Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

MARADONA : "TUHAN MAHU KAMI KE FINAL"

Penjaga gol Brasil Julio Cesar, "saya kecewa. Amat perit kerana menyaksikan pemain pulang dengan tangisan. .... saya ke sini untuk memberikan Brasil kejuaraan.... namun saya  hanya manusia biasa..."

Maradona, "Jangan bimbang. Kita akan ke final, jika Tuhan mengizinkan.." 

Demikianlah kata-kata daripada pemain dan jurulatih bola Brasil & Argentina. Brasil sedih frust menungging kerana tak dapat menerima kekalahan sebab mereka ingat mantera samba adalah segala-gala bagi menentukan kemenangan. Strategi, kemahiran individu dan taktikal di atas padang permainan adalah pembunuh lawan. Yang mengaku ada Tuhanpun sama saja, tak lebih dari ucapan lidah penyedap hati sendiri dan para pemain untuk mengurangkan stress menghadapi lawan. Tetapi sekiranya menang atau kalah dalam perlawanan, tetap Tuhan diketepikan perananNya. Tuhan tak ada campurtangan dalam menentukan kemenangan sesiapa! Tuhan yg sebenarnya adalah manusia yg mengaku adanya Tuhan! Waduh! Bingungnya ayat ini ye!


Malam ini Argentina yakin membenamkan Jerman. Maradona pun sama - yakin habis. Pasukan Jerman yg terdiri daripada umur 25an tahun pun dalam senyap-senyap bersama jurulatih Joachim Loew yakin menang juga, w/pun tak mahu berperang mulut dan banyak cakap. Pertembungan 4 tahun lalu 2006 menyaksikan pemain Argentina dan Jerman bersekali dengan pegawai-pegawai pasukannya bertinju kickboxing selepas penentuan penalti lantaran kehilangan pedoman dan tak dapat terima taqdir Tuhan! Lucukan bila kita amati telatah manusia yg bercakap tentang iradah dan taqdir Tuhan sebelum berlawan tapi selepas itu lupa akan segalanya dan mengambil penumbuk untuk meleraikan perasaan kecewa dan dendam akibat Tuhannya telah mati sementara ketika itu. 


Ayuh! Ikutilah perkembangan malam ini anak-anak Adam dari Jerman, Argentina beraksi di layar besar dan kecil termasuklah dicelah-celah kampung emak mertua  saya di Guwal Seetook.


Ramai peminat Argentina melopong ternganga membilang 4 vs 0. Satu jumlah besar penuh satu karung untuk dibawa balik oleh pasukan elite kepada peminatnya hasilan melawan Jerman sebagai pasukan underdog. Bukankah seawal lagi kita mengatakan bahawa Tuhan adalah penentu segalanya tak kira sekeras mana dan secukup mana persiapan pasukan-pasukan yg hendak berlawan. Jika Allah izin - menanglah kalau tidak - kalahlah. Kita nampak Argentina bergelut macam nak putus nafas menggelecek bola tapi tak lepas benteng pertahanan Jerman. Balun bola dari jarak jauh @ dekatpun mudah didakap oleh goalie Jerman. Pulun punya pulun sampai akhir waktu penamat - apapun tak menjadi. Inilah dikatakan BoLa - yg menguasainya serta pemain-pemainnya ialah ALLAH swt. Dia mutlak dalam menentukan mengikut IradahNYa dan apa yang diaturNYa. Manusia hanya bisa merancang dan berusaha bersungguh-sungguh dan memohon kepadaNya supaya berjaya. Kalau Dia tak maqbul - kenalah terima hakikat kekalahan dan berserah dan bersyukur padaNya. 


Maradona - impianmu tiada kesampaian karena Tuhan mu tidak mengizinkan. Nampaknya kena tunggu 4 tahun lagi kalau umur panjang.


Selamat malam. Wassalam.

0 comments: