Sewaktu melabuhkan punggung di kerusi pada satu sudut di kafe mamak, mata mengimbas seluruh pemandangan hadapan. Kelihatan sebuah meja di sisi kanan, duduk 3 insan di kerusi masing-masing sedang menikmati santapan pagi. Sambil menunggu pesanan siap, mataku melirik memerhati dengan cermat penghuni meja tersebut. Seorang wanita bertudung bawal dengan busana hitam menutupi seluruh tubuh. Seorang lagi berbaju T kumal dan bercelana kusam dengan rambut lurus panjang hingga ke pinggang, membelakangiku. Bersama mereka seorang anak berumur 8 tahun.
Si anak ini bermain-main sambil makan dengan telatah keanakannya. Sesekali ia memanggil abah kepada salah seorang daripadanya. Aku membuka mata merenung yg mana satu untuk kepastian. Si wanita bertudungkah atau si rambut panjang mayang mengurai. Setelah mencermati arah wajah si anak yg mengadap sambil memanggil, baru aku pasti bahawa si rambut panjang mengurai ialah walidnya dan yg bertudung pula umminya. Betapa sekarang ini krisis identitas menjadi-jadi. Fesyen rambut ekor kuda @ tocang kungfu dan rambut lepas mengerbang dipakai oleh lelaki/pria/bapa menjadi kebanggaan sesetengah qaul masa kini. Kita akan sering terjumpa lelaki berambut fesyen ini di jalanan dan kadang-kadang di surau @ masjid sedang solat. Naik keliru dibuatnya kalau tak diperhati betul-betul jika mahu bertegur sapa atau memasuki tempat-tempat tertentu awam, dikhuatiri tersilap entry.
Jika disingkapi sunnah Nabi saw untuk dibuat tanda aras setakat mana ukuran panjangnya rambut yg bisa dipakai, maklumat yg kedapatan pada sumber yg sahih, menjelaskan bahawa Rasulullah saw memelihara rambut mencecah telinganya. Baginda sentiasa kemas rapi menyisir rambut, tidak pula dijumpai fesyen rambut panjang sampai ke pinggul @ tocang ala kuda @ ngerbang macam orang 3/4. Apatah lagi rambut disikat berdiri tercacak macam rumput tiruk @ ala balung ayam jantan seperti yg digilai pemuda dewasa ini. Jati diri Muslim sungguh gawat diterjah air banjir busuk dari Barat - inilah yg digelar Western Philia. Akan tetapi yg peliknya orang-orang Islam sekarang semakin phobia kepada agama sendiri. Jiwa terbius orang-orang Islam sungguh teruk - Maher Zain sebut dlm liriknya : "Don't blame everything on the West, blame it on ourselves." Kita kena salahkan diri kita sendiri kerana membuang dan mencampakkan permata bernilai Sunnah Nabawi menggantikan batu kerikil gaya hidup Barat. Yang memilih, mengikut, meniru, menyanjung dan mendokong budaya sensate Barat adalah kita sendiri. Kitalah yg hilang keyakinan dan syuur Islami, lantaran tidak mengenal Islam, Rasulullah saw, para sahabat, ulama' muktabar dan pejuang-pejuang mutaakhirin yg telah bersusah payah mengorbankan jiwa dan raga demi membawa Islam dan mempertahankannya untuk kebaikan dan maslahat ummah.
Berbalik kepada si anak kecil tadi, dia mungkin akan bertanya ibu atau ayahnya bila ia besar nanti, "kenapakah rambut abah panjang macam perempuan @ mak nyah dan rambut ibu pendek macam boy George"? Perkara ini nampak macam isu kecil tapi di sisi Allah sangat besar. Kita telah menyalahi fitrah. Watak ibu dan ayah telah bercelaru, kalau dilihat dari belakang nampak macam Ok tapi bila ditilik dari depan alamak gangguan gambar. Dosa perbuatan yg menyalahi fitrah dan sunnah ini tetap dicatat malaikat dan menunggu kita di mizan Allah swt.
Wallahu'alam
0 comments:
Post a Comment