Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

WARGA DUNIA Vs WARGA AKHIRAT - VIVA DUNIA vS VIVA AKHIRAT

Ramai rakan taulan yg mengambil ijazah sarjana dan Phd sudah selesai viva masing-masing. Sebelum itu, sepanjang malam mereka kena insomnia memikirkan sama ada boleh lulus atau tidak semasa berhadapan dengan examiner. Apakah soalan yg dia akan tanya.... boleh jawab tak..otak senak memikirkannya. Masa berlalu dan viva pemeriksa tesis berlangsung dengan baik. Anugerah dibenarkan dengan sedikit koreksi. Hilanglah kerisauan,ketar dan gelabah. Ini baru Viva Dunia??? Bagaimana dengan vIVa akhirat di hadapan Examiner Maha Agung, lagi berat! Banyak kes yg malaikat catat dalam CD/DvD Allah akan dizahirkan untuk dijawab ala ViVa satu persatu, sebelum dipersetujui anugerah sama ada masuk jannah atau jahannam [barang dijauhkan Allah]. Dawud Wharnsby secara melankolik, membuai rasa dengan nada sayu bersenandung "... Oh Allah I'm so afraid to read...I'll be obliged to admit, I'll be obliged to submit..." tentang catatan amalnya. Surah Al -Zalzalah menegaskan dengan keras dan lantang bahawa setiap amal baik w/pun sekecil zarrah akan dihitung begitulah juga amal buruk akan dikira w/pun sebesar zarrah. Auditan Allah swt sangat seni dan halusi, tidak gugur w/pun perkara itu kecil dan remeh di sisi manusia - tetapi Allah tetap dengan keadilan & kesaksamaanNya memberi pahala dan mengenakan dosa tanpa pilih kasih. Kalau hendak meraih belas kasihan Allah, jadilah ansarullah semasa hayat dan bekerjalah untuk Islam dan Ummah, nescaya dengan tilikan kasih sayangNya kita bisa diterima jadi golongan muqarrobin dan solihin.

Warga Dunia melihat dunia sebagai tempat merebut habuan , kemudian bersantaian sambil jalan-jalan cari makanan enak untuk disumbat ke dalam tembolok. Seterusnya menjamu nafsu dalam semua kesempatan. Nafas yg naik turun diabdikan untuk tonggangan syaitan. 

Warga akhirat boleh ditamsilkan seperti orang-orang Bangla yg datang ke Malaysia mencari rezki. Dia pulun kerja sungguh-sungguh setiap detik tanpa sia-sia untuk menghasilkan pitih. Dia akhirnya berwang sedangkan anak peribumi menjadi beruang. Si Bangla tahu tujuan dia datang ke Malaysia bukan untuk play-play. Dia sedar dan yakin satu hari nanti dia kena pulang ke Bangladesh tempat asal tanah tumpah darahnya. Sedangkan anak negeri sendiri, main-main dengan masa yg Allah kurniakan. Pilih kerja, tuang kerja, curi tulang, berat tulang,reput tulang, jadi surveyor tak bertauliah mengukur cerok rantau tak keruan. Hasilnya fulus sifar karena mengutip gunduk [Tamil] dalam semua lapangan hidup. Orang luar, kaya raya bila balik kampung  ke negara masing-masing.Bisa bina rumah besar dan beli ladang dan terus jadi tuan tanah Kedawung. 


Orang dalam, kurus kering tak cukup makan sebab duit wes entek [Jawa]. Senario seperti ini ditayangkan dengan jelas dalam Surah al A'raf betapa manusia dibangkitkan dengan maqam yg tersendiri berdasarkan bekalan amal masing-masing. Yang balik ke kampung Akhirat tanpa persediaan bekalan yg cukup, akan sengsara merana tak kunjung habis. Ruang waktu akhirat bukan lagi 24 jam. Keseronokan dan kebahagiaan akhirat tentunya membelalakkan setiap mata memandang. Orang lelaki memang seronok dapat ramai bidadari kalau masuk syurga Allah. Kata seorang ilmuan dalam satu sesi daurah - orang lelaki masa itu mungkin terlalu sibuk ... sebab ramai sangat hendak dilayan. Masa itu rasa cemburu sudah ditarik oleh Allah swt daripada hati wanita. Ambik kau! ... depa buat nehin saja pada masa itu. Depa pun sibuk kot! Allah saja yg tahu. 


JADI, buatlah pilihan. Hendak jadi Warga Duniakah @ Warga Akhirat. Pilihan ditangan AnDa! Anda silap pilih Anda sendiri tanggung la! Kita nafsi-nafsi.   

Wallahu'alam.

2 comments:

Walaupun demikian wahai saudaraku, kenikmatan sebenar bukanlah dianugerahi 100 bidadari tetapi kenikmatan sebenar ialah bertemu Allah azza wajalla.

Kembali ke pangkuanNya dalam roodhiah dan mardhiyyah.

Memasuki kelompok hamba2Nya dan syurgaNya.

-UAM

 

I fully agree with you. Nothing less than that! Salam..