Kita mulai bercakap dan menyampaikan saranan-saranan Islam. Sudah belajar menjadi dai'e kecilan sebab kita faham itulah core business manusiawi yg dijelaskan dalam surah azZaariat:56 "tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada  Ku." Bukan duduk di takok lama dengan kefahaman dangkal cetek seperti anak-anak tadika, sedangkan usia pensiunan 60an. Masih bergelut dengan dunia yang sedikit masa lagi kita hendak tinggalkan.

Seandainya Ramadhan telah mengajar kita berimsak dengan perkara yang HALAL & HARAM dan kita bisa melakukannya, sudah tentu di luar Ramadhan perangai kita tetap seperti orang yang sedang berpuasa - peka dan berhati-hati terhadap perkara-perkara haram/syubhat/makruh dalam rangka untuk bertaqwa kepada Allah dalam semua aspek - bukan sekadar makan @ minum! Bukan sekadar geli geman tak lalu hendak tengok babi atau meloya lalu tepi restoran yang ada menu masakan sang sondol, MALAH sepatutnya semua yang haram kita tak gamak dan tak lalu hendak lakukan sebab semasa puasa, yang halalpun kita jauhi karena Allah tegah. Larangan ini semata-mata untuk melatih kita kuat jiwa agama dan berlaku ikhlas dengan diri sendiri apatah lagi berdepan dengan perkara-perkara haram.

Sewajarnya latihan @ tamrin 29/30 hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada tabiat jiwa dan minda manusia agar tetap berperangai teguh dengan pegangan agama dan mampu menjaga diri daripada serangan bertubi nilai-nilai kuffar yang sentiasa berada di sekeliling hidup kita. Kalau kita alpa sekejap sahaja arus budaya busuk dari Barat dan Timur akan menyongsong dan mengheret dan menenggelamkan kita ke dasar kekuffaran yang pekat hitam dan sukar untuk timbul kembali menyedut udara segar Islam yang menawarkan kebebasan diri daripada kebinasaan nafsu haiwani dan mencapai kemenangan hakiki - "barangsiapa dihindarkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga Allah, maka dia adalah manusia yang paling berjaya"- Ali Imran:185. Inilah konsep dan makna kejayaan sebenar dalam hidup. Sekalipun kita berpangkat tinggi, jutawan, usahawan  atau orang ternama  - namun di kampung akhirat yang abadi, jika kita tak dapat meraih redha Allah dan masuk ke dalam syurgaNya, bermakna kita adalah manusia yg gagal & celaka.  Lebih baik jadi hamba marhaen dan tak dikenali semasa di dunia tetapi mendapat habuan paling berharga tidak ternilai iaitu keredhaan dan syurga Allah swt karena keimanan dan keyakinan kita kepada Hari Perhitungan dan Hari Pembalasan yg telah diwar-warkan dalam kitab yang sahih lagi benar iaitu Al- Quranul Kareem.

Wallahu'alam.


