Pagi tadi selepas berjalan laju [brisk walking] dengan rakan, sambil menikmati kehijauan pohon dan kesegaran bayu pagi serta bau tanah yg masih basah ditimpa hujan malam, beliau membisikkan kata-kata penggiat agama - bahawa pada tahap penerimaan kewujudan Allah oleh umur peringkat kita, kita kena mengatakan : "Allah swt wujud maka alam ini ada, bukan alam ini ada tanda wujudnya Allah swt." Ujarnya ini mencerminkan keyakinan kuat yg penuh sungguh tanpa perlu bersandar pada dalil. Kalau sebaliknya, itu tanda masih berminda anak-anakan lantaran jiwa tidak bisa menerobos jauh merentasi jendela dunia yg sempit. Tanda aqal belum mampu bebas drp kongkongan fahaman materialis. Betrand Russell seorang ahli failasuf dlm bukunya, Why I am Not a Christian mengungkap bahawa semua benda dan tabiat masing-masing yg kita lihat dalam mayapada ini adalah hanya pernyataan [mere descriptions]. Kewujudan alam yg tertib tersusun indah dengan peranan masing-masing mengharmoniskan kehidupan manusiawi seolah-olah tidak bisa dijadikan alasan @ hujjah bagi membenarkan keberadaan Allah tuhan sarwa alam.
Politikus hingga kepada proletariat sampai saat ini masih keliru tentang hakikat dan makna kewujudan Tuhan penguasa alam. Atas sebab demikian mereka menilai dunia lebih berharga daripada akhirat - w/pun Rasulullah pernah berpesan bahawa orang yg paling cerdik adalah mereka yg sentiasa ingat kepada mati dan bersiap siaga menghadapinya dengan amalan soleh. Justeru kerana masa adalah kehidupan, tiap detik dan tika haruslah digunakan semaksimum mungkin untuk meraih kejayaan dan redha Allah di kampung akhirat.
Atas premis ini kita perlu terus berusaha untuk tidak mensia-siakan masa yg tersangat berharga. Tiap ketika waktu yg kita bergelumang kesibukan mesti diatur dan diurus secara bijaksana bukan sekadar bijaksini. Perbanyakkan percakapan yg baik-baik dan muluk-muluk. Gerak geri dan tutur buah kata mahu dianyam tertib menghunjam lubuk jiwa bermaksud memberi kefahaman yg benar tentang makna diri, makna kewujudan dan makna kehidupan insan. Ketiga-tiga makna inilah yg sering diselaputi kabus kejahilan lantaran kesibukan menggapai nikmat yg tidak abadi.
Burung punai terbang melayang
Datang hinggap di dahan jati
Tujuh gunung tujuh lautan
Belum dapat belum berhenti.
Pantun di atas memang kuat motivasinya. Ia amat mendorong kegigihan berusaha. Namun insan sering tergelincir karena linu-linu memikirkan mana satu yg utama w/pun para Nabi telah datang silih berganti menasihati manusia yg masih terpakai hingga kini iaitu "jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"[HR: Bukhari]. Jiwa insan tidak tegap menanggung godaan materi yg tampak giur membakar hati.
Aduhai! bilakah bila?
3 comments:
assalamualaikum. Pakcik, bole sy tanye sumting? Err, mcm mane eh na elak kn mulut kte ny ckp bnd yg ta baek? Sy takde la sebut pkataan yg ekstrem sgt, just if marah kdg kdg slalu ter kluar word 'bodoh' huu. Kdg kdg sy dpt kawal drpd sebut word yg mcm tu, tp kdg kdg ble da mara sgt slalu ta dpt kawal. Aihh. Kalaw bole tana sebut pon word cmtoe ouh.
Anakanda Anonymos,
Rasulullah saw bersabda mafhumnya; seseorang itu adalah mengikut agama temannya. Oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yg menjadi temannya. HR Abu Daud.
Maksudnya: kawan rakan & taulan sangat berpengaruh ke atas manusia tak kira tua/muda, lebih2 lagi remaja. Sahabat/teman yg baik,rajin solat, cakap benar, tak kelentong, suka belajar/hadir majlis ilmu, tak carut/cabul cakapan,dll akan mempengaruhi perangai/akhlak/tindakan kita. Sebab tu kena pilih kawan.
Marah 2 adalah perkara biasa yg jadi fitrah manusia spr juga emosi lain : kasih,sayang,benci, rindu,dendam dll. Ia perlu dididik dengan asuhan/sentuhan serta nilai agama agar emosi tu bole disalurkan dgn betul dan pd tempatnya. Bole mare tapi pd perkara yg haq/benar dan pd tempatnya. Bisa benci pd sesuatu tapi pd perkara yg Allah & Rasul benci cthnya: benci maksiat [mcm2 jenis maksiat],rindu pd akhirat tempat abadi org beriman bukan rindu pd membuat dosa, dan mcm2 lagi. Ini memerlukan tarbiyah ISLAM yg konsisten. Pak Cik harap anakanda teruskan usaha memahami asal usul diri, tugas dan t/jawab manusia yg utama di dunia utk jaya di AKHIRAT. Salam dan sejahtera utk anda dan kawan2.
Wallahu 'alam.
terima kasih pakcik :)
insyaAllah sy akn cube ubah sifat yg ta bpe na elok jd lbeh elok. Mudah mudahan berjaya. Thnx again :)
Post a Comment