Tarbiyah adalah sesuatu yg wajib dan ianya satu-satunya jalan untuk memahami Islam yg kamil dan syamil. Ia juga merupakan cara @ jalan untuk sampai kepada matlamat Islam dalam melahirkan Muslim mujahid. Oleh itu jika tiada tarbiyah maka kita tidak akan mendapat Islam terutamanya dalam realiti kehidupan sekarang.
Justeru Ramadhan didatangkan khas oleh Allah swt kepada manusia mukmin sebagai satu bentuk tamrin @ latihan jasad dan ruh. Untuk menyertai Ramadhan dengan berkesan kita mesti ada persediaan. Generasi awal dahulupun demikian, mereka memulakan Ramadhan dengan persediaan yg cukup. Perkara yg perlu ada sebagai persediaan adalah:-
- bersedia dengan ilmu yg lengkap berkaitan Ramadhan. Mengetahui objektifnya adalah untuk mendidik manusia beriman mencapai taraf taqwa.
- bersedia dengan iman dan berasa suka kepada kedatangan Ramadhan dan rasa teruja untuk menggunakan peluang keemasan bagi menyertai program intensif yg modulnya digubal oleh Allah bagi meningkatkan diri insan ke taraf rabbaniyyun.
Semasa Ramadhan kita mengajar diri kita untuk imsak @ menahan diri daripada benda atau perkara yg halal dan haram semata-mata kerana Allah. Menerusi latihan ini kita mulai belajar berlaku ikhlas, walaupun kita berupaya menipu. Kita dapat merasai bahawa kesyumulan Islam pada Ramadhan kerana kita dapat mengerti sesungguhnya bangun malam makan sahur itu bukan sebab takut lapar pada siang hari, tetapi semata-mata atas rasa ubudiyyah kepada Allah. Program Ramadhan dengan gabungan institusi solat, zakat, haji serta ibadah-ibadah lain sebenarnya menjadi acuan membina asas iman, stamina, kekuatan fizikal dan ruh untuk memikul tanggungjawab yg lebih besar iaitu menjadi benteng & membela kelangsungan Islam di sepanjang hayat kehidupan Islami seseorang Muslim.
J-i-h-a-d dalam segenap segi dan lapangan adalah kemuncak kehidupan seseorang Muslim. Semangat dan ketinggian kecenderungan untuk bekerja keras dan bersungguh-sungguh hanya terbit daripada hati yg terdidik dengan mengenali makna diri, makna ketuhanan serta kepayahan dan keperitan hidup.
Tadarrus al Quran dilakukan bukan sekadar mengejar khatam 30 juzuk di penghujung puasa, tetapi dilakukan dengan konsep dan sikap membaca secara tartil mentadabbur makna dan mengamalkan intisari pengajarannya dalam kehidupan harian. Ini baru boleh kita katakan impak atau natijah yang benar-benar positif terhasil daripada madrasah Ramadhan. Kalau setakat perderas bacaan melebihi had laju hi way walaupun tak kena speed trap, buat majlis khatam Quran pula ... ia patut dipanggil terderras bukan tadarrus - sebab itulah sampai bilapun bacaan Quran tidak mampu memberi apa -apa kesan baik kepada pembacanya. Untuk tahun ini dan seterusnya, marilah kita perbetulkan sikap dan niat kepada membaca Quran untuk mengambilnya sebagai sumber pendidikan. Bukan menjadi bacaan kosong semata-mata. Yang penting dalam Quran adalah isinya bukan sekadar ayat-ayatnya yg dibaca secara tradisi tanpa matlamat.
Ayyuhal Muslimin! Marilah perbetulkan niat dan sikap kita terhadap Ramadhan dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kemuncak ibadah yg tinggi pada tahun ini. Baju raya dan kueh raya biarlah tidak menjadi perkara terlalu aulawi. Prioritize the priority.
Apabila selesai Ramadhan nanti, kita kena lestarikan niat dan sikap mengihya'kan semangat Ramadhan sampai ke penghujung hayat. Kalau kita hanya bersikap baik, berperangai molek, murah hati bersedaqah @ infaq, bertadarrus, mulia hati ajak orang makan/berbuka puasa, memaafkan kesalahan orang, menahan nafsu perut dan bawah perut, mata tak melilau macam sportlights merenung orang ajnabi...dan lain-lain yg berfaedah dalam bulan puasa sahaja - maknanya kita bukanlah hamba Allah sebenar, tetapi kita adalah hamba Ramadhan. Justeru ingatlah insan bahawa di akhir Ramadhan, kita hendaklah menjadi manusia Rabbaniyyun bukan Ramadhaniyyun! Allahu akbar walillahi lhamdu.
Selamat berpuasa - Ramadhan Kareem!
Apabila selesai Ramadhan nanti, kita kena lestarikan niat dan sikap mengihya'kan semangat Ramadhan sampai ke penghujung hayat. Kalau kita hanya bersikap baik, berperangai molek, murah hati bersedaqah @ infaq, bertadarrus, mulia hati ajak orang makan/berbuka puasa, memaafkan kesalahan orang, menahan nafsu perut dan bawah perut, mata tak melilau macam sportlights merenung orang ajnabi...dan lain-lain yg berfaedah dalam bulan puasa sahaja - maknanya kita bukanlah hamba Allah sebenar, tetapi kita adalah hamba Ramadhan. Justeru ingatlah insan bahawa di akhir Ramadhan, kita hendaklah menjadi manusia Rabbaniyyun bukan Ramadhaniyyun! Allahu akbar walillahi lhamdu.
Selamat berpuasa - Ramadhan Kareem!
0 comments:
Post a Comment