8 KESILAPAN YG SERING DILAKUKAN ORANG BERPUASA

Ramai orang berpuasa tapi tak faham maksud puasa. Sedikit pula yang  faham maksud puasa tapi tak faham cara pelaksanaannya. Segelintir  daripada  yang sedikit itu  faham pelaksanaannya tapi tak semuanya  yg benar-benar sanggup dan berjaya melakukannya. Kendatipun demikian, puratanya sangatlah ramai tak faham ajaran Rasulullah saw sebab itu lah mereka buat kesalahan & kesilapan - "bila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang, maka dia akan difahamkan mengenai urusan agama" HR: Bukhari - Muslim. Bukan susah hendak faham agama, pokoknya kena belajar dan terus belajar. Yang tak faham, masih biul dan buta agama adalah karena tak mahu bertanya kepada orang ariffin @ ulama. Tidak mahu atau enggan bertanya itu sendiri adalah satu kesalahan. Berikut adalah 8 kesilapan yang dilakukan orang berpuasa yg perlu dihindari:-
  • Akibah daripada malas/enggan/malu bertanya atau sudah rasa cukup pandai dan tak perlu kepada guru@ orang alim > terjadilah dosa lisan yang banyak lantaran gelinciran lidah [umpat, berkata keji, mengejek, melaknat, melaga-laga].
  • Sikap suka berlebihan dalam menyediakan makanan dan minuman ketika berbuka dan sahur. Bukan setakat itu sahaja malah beli makanan dan minuman yang mahal-mahal tetapi yang dimakan/minum hanya sedikit sahaja. Selebihnya masuk dalam tong sampah dan tempat kumbahan. Kalau yang lalu makan-minum pula, mereka bantai sampai rosak pencernaan sedangkan ada orang lain di luar sana yang  mati kelaparan.
  • Tidur tiduran sepanjang hari dengan tujuan agar tidak merasai lapar & haus berpuasa adalah satu strategi salah. Bayangkan si mamat @ minah bisa melengkar bermalas malasan macam ular sawa kenyang, hanya bangun untuk solat dan kemudian ke bantal lagi. Anehnya pada malam hari digunakan masa untuk bergadang. Pada hal hikmah puasa adalah agar kita menikmati rasa lapar dahaga karena mendambakan redha Allah.
  • Melakukan perbuatan makruh dengan bermain kartu, karom, dam aji dan lainnya sebagai hiburan sambil membuang masa tanpa manfaat. Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main saja, dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Mukminun :115 ; Dan tinggalkan orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-mainan dan senda gurau -  Al an 'Am :70.
  • Kesalahan lain yang berat adalah tidak menunaikan solat berjamaah. Hmmm ... ada juga qaul yang rajin  puasa tapi tak sembahyang [elergik kot] ambil wudhuk. Tidak pegang dan baca al Quran tetapi pegang dan baca bahan-bahan bacaan lain yang tidak mendidik ruh.
  • Tidak mendidik diri untuk bersedaqah, menjamu fakir miskin atau jiran berbuka puasa. Apa yang di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan - an Nahl :96.
  • Tidak melakukan solat tarawih atau malas mengerjakannya. Padanya ibadah wajib sudah cukup, pada hal dia tidak pernah rasa cukup dengan sedikit harta yang diperolehi di dunia. Selalu saja meminta lebih daripada Allah. 
  • Membebani diri dengan membuat banyak makanan dan minuman [kueh raya?] hingga tidak sempat baca Quran, hadith, berzikir dan qiamullail. Seandainya dirancang betul-betul  agenda harian dalam semua urusan makan minum, nescaya banyak perkara-perkara lain yang bisa dilakukan untuk memberkati diri dengan ketaatan kepada Allah swt.    

 Jadi kita kenalah semak perkara di atas sama ada berlaku pada diri kita atau sebaliknya. Kalau ada kesilapan dan kesalahan mana-mana yang tertera itu, cepat-cepat buat U turn supaya tak memanjang masuk No Entry yang menyebabkan  kurang atau rosak pahala puasa.


Wallahu'alam

Sumber: Dr. 'Aidh al Qarni, "Ramadhankan Hidupmu", Maghfirah,2005

    PERIHAL UBAN BEREKOR TUPAI, SUBANG TELINGA , RANTAI LEHER & CELANA PENDEK

    Pagi ini Ahad 5 Ramadhan 1431H, sudah menghampiri seminggu berpuasa. Pasar pagi di pinggiran kubur seperti biasa dikerumuni pengunjung membeli keperluan untuk memasak berbuka puasa. Sambil menanti ayam kampung yg dipesan disembelih dan dipotong kecilan, ternampak aku seorang lelaki separuh abad lebih berdiri tegap memakai celana pendek, rambut beruban berekor tupai, rantai leher besar berkilat dan bersubang di telinga. Bercelaru lagi hatiku hari ini melihat pemandangan seorang spesis homo sapien seperti aku - islam pula & berpenampilan begitu. Dulu terjumpa si jantan Ayu berambut panjang mayang mengurai di kafe mamak dengan keluarga enak-enak bersarapan pagi.

