ALANGKAH letihnya perjalanan hidup ini jika musafiran kita terpaksa melalui jalanan yang bengkang bengkok, penuh kepayahan dan tidak kelihatan hujungnya. Jika terjadi perjalanan sebegini dalam hidup, berarti seseorang itu sedang bingung atau sedang berkrisis dengan diri sendiri.
DALAM syarah Ibnu Mas'ud mengenai hadith keempat dalam Hadith Arbain karangan Imam Nawawi, beliau menjelaskan tatkala benih lelaki dan perempuan hendak disenyawakan, si malaikat yang bertugas telah mengambil kedua-dua benih tersebut dan diletak di atas tapak tangannya lalu bertanya 4 soalan kepada Allah:-
DALAM syarah Ibnu Mas'ud mengenai hadith keempat dalam Hadith Arbain karangan Imam Nawawi, beliau menjelaskan tatkala benih lelaki dan perempuan hendak disenyawakan, si malaikat yang bertugas telah mengambil kedua-dua benih tersebut dan diletak di atas tapak tangannya lalu bertanya 4 soalan kepada Allah:-
- apakah mahu dijadikan manusia daripada benih ini atau sebaliknya? Jika jawabanNya ya... maka diajukan soalan kedua,
- berapakah umur sipolan ini [span of life]?
- berapa banyakkah rezeki sipolan ini [bajet RM@USD] sepanjang hidupnya?
- apakah sipolan ini bahagia atau celaka pada kesudahan hidupnya [kehidupan akhiratnya]?
Az ZAARIAT:59 seterusnya menjelaskan core business manusiawi dalam kehidupan di dunia ini, supaya manusia tidak keliru dan tercari-cari makna kehidupan. Lalu ia bisa meletakkan hidupnya di atas landasan yang betul sejak dari awal mula iaitu berubudiyyah kepada Allah swt. Walau bagaimanapun, selain daripada manusia yang bukan Islam, manusia yang Islam pun mengalami masalah yang serupa yakni tidak kenal asal usul diri dan tujuan kehidupan pada zaman serba membangun ini. Sebabnya jahil karena tak belajar, tak mahu ambil peduli mendalami ilmu karena rasa cukup dengan ilmu Islam tahap asas - tiada pembinaan fikrah Islam yang tuntas. Justeru, jasad bertumbuh dengan sendo dan sasa, cantik dan segar bagai kelopak bunga dirembes embun pagi. Namun kefahaman dan pemikiran Islam umpama pokok yang tinggi melayut, tapi berakar pendek sejengkal dan mudah tergoyang oleh angin malam yang memuput manja.
Manusia rata-rata di Timur atau Barat mengalami 3 jenis krisis :-
- krisis makna diri - identity crisis
- krisis makna kewujudan - crisis of existence
- krisis makna kehidupan - crisis of the meaning of life.
Bahtera yang dapat menyelamatkan manusia untuk menuju ke pantai akhirat hanyalah ISLAM. Kebenaran Islam bukan berdasarkan undian majoriti. Walaupun minoriti yang berpegang kepadanya ia tetap benar dan relevan sepanjang zaman. Kebenarannya adalah karena ia adalah kurniaan Allah kepada manusia untuk salvation duniawi dan ukhrawi. Jangan tunggu orang berbondong-bondong berpaut dan merangkul Islam sebagai deenul hayah baru kita hendak ambil Islam secara totok dan tuntas. Lakukan sekarang atau terlepas langsung peluang menjadi hamba Allah yang bersyukur dan mendapat mardhotillah. Seandainya peluang ini diambil sepenuh hati, inilah tanda berlakunya ketibaan diri pada makna = iaitu makna diri; makna kewujudan dan makna kehidupan.
Wassalam
13 Oktober 2010
0 comments:
Post a Comment