Sotong kurita adalah sejenis haiwan laut. Statusnya sama saja dengan makhluk Allah yang lain = tak berkuasa, tak berilmu, tak mengetahui perkara-perkara ghaib, melainkan Allah swt. Sotong ini diberitakan mati dua malam sudah selepas hidup selama 2 tahun. Ia pergi meninggalkan peminat bolasepak liga dunia yang taksub bodoh, kononnya Si Paul ini hebat menujumi dengan tepat pasukan yang akan menang dalam perlawanan bolasepak. Bayangkan otak siapa lebih besar dan bergeliga - manusiakah atau sotong?
Sesuatu perkara yang bathil, apabila dipercayai, diyakini & dipujai, ia akan menjadi seolah-olah benar melalui medium syaitan, dengan izin Allah swt. Justeru mereka yang akalnya lebih kecil daripada akal sotong, imannya lebih lembik daripada badan sotong memang mudah mempercayai nujuman si Paul ini walaupun ketepatan itu berlaku atas dasar kebetulan, peranan syaitan mengambil kesempatan untuk menyesatkan anak Adam dan di luar rasional manusiawi yang waras dan berilmu. Dalam Surah Jinn:8-9 Allah telah menyatakan dengan jelas bahawa rahasia langit yang suatu masa dulu pernah didengari oleh golongan jinn, kini ditutup dan dikawal oleh para malaikat daripada diketahui oleh mereka dengan panahan api. Dengan yang demikian, soal tepat atau silap nujuman @ ramalan si Paul tidak ada kena mengena dengan keupayaan dan kemampuannya untuk mengorek rahasia langit atau perihal ghaibiyah. Manusia yang bertanggungjawab meletakkan si Paul untuk menjadi nujum adalah syirik alias fasiq.
Terdapat usaha untuk menggantikan tempat Paul dengan haiwan lain pula untuk menjadi nujum Pak Belalang. Maka semakin ramailah pula manusia akan terikut untuk mempercayai sang haiwan lebih mengetahui perkara ghaib daripada manusia. Zaman dulu kala ramai manusia fanatik kepada nujum - hendak buat apa jua perkerjaan mesti rujuk nujum untuk keselamatan dan kesejahteraan. Manusia modenpun tak ubah seperti tunggul kayu, nama saja hebat dari segi pelajaran atau akademik, tetapi iman lebih lembik daripada sotong kurita. Inilah bahana manusia tak kenal diri dan tak kenal Tuhan. Tak boleh nampak pelik sikit sesuatu benda@perkara, langsung percaya habis. Inilah yang dikatakan percaya gila [bahasa slanga]. Iman manusia zaman mutakhir ini rapuh rangup macam muruku dan rempeyek. Kalau hilang rapuh @ rangup dia jadi lemau kerana masuk angin. Kejadian rapuh dan lemau ini, tak lain tak bukan lantaran berpelajaran tapi tak berilmu. Pandai tapi tak cerdik, bijak tapi tidak bijaksana, bergeliga tapi tidak tajam, berpengalaman tetapi tidak berhikmah. Semua ini berlaku gara-gara tiada tarbiyah dalam kehidupan.
Generasi manusia jenis tersebut di atas ini, bila-bila dan sampai bilapun asyik kena tipu oleh syaitan. Ibubapa kena didik sungguh-sungguh anak-anak masing-masing agar jangan sampai mudah terkehel iman dengan perkara atau kejadian yang bersifat alamiyah. La ilaha illallah adalah Tuhan Dunia dan Akhirat. Sotong dan sekalian makhluk lain adalah bersifat baharu dan penuh kecacatan dan kelemahan. Bagaimana bisa seekor Paul menjadi all knowing and all embracing merentasi alam malakut, sedangkan ia duduk dalam aquarium bukan seperti jinn yang bisa terbang cari info ke sana sini. Janganlah karena menonton bolasepak iman tercabut lantaran buat maksiat judi dan percaya pada ahli nujum sisotong kurita atau sesiapa saja.
Fikir-fikirkanlah...
Wassalam,
6 November 2010

0 comments:
Post a Comment