    Bagaimanakah manusia lelaki sebegini akan mencorakkan kehidupan keluarga dalam bahteranya dan sekaligus untuk menyelamatkan ahlinya daripada jilatan dan bakaran api neraka? "...Wahai orang-orang beriman jagalah diri kalian dan keluarga kalian daripada api neraka  yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu..." Ramadhan datang dan pergi. Kita telan macam-macam rezki Allah beri, sampai berat badan tak sempat turun walaupun berpuasa. Malangnya sangat sedikit bilangan manusia menilik dan menghisab diri sendiri sama ada syahadah yg diucapkan bertepatan dengan aksi-aksi bodoh dan tak Islamik. Menata watak-watak keliru dalam publik hatta membuatkan Islam terpaksa mempertahankan dirinya daripada fitnah serta membersihkan dirinya daripada sampah sarap buatan manusia yg hilang arahtuju. 

    Senario begini menempangkan sudut pandangan orang belum Islam terhadap deen Allah. Mereka tidak nampak garisan pecahan yg jelas [dichotomy] antara nilai Islami dan nilai Kuffar. Kekacauan nilai yg berserabut bersimpang siur inilah yg dikehendaki oleh musuh manusiawi iaitu syaitan laknatullah. Kekaburan dan kekelaman nilai baik Islam yg ditenggelamkan oleh penganut-penganutnya sendiri telah memberi geng-geng syaitani untuk relax dan tak perlu bekerja keras untuk menyesatkan manusia.  Manusia Islam nominal begitu ramai bertindak menjadi jurucakap, perunding, pelobi, pelemah, penganjur budaya syaitani  di mana-mana dan sedia berkhidmat untuk menjauhkan manusia  daripada Islam. 

    Terbayang dalam fikiran bahawa semasa sambutan 1 Syawal nanti, bagaimanakah sebuah keluarga yang anak dan cucunya berdatukkan seorang lelaki sudah beruban berekor tupai, bercelana pendek dan bersubang dua di telinga menyambut Aidil Fitri. Agak geli untuk menggambarkan  anak-cucu sekeluarga berekor tupai dan tocang dan bertindik subang di telinga dengan pakaian eksklusif berjenama sedang bersalaman - sukar hendak kenal jantan betina kecuali ditatapi konfigurasi dan wajah masing-masing. Hingga kapankah mereka  akan sedar, hanya Allah yang tahu.

    Sutradara@pengarah filem dan drama perlu prihatin dan sepatutnya mengambil isu agama seperti ini untuk dipaparkan pada layar putih dengan memasukkan ramuan padat  kupasan aqidah menerusi dialog-dialog mantap untuk menimbulkan rasa hati dan menghidupkan syu'ur Islami dalam kalangan masyarakat. Bukan asyik-asyik cerita cinta>cinta>cinta serta komedi dan lawak yang tak ada hujung pakal yg langsung tidak membina fikrah dan minda. Hendak buat macam mana - mereka pun sedang teraba-raba dalam minda bonsai yang dibungkus dan dikepompongkan semacam orang lain juga. Selagi kepompong kuffar tidak dipecahkan begitulah berlarutannya masyarakat manusia akan terus terusan menghidupkan dan mengabdikan diri kepada ilah-ilah selain Allah swt. Para dai'e dan murobbi mempunyai banyak medan dakwah. Bekerja dan bersungguh-sungguhlah di jalan Allah, semoga Allah swt akan membantu kita memecahkan kepompong mad'u-mad'u serta diri kita sendiri dan merongkai lilitan  syaitani yg membelenggu jiwa agar kita berupaya  melonjakkan ibadah ke tahap yg lebih tinggi. Semoga Allah menunjukkan jalan ketaatan dan mengganjari kita dengan pahala yang banyak terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini supaya kita tidak menjadi manusia muflis hakiki di Yaumul Qiamah.

    Wallahu'alam.



    RABBANIYYUN VS RAMADHANIYYUN

    Hari pertama hingga hari ketiga puasa, aku nampak muka-muka baru di surau TTDJ tempat aku selalu berkunjung sebagai ahli jamaah regular. Muka-muka baru ini kebanyakannya golongan muda dan sedikit saja angkatan tua. Sebilangan besar aku tak pernah nampak sebelum datang Ramadhan. Muka-muka ini membanjiri setiap ruang dan sudut surau sehingga terasa berkuap dan membahang w/pun kipas angin dan penghawa dingin berfungsi baik. Hatiku kembang melihat suasana ini bagaikan bunga raya kembang pagi di bawah kilauan mentari lembut menyinari alam. Alangkah nikmatnya kalau begini ramai anak muda berduyun memenuhi masajid, surau dan musolla. Islam sungguh mendambakan suasana ini - terasa syuur Islami mulai berkelopak kembang mewangi di relong hati generasi muda! 

