Islam yang tuntas perlu dilaksanakan dalam kehidupan Muslim. Ia adalah satu tuntutan dan kewajiban terhadap Allah swt. Kalau diperhatikan sekeliling kehidupan kita dewasa ini, tampak sekali betapa banyak lompang-lompang hidup yang tidak diisi oleh nilai Islami - petak-petak hidup diwarnai sesuka hati. Justeru menjadikan kita manusia Muslim kartu @ nominal sekadar tercatat dalam kartu pengenalan diri, tidak lebih daripada itu.
Kenapa perlu amal Islami dalam kehidupan kita? Ia diperlukan karena mahu menghidupkan dan mengharmoniskan nilai-nilai Islam dalam hayat kita sebagai bukti kita sebenarnya redha dengan Allah sebagai Rabb, Nabi Muhammad sebagai rasul@utusanNya dan Islam sebagai deen yang menguasai ke atas kehidupan kita. Kita menyedari bahawa uruf masa kini tidak mendidik manusia ke arah menjiwai Islam lantaran penghayatan Islam hanya berlaku secara sekular. Justeru Islam telah tidak diletakkan pada tempatnya yang tinggi sebagai pengatur kehidupan, ia hanya bersifat carikan dan cebisan kain buruk yang digunakan membalut luka masyarakat sekiranya sudah kehabisan ikhtiar yang lain. Umpama gambaran yang Allah sebutkan dalam Quran tentang sekumpulan manusia yang sedang berada dalam kapal yang dilambung badai taufan di laut. Mereka mohon keselamatan daripada Allah dan berjanji akan mentaatiNya seandai Allah menyelamatkan mereka. Akan tetapi apabila mereka terselamat dengan izin Allah, mereka melupai janji mereka seolah-olah sebentar tadi tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas diri mereka. Inilah sifat degil dan engkar manusia, bila susah baru hendak berpaut kepada Allah, setelah terasa tidak terancam dan senang lenang - lupa terus kepada Zat yang mengeluarkan mereka daripada bahaya dan kesukaran, yang memberi mereka rezki yang banyak dan rahmat yang tidak terhitung.
ISLAM kini terasing@alien daripada penganutnya sendiri. Orang yg belum Islam apatah lagi pelik melihat gambaran Islam yg dipertontonkan dengan penampilan keliru oleh penganutnya yg mencampuradukkan nilai indah Islam dengan nilai-nilai biadab dari Timur dan Barat. Inilah tanda-tanda aqidah ummah telah tidak berfungsi. Aqidah yg tidak berfungsi adalah aqidah yg sakit. Bila aqidah sakit, manusia tidak menerima Islam secara menyeluruh kecuali mengamalkannya secara tempelan mengikut apa yg disukai sahaja. Pendekata, orang-orang Islam benar-benar jahil terhadap agamanya sendiri. Pada mereka Islam tampak jelek, sukar dan tidak menarik karena menghalang hawa nafsu berbuat onar. Islam yang disukai adalah Islam yang meliberalkan segala kehendak manusiawi.
Islam menjadi asing karena manusia lupa kepada peringatan Allah. Kesannya, Allah menjadikan permusuhan dan persengketaan antara sesama manusia - merebut harta dunia yang sedikit tetapi membiarkan kesenangan dan kenikmatan akhirat yg tak kunjung habis terlepas dengan percuma. Dunia telah menguasai hati dan kehidupan ummat Islam. Mereka makan dan minum persis binatang.
Al Quran didatangkan kepada manusia untuk mendidik - memberitahu manusia bahawa semua problema insan ditanggung beres dengan solusi dinyatakan dalam al Quran. Begitulah sikap generasi awal al Quran, mereka mengambil wahyu Allah sebagai sumber utama mendidik jiwa dan mengawasi kehidupan. Al Quran yang mereka pegang dan amalkan benar-benar berjaya membuang karat jahiliyah. Ia berjaya membentuk fikrah, akhlaq dan segala gerak kerja zahir dan batin berlandaskan nilai Islami. Al Quran bukan sekadar bacaan matannya untuk disayembarakan dengan alunan suara yang merdu dan lunak didengar, tetapi sebagai sebuah gagasan besar yang melahirkan aqidah yang sahih dan salimah yang mampu merobah paksi kehidupan manusiawi - merendah diri kepada Tuhan sarwa alam, tidak syirik dan tidak engkar.
Jika kita mahu menjadi manusia yang berjaya seperti generasi didikan Rasulullah saw, kita kena ikut proses pendidikan yang sama yang diltunjuki dan dilalui oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Dengan proses ini barulah akan lahir pemuda-pemuda aqidah [rijaluddin] untuk membina semula Islam yang telah tersirna oleh penganut-penganutnya yang tersilau oleh kepalsuan duniawi.
Wahai pemuda dan semua angkatan umur, marilah kita muhasabah dan menilai diri masing-masing dalam 10 hari terakhir Ramadhan ini, sama ada kita telah menghayati Islam sepenuh hati dan tuntas dalam kehidupan:-
a] apakah kita hidup bersendirian atau hidup berjamaah@berkomuniti
untuk menjaga nilai Islami?
b] apakah kita menyempurnakan hubungan sesama manusia?
c] apakah kita mengimbangi kedua-dua hubungan kita dengan Allah &
manusia?
d] apakah hati kita benar-benar terikat dan menurut ajaran Islam dan
iman yang ada dalam diri kita dijelmakan dan bukan angan-angan?
e] apakah kita mengutamakan kepentingan Islam dalam kehidupan?
f] apakah kita berasa izzah@mulia dengan kebenaran Islam dan yakin
kepada Allah?
Allahu Akbar walillahil hamd..
03 September 2010

0 comments:
Post a Comment