Pagi ini Ahad 5 Ramadhan 1431H, sudah menghampiri seminggu berpuasa. Pasar pagi di pinggiran kubur seperti biasa dikerumuni pengunjung membeli keperluan untuk memasak berbuka puasa. Sambil menanti ayam kampung yg dipesan disembelih dan dipotong kecilan, ternampak aku seorang lelaki separuh abad lebih berdiri tegap memakai celana pendek, rambut beruban berekor tupai, rantai leher besar berkilat dan bersubang di telinga. Bercelaru lagi hatiku hari ini melihat pemandangan seorang spesis homo sapien seperti aku - islam pula & berpenampilan begitu. Dulu terjumpa si jantan Ayu berambut panjang mayang mengurai di kafe mamak dengan keluarga enak-enak bersarapan pagi.
Bagaimanakah manusia lelaki sebegini akan mencorakkan kehidupan keluarga dalam bahteranya dan sekaligus untuk menyelamatkan ahlinya daripada jilatan dan bakaran api neraka? "...Wahai orang-orang beriman jagalah diri kalian dan keluarga kalian daripada api neraka yang bahan bakarannya adalah manusia dan batu..." Ramadhan datang dan pergi. Kita telan macam-macam rezki Allah beri, sampai berat badan tak sempat turun walaupun berpuasa. Malangnya sangat sedikit bilangan manusia menilik dan menghisab diri sendiri sama ada syahadah yg diucapkan bertepatan dengan aksi-aksi bodoh dan tak Islamik. Menata watak-watak keliru dalam publik hatta membuatkan Islam terpaksa mempertahankan dirinya daripada fitnah serta membersihkan dirinya daripada sampah sarap buatan manusia yg hilang arahtuju.
Senario begini menempangkan sudut pandangan orang belum Islam terhadap deen Allah. Mereka tidak nampak garisan pecahan yg jelas [dichotomy] antara nilai Islami dan nilai Kuffar. Kekacauan nilai yg berserabut bersimpang siur inilah yg dikehendaki oleh musuh manusiawi iaitu syaitan laknatullah. Kekaburan dan kekelaman nilai baik Islam yg ditenggelamkan oleh penganut-penganutnya sendiri telah memberi geng-geng syaitani untuk relax dan tak perlu bekerja keras untuk menyesatkan manusia. Manusia Islam nominal begitu ramai bertindak menjadi jurucakap, perunding, pelobi, pelemah, penganjur budaya syaitani di mana-mana dan sedia berkhidmat untuk menjauhkan manusia daripada Islam.
Terbayang dalam fikiran bahawa semasa sambutan 1 Syawal nanti, bagaimanakah sebuah keluarga yang anak dan cucunya berdatukkan seorang lelaki sudah beruban berekor tupai, bercelana pendek dan bersubang dua di telinga menyambut Aidil Fitri. Agak geli untuk menggambarkan anak-cucu sekeluarga berekor tupai dan tocang dan bertindik subang di telinga dengan pakaian eksklusif berjenama sedang bersalaman - sukar hendak kenal jantan betina kecuali ditatapi konfigurasi dan wajah masing-masing. Hingga kapankah mereka akan sedar, hanya Allah yang tahu.
Sutradara@pengarah filem dan drama perlu prihatin dan sepatutnya mengambil isu agama seperti ini untuk dipaparkan pada layar putih dengan memasukkan ramuan padat kupasan aqidah menerusi dialog-dialog mantap untuk menimbulkan rasa hati dan menghidupkan syu'ur Islami dalam kalangan masyarakat. Bukan asyik-asyik cerita cinta>cinta>cinta serta komedi dan lawak yang tak ada hujung pakal yg langsung tidak membina fikrah dan minda. Hendak buat macam mana - mereka pun sedang teraba-raba dalam minda bonsai yang dibungkus dan dikepompongkan semacam orang lain juga. Selagi kepompong kuffar tidak dipecahkan begitulah berlarutannya masyarakat manusia akan terus terusan menghidupkan dan mengabdikan diri kepada ilah-ilah selain Allah swt. Para dai'e dan murobbi mempunyai banyak medan dakwah. Bekerja dan bersungguh-sungguhlah di jalan Allah, semoga Allah swt akan membantu kita memecahkan kepompong mad'u-mad'u serta diri kita sendiri dan merongkai lilitan syaitani yg membelenggu jiwa agar kita berupaya melonjakkan ibadah ke tahap yg lebih tinggi. Semoga Allah menunjukkan jalan ketaatan dan mengganjari kita dengan pahala yang banyak terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini supaya kita tidak menjadi manusia muflis hakiki di Yaumul Qiamah.
Wallahu'alam.
4 comments:
Salam Ramadhan Tuan Haji..
Saya tertarik dengan perihal manusia yang haji coretkan. Saya ingin berkongsi satu perihal manusia di tempat saya sekarang. Pada 1 Ramadhan lepas, saya menerima panggilan oleh seorang yang berstatus Haji untuk mengadakan perjumpaan bagi membincangkan tentang urusan perniagaan. Tetapi yang peliknya dia ingin berjumpa di Old Town White Coffee. Terlintas difikiran takkan nak jumpa di coffee house kan puasa hari ini. Namun saya berprasangka baik sbb dia seorang Haji. Setibanya di sana alangkah terkejut, dengan selambanya dia menghisap rokok sambil minum coffee. Tak fikir panjang saya terus tanya, Haji tak puasa ke?Jawapan yang diberikan I lupa hari ini puasa sbb tak tengok TV. Apa ke bangang jawapan yang diberikan. Nampak sangat dia mempersendakan Islam sedangkan ianya Rukun Islam. Apa pendapat Haji ttg perihal ini?
aFiQ, lama x dengar berita. Kemunculan anda dgn cerita klasik sorang alHaj ngombeh kopi diOtWc adalah salah satu drp jutaan gelagat org Islam yg anda kata 'bangang' karena tiada tarbiyyah. Tarbiyah adalah wajib utk kenal Islam secara syamil dan kamil. Jadi, jangan x ikut tarbiyah ... itu saja pesanan saya utk anda dan semua di luar sana !
assalamualaikum, pakcik sy ingin bertanya, apakah aktiviti yg sesuai d lakukan pd waktu petang d bulan ramadhan bg seorg pelajar ye? Bole pakcik berikan beberapa contoh aktiviti tersebut?
Terima kasih,
selamat menghadapi bulan ramadhan untuk pakcik dan keluarga.
Wahai anak,
Selesai saja solat Asar anda bole buat aktiviti berikut mana yg mampu:-
1. baca Ma'thurat
2. baca Quran dan tadabbur maknanya
3. tolong ibu di dapur
4. menikmati alam waktu petang secara santai/senaman ringan sambil mengagungkan Allah.
5. bersiap diri utk berbuka dan solat Maghrib berjamaah.
Selamat berpuasa dan semoga Allah membantu kita mentaatiNya.
Post a Comment