    Termenung aku sejenak mengumpulkan ingatan pada musim-musim lalu. Betapa pula samanya suasana begini berulang saban tahun, tetapi menjelang berakhir Ramadhan, wajah-wajah tua dan muda yang kelihatan berduyun melimpahi surau kian surut bagai air laut yg menyurut ke tengah laut sebelum terjadinya tsunami. Yang tinggal cuma ahli-ahli jamaah yg regular, setia mengunjungi tempat ibadat tanpa menghiraukan bilangan yg mengombak deras sewaktu Ramadhan menjelma. Solat jamaah pada mereka ini hanya  sebulan dalam setahun. Itupun kalau dilakukan genap 29/30 hari. Selepas Ramadhan entah ke mana mereka menyembunyikan diri. Sekali sekala timbullah karena hendak minta imam buat tahlil di rumah untuk memperingati arwah-arwah yg telah tiada atau mohon solat hajat waris sakit tenat atau anak hendak ambil peperiksaan besar. Inilah waqi' atau realiti semasa di mana-mana saja di tanahair tercinta. Nampaknya the rising tide of submission unto Allah only happens during fasting month and it subsides gracefully when it reaches the climax prior to Aidul Fitri

    Inilah qadhiyah Islam. Persoalannya: apakah kita beribadah demi Allah swt atau demi Ramadhan? Kalau kita beribadah kerana Allah, zat yg maha mulia dan tinggi maka benarlah iman kita. Akan tetapi seandainya kita berubudiyah karena Ramadhan, maka dustalah iman kita sebab Ramadhan adalah makhluk Allah.Jelasnya kita menyertai program Ramadhan secara tradisi.  Orang berpuasa maka kitapun berpuasa. Orang faham  maksud dan ingin benar-benar mencapai taraf taqwa di penghujung Ramadhan, tetapi kita terkapai-kapai  lemas dalam nafsu. Tahun demi tahun berulangnya Ramadhan mampir dalam kehidupan kita, tetapi sedikitpun tidak membawa erti apa-apa karena kita sentiasa tewas dengan pesta makanan yg dianjurkan oleh rangkaian hotel/motel hingga kepada restoran dan kedai serta gerai yg menawarkan harga potongan@diskaun hebat untuk menambat hati yg jahil dan perut yg benak yg hanya tahu melampiaskan nafsu yang tak ada piawai. Kita membeli-belah semahunya pakaian mahal indah setiap hari raya sehingga menyemakkan almari. Kita kalah lantaran promosi dan ajakan gedung-gedung pakaian yg licik memainkan sentimen cheap sale=cheat sale. Justeru Ramadhan bukan lagi menjadi bulan ibadat malah sudah bertukar menjadi bulan meRaban. Kita meraban tak tentu hala dengan berebut-rebut membeli belah sakan untuk berbuka, menghiasi rumah, pakaian raya, perabot raya, kueh raya dll perkara asalkan rAyA. Dan kita ulangi setiap tahun perkara yg sama sampailah di penghujung   sisa usia.

    Jika beginilah lagaknya kita berpuasa - apakah taraf dan terma yg layak kita pakai di akhir Ramadhan? Taraf insan Rabbaniyyun atau Ramadhaniyyun? Pada penghujung Ramadhan sepatutnya kita dapat gelaran orang bertaqwa tetapi malangnya mungkinkah kita hanya bergelar orang-orang berduka karena puasa telah menjadi sia-sia. Pilihan ada di tangan kita. Mahu jadi hamba siapa - Allah swt atau hamba Ramadhan?

    Wabillahi tawfiq, wassalam.








