Sebaik saja memparkir kereta di depan sebuah pasaraya selesai solat Zohor di masjid, terdengar jeritan kuat perkataan "Pencuri... Pencuri....Pencuri" daripada penjaga kaunter pasaraya. Situasi menjadi gamat. Ternampak kelibat seorang pemuda sedang bergegas dengan bakul penuh barangan berlari-lari pantas ke arah motorsikal yg sedang menantinya dengan enjin sedia hidup oleh rakannya. Aku sempat merenung memerhati gelagat 2 anak muda ini untuk memastikan apakah gerangannya. Pencurikah atau Pembelikah dia? Motorsikal terus dipacu dengan gaya spontan laju, membelok dan langsung menghilang. Si perempuan kasir pasaraya masih terjerit-jerit dan terus meluru ke arah motorsikalnya dengan harapan mahu menyusul dari belakang mengejar si pencuri tadi. Namun lantaran geramnya yg tak terkawal lututnya menjadi ketar lalu motor yg hendak ditongganginya melurut jatuh perlahan ke atas badannya. Ia dipapah naik ke pasaraya dalam nafas yg bercelaru sesak untuk ditenteramkan.
Begitupun pantas aksi lakonan mencuri itu berlaku, aku sempat melihat nombor plat motorsikal dan memberitahu pihak pengurusan pasaraya supaya menghubungi polis, mana tahu ada rezki dapatlah cekup bebudak muda nakal tadi.Soalnya kenapa mencuri ala ragut mengaut bahan makanan dari pasaraya? Umur pemuda yg terlibat dalam lingkungan hujung 20an bangsa sawa matang. Dalam kemelut dan kemacetan ekonomi dunia, manusia darjat proletar terdedah kepada kelaparan dan kekempisan perut ini membuat ia berani buat apa saja untuk mengisi tembolok agar bisa menyambung nafas ke hari esok. Atau karena golongan borjuis tak menghiraukan orang marhaen sehingga mereka benci dan dendam lantaran kekayaan terlonggok sebelah pihak dan sepihak lagi menjadi mustadh'afiin. Perkara ini pernah disebut oleh Prof. Amy Chua dalam bukunya 'World On Fire' tentang betapa berdendam dan bencinya anak pribumi melihat kekayaan melimpah ruah kaum @ golongan pendatang membolot ekonomi negara mereka. Sedangkan anak pribumi terhegeh-hegeh mahu hidup dan menghirup udara nyamanpun sangat payah lantaran himpitan dan persaingan yg keras. Peratusan manusia yg besar tembolok begitu kecil dan persentil dari kalangan kaum primordial yg kempis perut sangat besar.
Namun begitu, hati dan titik mata saya melihat dari sudut berbeza. Manusia beriman dan berakhlak w/pun lapar dan derita tetap punya harga diri. Mereka hanya menerima bantuan pada saat kritikal antara hidup dan mati. Lainlah kalangan mustadh'afiin yg tak ada haluan hidup dan hanya melihat kepayahan dan kefakiran dalam ukuran materi duniawi. Sedangkan kegawatan dan ketempangan dalam kehidupan akhirat sebenarnya lebih daruri untuk diambil perhatian dan difikirin sebelum sesuatu perbuatan, lakonan & geraklaku dibiarkan terjadi. Anak muda usia 20an yg melarikan barangan pasaraya pada hemat saya tak sampai nilaian RM40.00. Tetapi itulah harga diri pemuda masakini, sangat miskin iman, dhaif ketrampilan, kefakiran usaha - tapi mahu hidup senang bergaya macam LOrd of The Rings. Jasad yg nampak tampan dan berkudrat tidak dipakai untuk bekerja menghasilkan rezki. Kalau sekadar ,hendak mententeramkan perut Insya Allah boleh saja. Selepas itu perlu disusuli dengan bermunajat meminta tambah rezki daripada Tuhan sebab Zat yg di sembah tidak bankrup seperti sangkaan dan ejekan kaum yg mendabik dirinya terpilih iaitu Bani I-S-R-A-eeL. Bandingkanlah kegawatan ekonomi yg terbit daripada kelicikan manipulasi para pemain@pendokong kapitalisme dengan keruntuhan ekonomi Palestina yg dikepung si bangsa laknatullah dengan kerjasama konco-konconya. Kita difahamkan mereka sedang menanam rumput sebagai persediaan menghadapi musim sejuk guna buat santapan menyambung nafas perjuangan menentang kekejaman. Kekentalan perjuangan ini tumbuh karena iman yg disemai dlm setiap baitul muslim. Anak-anak kecil mereka tidak merasa perlu untuk meminta w/pun derita jasad dan perut kosong. Mereka izzah dengan kelaparan dan dugaan ujian Allah karena mereka dididik untuk melihat dengan jelas syurga yg dijanjikan Tuhan Semesta Alam kepada pejuang serta syuhada yg ikhlas kehidupannya dan bermatlamatkan keselesaan dan keseronokan Ukhrawi.
Masjid, surau dan musolla sepi daripada kehadiran golongan muda kecuali sedikit yg masih berjurus dan fokus kemenangan akhirat w/pun masih mengendong dunia. Yang ramai mengunjungi tempat-tempat tersebut adalah kalangan pensiunan. Saf yg memenuhi jalur pertama hingga ketiga semuanya sebaya tua. Lutut sudah berbunyi kriuut karena athritis sudah menyerang rawan dan bendalir pada tempurungnya sudah hampir kering. Kata seorang doktor perubatan - orang kita kekurangan good oil yg bisa menggantikan bendalir yg kian lupus karena gaya hidup serta kandungan pemakanan yg tidak sihat. Inilah senario rata-rata tempat ibadat dalam masyarakat kita sekarang. Golongan pelapis muda sangat segelintir mungkin satu hari nanti tak cukup bilangan untuk mengambil alih pengurusan dan pentadbiran masjid dan surau di desa dan taman perumahan. Apalagi pengurusan jenazah - lagi teruk dan pening kepala memikirkannya. Kesengsaraan masyarakat yg digambarkan ini sudah mulai menjelma dan berlaku di sana sini - mungkin satu ketika nanti ada usahawan mahu menangkap kontrak pengurusan fardhu kifayah. Justeru, anak muda perlu mampir ke masjid/surau/musolla. Belajar mencintai agama dan majlis ilmu. Mohon kekayaan daripada Allah swt dengan menjaga solat awal waktu berjamaah, solat sunat dhuha untuk menarik rezki keluar dari perut bumi, dasar lautan hatta langit yg berlapis-lapis dengan seizin Pencipta Sarwa Alam dan Pemberi Rezki Sekalian Makhluk. Tidak perlulah bergadai maruah menyambar sekeping roti kering milik orang lain. Ayuh pemuda! Bangkitlah daripada tidurmu yg sangat nyenyak. Anda boleh mengubah diri anda, jika ada kemahuan yg kuat.
Wallahualam.

0 comments:
Post a Comment