TERASA sangat gelisah berada dalam mana-mana komuniti manusia di manapun penjuru dunia sekarang ini, ujar seorang ustaz semasa berceramah tentang Isra' Mi'raj Rasulullah saw. Katanya lagi, kehebatan Rasulullah saw ke atas sekalian para ambia adalah karena sifat ubudiyahnya. Baginda ialah seorang 'Abdu yg hebat dan memiliki akhlak yg tinggi bagai Al Quran berjalan menurut Sayyidatina A'isyah.
AKHLAK adalah qadhiyah @ persoalan utama manusiawi. Misi Rasulullah saw datang ke dunia adalah untuk memberi dan memperbaiki akhlak dan adab kepada manusia. Akhlak yg baik tidak tumbuh secara automatis. Ia perlu disemai, dibajai, dihidupkan dalam sekitaran kondusif tanpa kebejatan perlakuan dan keperangaian individu@masyarakat. Maknanya semua anggota masyarakat mesti ada nilai agama dan mengamalkannya tanpa kecuali. Sebab itulah Rasulullah saw dibawa mengadap Allah swt di Sidratul Muntaha untuk menerima SOP bagi merawat ruh manusia. Ruh kena dirawat untuk menghasilkan akhlak yg jamilan. Jadi kebejatan akhlak manusia dewasa ini adalah lantaran ruh yg gersang dan tandus daripada nilai agama. Kecuali Karl Mark bapa Komunis yg benci agama dengan mengatakan bahawa Agama adalah Candu. Dia menyangka agama itu macam candu yg digemari orang-orang Tiongkok semasa Barat menyerang Benua China dan membahagikan negara tersebut kepada jajahan takluk masing-masing dikenali dlm sejarah sebagai [the cutting of watermelon]. Candu berperanan untuk mengkhayalkan orang China dan menjadikan mereka tidak peka dengan apa yg berlaku. Pada beliau, agama pun sama mengkhayalkan manusia kononnya - tak layak diguna atau diamalkan dalam kehidupan karena ia memundurkan dan melemahkan manusia lantaran pergantungan kepada Tuhan. Kemudian datang pula ideologi sekularisme menghalau Tuhan keluar dari alam ini. Jadi dunia dikosongkan daripada Zat Maha Agung Pencipta Alam Raya. Kesannya unsur ghaibiyah seperti Tuhan, Malaikat, Syurga, Neraka, Akhirat, Dosa, Pahala dsbnya dilupuskan daripada minda dan kamus kehidupan. Yang wujud adalah manusia dan alam benda, tiada lagi alam malakut!
JUSTERU ketiadaan ikatan manusia dengan unsur ghaibiyah inilah yg menyebabkan manusia telah bertukar menjadi binatang. Solat yg dibawa spesial dari langit terus ke bumi untuk membina ruh sudah dianggap lekeh dan tiada nilai tambah apa-apa kepada manusia. Sedangkan solatlah yg mengasuh dan menjana kebagusan batin yg memancarkan perilaku soleh dalam kalangan manusia. Ia mengangkat diri insan setakah demi setakah mencapai taraf kehambaan yg tinggi di sisi Allah bagi setiap perlakuan solat yg kita hadapkan kepada Nya dengan tulus ikhlas. Hatta apabila solat diremehkan dan ditinggalkan, kebejatan dan kebobrokan akhlak menjadi fesyen hidup. Apabila kefasadan akhlak sudah sampai ke puncak kesirnaan, maka kepunahan itulah yg menyebabkan dunia ini kita rasa sempit karena di sana sini dan di merata tempat sudah hilang keindahan kehidupan, kedamaian suasana, kesyahduan pemandangan, kenyamanan rasa dan keamanan jiwa. Mata kita tidak lagi merasai kesejukan penglihatan. Dada kita akan terasa sangat sempit, sesak, terjepit dan terhimpit dengan kepanasan kepalsuan hidup yg sesat yg mengagungkan budaya sensate, hedonistik, permisif dan terlepas daripada hidayah dan rahmat Allah swt.
Wallahu'alam
3 comments:
Subhaana robbika robbil 'izzati 'ammaa yasifuuun.
Maha Suci Tuhanmu
Tuhan yang memiliki segala sifat kemuliaan
dari apa yang mereka sifatkan.
-UAM
Alam malakut, baca Ustaz Yusof dlm kelas fardhu ain tempohari ttp dlm versi lama Bimbingan Mukminin dinukil sbg kerajaan langit..
Subhaanallaahi 'ammaa yushrikuuun.
Maha Suci Allah dari apa yg mereka persekutukan.
-HM
Post a Comment