    8 TIPS PELAKSANAAN RAMADHAN SUPAYA TIP-TOP


    Ayyuhal  Muslimun,
    Bahawa diperturunkan pesanan yang dikutip daripada sumber yg sahih untuk tatapan dan pedoman kalian guna bagi mempertingkatkan jiwa Ramadhan agar usaha kita pada musim ini berlipat ganda pahalanya di sisi Allah swt. Berikut adalah 8 tips pelaksanaan puasa supaya tip-top:-
    ·        
    •       Berdoa agar Allah swt memberikan umur panjang kepada kita sehingga kita berjumpa dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat. Dengan kesihatan ini, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksimum: puasa, solat, tilawah dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan. Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (HR. Ahmad dan Tabrani).
    •            Pujilah Allah swt karena Ramadhan telah diberikan kembali kepada kita. Imam An Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata: ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah swt kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan.
    •       Bergembira dengan datangnya bulan Ramadhan. Rasulullah saw selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadhan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad.
    •           Rencanakan agenda kegiatan harian untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat, karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga yang bisa membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah swt.
    •         Kuatkan azam, bulatkan tekad untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah swt maka Allah swt akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” Muhamad:21.
    •        Fahami fiqh Ramadhan. Setiap mukmin wajib hukumnya beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar amaliyah Ramadhan kita benar dan diterima oleh Allah swt. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.” Al-Anbiyaa’ ayat 7.
    •        Persediakan @ kondisikan qalbu dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun nafs –pembersihan jiwa. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental dan jiwa kita siap untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah swt dalam bulan Ramadhan.
    •      Tinggalkan dosa dan maksiat. Isikan Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Lembaran baru kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya @ taubatan nashuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” An-Nur:31. Lembaran baru kepada Muhammad saw dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri ,anak dan kerabat, pereratkan hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab,"Manusia yg paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."
    Wassalam.


    RAMADHAN - HUBUNGANNYA DENGAN TARBIYAH

    Tarbiyah adalah sesuatu yg wajib dan ianya satu-satunya jalan untuk memahami Islam yg kamil dan syamil. Ia juga merupakan  cara @ jalan untuk sampai  kepada matlamat Islam dalam melahirkan Muslim mujahid. Oleh itu jika tiada tarbiyah maka kita tidak akan mendapat Islam terutamanya dalam realiti kehidupan sekarang.

    Justeru Ramadhan didatangkan khas oleh Allah swt kepada manusia mukmin sebagai satu bentuk tamrin @ latihan jasad dan ruh. Untuk menyertai Ramadhan dengan berkesan kita mesti ada persediaan. Generasi awal dahulupun demikian, mereka memulakan Ramadhan dengan persediaan yg cukup. Perkara yg perlu ada sebagai persediaan adalah:-




        • bersedia dengan ilmu yg lengkap berkaitan Ramadhan. Mengetahui objektifnya adalah untuk mendidik manusia beriman mencapai taraf taqwa. 
        • bersedia dengan iman dan berasa suka kepada kedatangan Ramadhan dan rasa teruja untuk menggunakan peluang keemasan bagi menyertai program  intensif  yg modulnya digubal oleh Allah bagi meningkatkan diri insan  ke taraf rabbaniyyun.
    Semasa Ramadhan kita mengajar diri kita untuk imsak @ menahan diri daripada benda atau perkara yg halal dan haram semata-mata kerana Allah. Menerusi latihan ini kita mulai belajar berlaku ikhlas, walaupun kita berupaya menipu. Kita dapat merasai bahawa kesyumulan Islam pada Ramadhan kerana kita dapat mengerti sesungguhnya bangun malam makan sahur itu bukan sebab takut lapar pada siang hari, tetapi semata-mata atas rasa ubudiyyah kepada Allah. Program Ramadhan dengan gabungan institusi solat, zakat, haji serta ibadah-ibadah lain sebenarnya menjadi acuan membina asas iman, stamina, kekuatan fizikal dan ruh untuk memikul tanggungjawab yg lebih besar iaitu menjadi benteng & membela kelangsungan Islam di sepanjang hayat kehidupan Islami seseorang Muslim.

    J-i-h-a-d dalam segenap segi dan lapangan adalah kemuncak  kehidupan seseorang Muslim. Semangat dan ketinggian kecenderungan untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh  hanya terbit daripada hati yg terdidik dengan mengenali makna diri, makna ketuhanan  serta kepayahan dan keperitan hidup.

