Menurut Dr. A’idh al Qarni, terdapat 2 jenis @ tipologi anak muda dalam masyarakat masa kini iaitu :-
i. tidak pernah hadiri ceramah agama/majlis ilmu/menjaga solat 5 waktu berjamaah tetapi masih terdapat sisa iman yg malap jauh tertanam dalam lubuk qalbu yg perlu dicungkil dan digilap kembali.
ii. sesat dan menganggap agama kolot/lekeh/menyampah – iaitu mereka yg memerdekakan diri daripada Islam.
Golongan yg pertama masih bisa diajak untuk mengingati semula wa’ad pertama di alam ruh antara mereka dengan Allah swt “ Bukankah Aku Tuhan mu? Lalu mereka menjawab, Ya! Kami mempersaksikan.” Al A’raf:172. Kesaksian awal mula di alam ruh sebelum dihantar ke dunia dimaterai oleh semua manusia tanpa kecuali. Problemnya bila sudah mendarat di dunia melalui kapsul rahim ibunda, covenant ini dilupai. Ia dilupai atau terlupa atas sifat insani iaitu lalai dan masyghul dengan perkara duniawi. Golongan ini jika ditanya apakah anda Muslim dan mencintai Rasul dan Allah, mereka akan menjawab Ya tetapi tiada bukti nyata sama ada dalam perlakuan atau aktiviti harian. Golongan ini punya kesukaan duduk-duduk lepark di jalanan, bergrombolan dan memiliki gang masing-masing atas kecenderungan yg sama, ketagihan rokok, bergadang, berpleseran, tertawa terbahak-bahak, meminati muzik picisan serta majalah porno pemangkin dosa dan kelalaian lain yg mubah. Penampilan diri digayakan dengan apparel jeans lusuh koyaks rabaks di lutut @ paha, berambut panjang mengerbang/bertocang ala sunnah Hippies tahun awal 70an. Ashabul Woodstock 70an ini masih ada dan semakin mekar berkembang dalam taman-taman yg ibu bapa mereka giat menghadiri halaqah @ usrah. Pimpinan dan bimbingan yg diberikan menerusi halaqah keluarga dan institusi sekolah terpilih mengandungi anasir tarbiyah tidak berdaya menahan rempuhan air banjir busuk Barat yg penuh dengan karat dan rawasib JaHiLiyyaH.
Apakah daya para murrabi dlm kalangan ibu bapa yg prihatin pun telah menjadi tempang kakinya diterjah pengaruh menggunung dan membuak sekitaran dan kawan sebaya yg menjadi rujukan utama anak-anak muda. Sedangkan mereka tidak sedar mereka sedang menjadi sampah sarap yg sedang berhanyutan dalam air banjir busuk yg sangat deras untuk dibuang dan diapungkan di samudera luas yg melemaskan. Kata Dr A’idh al Qarni lagi, "...akan tetapi mereka masih memiliki fitrah. Di lubuk hati mereka yg paling dalam masih terukir kalimat Syahadah. Ketika kepala mereka keluar dari perut ibu mereka menuju permukaan bumi ini, masing-masing membawa Tawhid = keesaan Allah swt. Jadi kita perlu berbicara dengan fitrah mereka yg masih terpatri dalam diri mereka dengan Mengajak Mereka Mengukir Cinta Kepada Allah dan Rasulullah saw. " Justeru, para ibu bapa janganlah membiarkan pintu fitrah anak diketuk terlebih dulu oleh orang lain yg tak mengenal agama dan tiada fikrah. Ketukan pertama hingga ke saat akhir kematian kita hendaklah dilakukan oleh kita sendiri tanpa membiarkan mereka diwarnai sesuka hati oleh anasir-anasir perosak adab dan akhlak serta jatidiri Islami.
Wallahu’alam
2 comments:
Merendah diri kepada Allah S.W.T. dalam apa saja perkara akan menjadikan kita seorang yang ikhlas, dan redo dan tidak bongkak.
Tapi untuk menjadikan kita seperti itu yang penting hati perlu bersih dan sentiasa berada didalam kelompok orang-orang yang salih dan sentiasa mencari kebenaran dan menghindarkan titik hitam di dalam hati. Tapi syaitan sentiasa mengganggu untuk berbuat kejahatan.
Jika berada dalam kolompok yang berhati hitam, lama-kelamaan kita pun sama macam mereka atau lagi teruk dari mereka. Macam mana nak la nak masuk syurga....
Bermula dgn Syahadah >laksanakan amalan fardhu > bina fikrah Islam dgn menghadiri majlis ilmu > zikir Quran dan zikir Ma'thurat dll zikir,> wujudkan halaqat dlm keluarga, baca buku2 sirah Nabi/fikrah Islam/sejarah Islam/sirah para sahabat & ulama muktabar,> amalkan infaq@sedaqah untuk jalan Allah secara konsisten, puasa sunat,> waqaf > qiamullail> bantu orang dlm kesusahan dlm bentuk harta/wang/nasihat dll mengikut keperluan. Amalkan secara istiqomah, Insyallah IKHLAS akan terbentuk dengan izin Allah hasil daripada latihan di atas. Wallahua'lam.
Post a Comment