Sesampai di Sg Petani kami sekeluarga menyusuri exit masuk ke pekan untuk makan tengahari di RfC. Sementara menunggu pintu restoran dibuka pada pukul 2:00pm, kami melawat dulu deretan kedai-kedai yg menjual berbagai produk. Kami sekeluarga memasuki sebuah ruangniaga yg mempamirkan pelbagai fesyen tudung wanita berjenama. Nampaknya SALE sedang berlangsung. Ramai kaum wanita menghurungi produk-produk yg diberi diskaun. Akupun membelek-belek beberapa gugusan tudung yg kelihatan cantik. Meneliti harganya aku agak gugup dan bertanyakan zaujah - "betulkah ini harganya : selepas diskaun sehelai miniveil eksklusif = RM350 dan sehelai patchlace eksklusif = RM500." What a price?
Tergugup dan berkerut kening memikirkan harganya bukan sekadar soal letakan harga. Yang lebih difikirkan adalah fungsi tudung dan isu aurat yg terlibat dalam pembikinan dan penjualan serta pemakaiannya. Tak kisahlah kalau ada orang-orang kaya, OKB, Mak Datin yg jenuh fulus mahu membeli dengan mahar yg tinggi. Tetapi aspek syariat perlu diambilkira dan diperhitungkan dalam membeli dan memakainya. Ukuran syariat nampaknya pasti tidak dipenuhi. Antara lain: ukuran terlalu singkat, sekadar melepasi bahu sedikit. Sobekan dan hiasan pada tudung dikira melampaui tabarruj yg dibenarkan syariat. Nama saja Busana Muslim tetapi entah apa-apa yg dijualnya. Konsep dan prinsip Aurat dan Tabarruj tidak difahami langsung, sama ada oleh pembuatnya, penjualnya, pembelinya serta pemakainya.
Prinsip pemasaran kapitalis masih diikuti dengan tekun: pengeluaran barangan berdasarkan apa yg digemari oleh nafsu manusia @ apa yg manusia suka supaya jualan tidak bermasalah dan dapat untung besar. Ukuran agama dan redha Allah tidak diperhitungkan. Kasihan manusia, terutamanya wanita-wanita - bagaimana mahu jadi solehah kalau ilmu tentang perkara asas seperti ini tidak ada dalam tempurung kepala. Si suami pula ikut saja - tak ada ilmu untuk menegur keteledoran akhlak dan perangai si isteri yg suka pakaian mahal tapi tak syariatic apatah lagi lulus tanda aras Allah swt.
Apa maknanya pakai tudung kepala kalau tak mematuhi syarat dan ukuran Allah swt. Apa ertinya bersyahadah setiap kali solat tetapi memecah kontrak dengan Allah setiap kali selesai solat. Apa maksud memakai tudung berjenama dan mahal melampau, cantik tetapi tidak menutupi aurat yg diwajibkan. Apa sangatnya dengan nampak lawa bergaya tapi mendapat kemurkaan Allah dan kutukan daripada sekalian makhluk di langit.
Ayyuhal Muslimat yg sudah lawa dan yg ingin bertambah lawa, renungilah satu kisah yg berlaku pada Sayyidatina Fatimah semasa berpergian dengan Rasulullah saw. Beliau terkena duri semalu dan merungut kerana bisanya sambil mengomel - "apalah gunanya pokok semalu ini tumbuh di sini." Rasulullah saw mendengar ngomelannya sambil menjelaskan kepadanya bahawa pokok semalu ini sangat berkait rapat dengan wanita atas 4 perkara :-
- ia menutup dirinya apabila tersentuh @ disentuh - membayangkan sifat malu wanita. Rasa malu dan segan ini sangat perlu ada pada wanita demi mengekalkan ketinggian akhlak dan perangai yg baik lagi solehah.
- akarnya kuat menghunjam mencengkam bumi dan sukar dicabut, mencerminkan kekuatan iman yg perlu ada pada wanita dalam mentadbir dan mengurus kehidupan dunia dan akhiratnya.
- durinya yg menikam berbisa menjelaskan betapa wanita perlu berhati-hati & bertindak menjaga maruahnya apabila terusik dan diusik [sexual harassment?]demi keselamatan dirinya.
- ia menutup daunnya pada waktu tertentu setiap hari, mengajar kita tentang perlunya wanita berlindung di mihrabnya[baitul muslim]dan harus cepat kembali dan berada di rumahnya sekira terpaksa keluar sebentar sebab urusan domestik yg penting, demi menjaga kesejahteraan dirinya.
Wallahu'alam
.
4 comments:
Assalamualaikum,
Sebenarnya harga tersebut untuk pembelian untuk dipakai oleh individu. Jika pembeli membeli secara borong (berkoyan-koyan) untuk berniaga, harganya jadi murah lagi.
Pernah jiran saya beli dua dozen, sebenarnya nak pakai sendiri, kelentong je kat tokey kedai kata nak jual. Harga ditudung RM89 sehelai jadi RM25-30 kot. Mungkin harga yang tinggi bagi menampung kos jualan kalau tudung lain tak laku nanti. Wallahua'lam.
Assalamualaikum warahmatullah,
Mohon maaf jika pandangan saya salah tetapi saya pernah mendengar bahawa dalam Islam markup keuntungan dalam perniagan hanyalah sekadar 1/3 daripada harga jualan sahaja. Dan pada pandangan saya juga adalah tidak wajar meletakkan beban risiko kerugian perniagaan ke atas pembeli-pembeli walaupun mereka adalah dari golongan yang tersangat mampu dan berupaya membayar dengan harga yang sangat tinggi. Saya juga merasa yakin bahawa dalam agama Islam yang mulia ini akhlak dipentingkan dalam segenap urusan kehidupan termasuklah dalam bidang perniagaan. Mohon maaf sekali lagi jika pandangan saya menyimpang dari kebenaran.
-Ana Muslimah
Saya pernah mendengar ulasan drp ilmuan tentang peletakan harga barangan. Seperti biasa ia ditentukan oleh kos-kos yg terlibat ie. kos bahan mentah,transport, kos pembuatan,kos buruh, kos iklan, kos overhead etc. W/bagaimanapun, laba tak ditentukan secara tetap [berapa%] atas kos-kos tadi. Cuma yg ditekankan adalah jangan ada eksploitasi dan ia mesti dilakukan secara berakhlaq. Maknanya AKHLAQ adalah pengikat kpd penentuan terakhir dlm melakukan sesuatu dgn mengambilkira kepentingan @ maslahat umum bukan semata-mata untung diri sendiri pembuat/penjual]. Perkara ini perlu difahami dlm konteks melaksanakan fardhu KIFAYAH.
Wallahua'lam.
Post a Comment