    Tadarrus al Quran dilakukan bukan sekadar mengejar khatam 30 juzuk di penghujung  puasa, tetapi dilakukan  dengan konsep dan sikap membaca secara tartil mentadabbur makna dan mengamalkan intisari pengajarannya dalam kehidupan harian. Ini baru boleh kita katakan impak atau natijah yang benar-benar positif terhasil daripada madrasah Ramadhan. Kalau setakat perderas bacaan melebihi had laju hi way walaupun tak kena speed trap, buat majlis khatam Quran pula ... ia patut dipanggil terderras bukan tadarrus - sebab itulah sampai bilapun bacaan Quran tidak mampu memberi apa -apa kesan baik kepada pembacanya. Untuk tahun ini dan seterusnya, marilah kita perbetulkan sikap dan  niat kepada membaca  Quran untuk mengambilnya sebagai sumber pendidikan. Bukan menjadi bacaan kosong semata-mata. Yang penting dalam Quran adalah isinya bukan sekadar ayat-ayatnya yg dibaca secara tradisi tanpa matlamat.

    Ayyuhal Muslimin! Marilah perbetulkan niat dan sikap kita terhadap Ramadhan dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kemuncak ibadah yg tinggi pada tahun ini. Baju raya dan kueh raya biarlah tidak menjadi perkara terlalu aulawi. Prioritize the priority.

    Apabila selesai Ramadhan nanti, kita kena lestarikan niat dan sikap mengihya'kan semangat Ramadhan sampai ke penghujung hayat. Kalau kita hanya bersikap baik, berperangai molek, murah hati bersedaqah @ infaq, bertadarrus, mulia hati ajak orang makan/berbuka puasa, memaafkan kesalahan orang, menahan nafsu perut dan bawah perut, mata tak melilau macam sportlights merenung orang ajnabi...dan lain-lain yg berfaedah dalam bulan puasa sahaja  - maknanya kita bukanlah hamba Allah sebenar, tetapi kita adalah hamba Ramadhan. Justeru ingatlah insan bahawa di akhir Ramadhan, kita hendaklah menjadi manusia Rabbaniyyun bukan Ramadhaniyyun! Allahu akbar walillahi lhamdu.


     Selamat berpuasa - Ramadhan Kareem!

    AURAT Vs TUDUNG EKSKLUSIF

    Sesampai di Sg Petani kami sekeluarga menyusuri exit masuk ke pekan untuk makan tengahari di RfC. Sementara menunggu pintu restoran dibuka pada pukul 2:00pm, kami melawat dulu deretan kedai-kedai yg menjual berbagai produk. Kami sekeluarga memasuki sebuah ruangniaga yg mempamirkan pelbagai fesyen tudung wanita berjenama. Nampaknya SALE sedang berlangsung. Ramai kaum wanita menghurungi produk-produk yg diberi diskaun. Akupun membelek-belek beberapa gugusan tudung yg kelihatan cantik. Meneliti harganya aku agak gugup dan bertanyakan zaujah - "betulkah ini harganya : selepas diskaun sehelai miniveil eksklusif = RM350 dan sehelai  patchlace eksklusif =  RM500." What a price?

    Tergugup dan berkerut kening memikirkan harganya bukan sekadar soal letakan harga. Yang lebih difikirkan adalah fungsi tudung dan isu aurat yg terlibat dalam pembikinan dan penjualan serta pemakaiannya. Tak kisahlah kalau ada orang-orang kaya, OKB, Mak Datin yg jenuh fulus mahu membeli dengan mahar yg tinggi. Tetapi aspek syariat perlu diambilkira dan diperhitungkan dalam membeli dan memakainya. Ukuran syariat nampaknya pasti tidak dipenuhi. Antara lain: ukuran terlalu singkat, sekadar melepasi bahu sedikit. Sobekan dan hiasan pada tudung dikira melampaui tabarruj yg dibenarkan syariat. Nama saja Busana Muslim tetapi entah apa-apa yg dijualnya. Konsep dan prinsip Aurat dan Tabarruj tidak difahami langsung, sama ada oleh pembuatnya, penjualnya, pembelinya serta pemakainya.

    Prinsip pemasaran kapitalis masih diikuti dengan tekun: pengeluaran barangan berdasarkan apa yg digemari oleh nafsu manusia @ apa yg manusia suka supaya jualan tidak bermasalah dan dapat untung besar. Ukuran agama dan redha Allah tidak diperhitungkan. Kasihan manusia, terutamanya wanita-wanita - bagaimana mahu jadi solehah kalau ilmu tentang perkara asas seperti ini tidak ada dalam tempurung kepala. Si suami pula ikut saja - tak ada ilmu untuk menegur keteledoran akhlak dan perangai si isteri yg suka pakaian mahal tapi tak syariatic apatah lagi lulus tanda aras Allah swt.  

    Apa maknanya pakai tudung kepala kalau tak mematuhi syarat dan ukuran Allah swt. Apa ertinya bersyahadah setiap kali solat tetapi memecah kontrak dengan Allah setiap kali selesai solat. Apa maksud memakai tudung berjenama dan mahal melampau, cantik tetapi tidak menutupi aurat yg diwajibkan. Apa sangatnya dengan nampak lawa bergaya tapi mendapat kemurkaan Allah dan kutukan  daripada sekalian makhluk di langit.

    Ayyuhal Muslimat yg sudah lawa dan yg ingin bertambah lawa, renungilah satu kisah yg berlaku pada Sayyidatina Fatimah  semasa berpergian dengan Rasulullah saw. Beliau terkena duri semalu  dan merungut kerana bisanya sambil mengomel -  "apalah gunanya pokok semalu ini tumbuh di sini." Rasulullah saw mendengar ngomelannya sambil menjelaskan kepadanya bahawa pokok semalu ini sangat berkait rapat dengan wanita atas 4 perkara :-
    • ia menutup dirinya apabila tersentuh @ disentuh - membayangkan sifat malu wanita. Rasa malu dan segan ini sangat perlu ada pada wanita demi mengekalkan  ketinggian akhlak dan perangai  yg baik lagi solehah. 
    • akarnya kuat menghunjam mencengkam bumi dan sukar dicabut, mencerminkan kekuatan iman yg perlu ada pada wanita dalam mentadbir dan mengurus kehidupan dunia dan akhiratnya.
    • durinya yg menikam berbisa menjelaskan betapa wanita perlu berhati-hati & bertindak menjaga maruahnya apabila terusik dan diusik [sexual harassment?]demi keselamatan dirinya.
    • ia menutup daunnya pada waktu tertentu setiap hari, mengajar kita tentang perlunya wanita berlindung di mihrabnya[baitul muslim]dan harus cepat kembali dan berada di rumahnya sekira terpaksa keluar sebentar sebab urusan domestik yg penting,  demi menjaga kesejahteraan dirinya. 
    Justeru pokok semalu dikirimkan Allah swt ke dunia punya fungsi untuk mentarbiyah manusia dan memberi peringatan kepada kaum wanita khususnya. Itulah penjelasan Rasulullah saw kepada puterinya sewaktu ia mengadu kesakitan tertikam duri semalu untuk memberi pengajaran berguna kepada kita. Tak malukah  kita  kepada pokok sEMalu yg malu dan tunduk kepada Allah swt??  Sudah tibalah masanya kaum wanita untuk berfikir-fikir dan berubahlah kepada yg disukai Allah dan Rasulullah saw. Semoga segala perbelanjaan dan keseronokan pergi shopping sakan setiap minggu dan bulan menjanakan pahala karena niat ikhlas untuk mentaati Allah dan Rasulnya. Bukan sekadar memungut angka-angka kosong yg tak bernilai di sisi Pencipta Adam dan Hawa. Belanja hebat sakan...tapi tak dapat reward points untuk redeem syurga!

    Wallahu'alam





    .

    WARGA DUNIA Vs WARGA AKHIRAT - VIVA DUNIA vS VIVA AKHIRAT

    Ramai rakan taulan yg mengambil ijazah sarjana dan Phd sudah selesai viva masing-masing. Sebelum itu, sepanjang malam mereka kena insomnia memikirkan sama ada boleh lulus atau tidak semasa berhadapan dengan examiner. Apakah soalan yg dia akan tanya.... boleh jawab tak..otak senak memikirkannya. Masa berlalu dan viva pemeriksa tesis berlangsung dengan baik. Anugerah dibenarkan dengan sedikit koreksi. Hilanglah kerisauan,ketar dan gelabah. Ini baru Viva Dunia??? Bagaimana dengan vIVa akhirat di hadapan Examiner Maha Agung, lagi berat! Banyak kes yg malaikat catat dalam CD/DvD Allah akan dizahirkan untuk dijawab ala ViVa satu persatu, sebelum dipersetujui anugerah sama ada masuk jannah atau jahannam [barang dijauhkan Allah]. Dawud Wharnsby secara melankolik, membuai rasa dengan nada sayu bersenandung "... Oh Allah I'm so afraid to read...I'll be obliged to admit, I'll be obliged to submit..." tentang catatan amalnya. Surah Al -Zalzalah menegaskan dengan keras dan lantang bahawa setiap amal baik w/pun sekecil zarrah akan dihitung begitulah juga amal buruk akan dikira w/pun sebesar zarrah. Auditan Allah swt sangat seni dan halusi, tidak gugur w/pun perkara itu kecil dan remeh di sisi manusia - tetapi Allah tetap dengan keadilan & kesaksamaanNya memberi pahala dan mengenakan dosa tanpa pilih kasih. Kalau hendak meraih belas kasihan Allah, jadilah ansarullah semasa hayat dan bekerjalah untuk Islam dan Ummah, nescaya dengan tilikan kasih sayangNya kita bisa diterima jadi golongan muqarrobin dan solihin.

    Warga Dunia melihat dunia sebagai tempat merebut habuan , kemudian bersantaian sambil jalan-jalan cari makanan enak untuk disumbat ke dalam tembolok. Seterusnya menjamu nafsu dalam semua kesempatan. Nafas yg naik turun diabdikan untuk tonggangan syaitan. 

    Warga akhirat boleh ditamsilkan seperti orang-orang Bangla yg datang ke Malaysia mencari rezki. Dia pulun kerja sungguh-sungguh setiap detik tanpa sia-sia untuk menghasilkan pitih. Dia akhirnya berwang sedangkan anak peribumi menjadi beruang. Si Bangla tahu tujuan dia datang ke Malaysia bukan untuk play-play. Dia sedar dan yakin satu hari nanti dia kena pulang ke Bangladesh tempat asal tanah tumpah darahnya. Sedangkan anak negeri sendiri, main-main dengan masa yg Allah kurniakan. Pilih kerja, tuang kerja, curi tulang, berat tulang,reput tulang, jadi surveyor tak bertauliah mengukur cerok rantau tak keruan. Hasilnya fulus sifar karena mengutip gunduk [Tamil] dalam semua lapangan hidup. Orang luar, kaya raya bila balik kampung  ke negara masing-masing.Bisa bina rumah besar dan beli ladang dan terus jadi tuan tanah Kedawung. 


    Orang dalam, kurus kering tak cukup makan sebab duit wes entek [Jawa]. Senario seperti ini ditayangkan dengan jelas dalam Surah al A'raf betapa manusia dibangkitkan dengan maqam yg tersendiri berdasarkan bekalan amal masing-masing. Yang balik ke kampung Akhirat tanpa persediaan bekalan yg cukup, akan sengsara merana tak kunjung habis. Ruang waktu akhirat bukan lagi 24 jam. Keseronokan dan kebahagiaan akhirat tentunya membelalakkan setiap mata memandang. Orang lelaki memang seronok dapat ramai bidadari kalau masuk syurga Allah. Kata seorang ilmuan dalam satu sesi daurah - orang lelaki masa itu mungkin terlalu sibuk ... sebab ramai sangat hendak dilayan. Masa itu rasa cemburu sudah ditarik oleh Allah swt daripada hati wanita. Ambik kau! ... depa buat nehin saja pada masa itu. Depa pun sibuk kot! Allah saja yg tahu. 


    JADI, buatlah pilihan. Hendak jadi Warga Duniakah @ Warga Akhirat. Pilihan ditangan AnDa! Anda silap pilih Anda sendiri tanggung la! Kita nafsi-nafsi.   

    Wallahu'alam.