Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

GARA-GARA PEMATUHAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Semasa menghadiri perasmian Seminar Pematuhan Syariah Dalam Institusi Kewangan dua hari lalu, seorang audien bangkit bertanya sewaktu sesi soal jawab, katanya: " kita sedang bercakap tentang pematuhan syariah dalam aktiviti institusi kewangan supaya jadi benar-benar Islam agar mendapat keberkatan.  Kita difahamkan kalau dapat laba besar tapi tak berkat wang yg kita dapat laju keluar tak sempat hendak dimanfaatkan. Maknanya dapat banyak tak cukup tapi walaupun dapat sedikit memadai cukup lantaran faktor barakah suatu perkara yg tak dapat ditanggap oleh pancaindera. Tapi saya tengok tadi semasa perasmian di atas pentas, orang-orang yg bercakap hendak Islamic Compliance itulah juga yg tunjuk contoh tak comply dengan syariah apabila tanpa silu berjabat tangan dengan perempuan ajnabi." 

Saya bayangkan kalau saya kena tembak macam itu dalam kalangan umum dengan peluru senapang gajah, terasa berkecai kepala menjadi puing-puing berterbangan. Kalau sipi peluru dengan kepala dan ada peluang menyorok, entah di manakah hendak disimpan muka dan wajah lambang muruah [maruah]. Mungkin bawah kerusi atau celah kangkang sendiri lantaran tak tega mengangkat wajah mendepani khalayak. Komentar sebegini acapkali didengari dalam acara seperti ini: kerana apa? Awam telah bosan mendengar ucapan  ritualistik tanpa ruh dan kesungguhan melaksanakannya. Rakan disebelah saya menyinggung dan berkata; "brother... w/pun ada kebenarannya tapi itu menjatuhkan maruah orang. Ia boleh disampaikan secara peribadi beradab bersemuka. Jika kita aibkan orang di dunia, nanti Allah akan aibkan kita di Akhirat." Saya tersenyum mengangguk seraya menyatakan kepadanya bahawa inilah makna sekularisme. Kita bungkus dan balut  Islam dalam pakej menarik dan meyakinkan publik dan kita labelkan dengan nama timangan Islam = Bai' Bithaman Ajil, Musyaraqah Mutanaqisah, Bai' al Inah dll. Nama-nama ini semuanya baik belaka dan menghampiri pematuhan syariah secara kulli. Sentiasa dinilai semula dan dibuat penambahbaikan. 


Pokoknya apakah kita terfikir dan fahami mendalam bahawa Islam menuntut pematuhan secara tuntas @ menyeluruh @ holistik @ syamil. Bukan ambil sedikit di sana sini dalam pakej Islam yg Rasulullah saw bawakan kepada kita. Perkara @ benda yg kecil-kecilpun kita kena ambil pusing dan jangan anggap tak berdosa kalau tak patuh syariah ie. jabat tangan lelaki/wanita ajnabi; pakai seluar pendek nampak lutut semasa berjoging @ basuh kereta; pakai tudung cum T-Shirt pergi pasar @ bersantai petang di laman rumah @ menyidai kain di ampaian dsbnya. Kita rasa kecil saja dan menganggap kalaupun berdosa dosa kecil - boleh digugurkan dengan mengambil wudhu' untuk solat. Mengandaikan dosa itu laksana lalat yg hinggap di atas hidung dan bisa dihalau dengan tangan. 


Ramai lelaki dan wanita Muslim terjebak dengan kefahaman ini. Berlaku kepungan minda dan pengkulturan budaya Barat ke atas budaya Islam sehingga ramai pula yg tidak dapat membezakan yg mana kuffar dan yg mana Islamik. Proses akulturasi ini berlaku secara perlahan menerusi pendidikan di sekolah vernakular sampai ke institusi pengajian tinggi. Ia berlaku seperti dalam ujian ke atas katak yg dimasukkan ke dalam periok besar penuh air. Api dinyalakan perlahan dengan memberi haba secara beransur-ansur. Katak akan menyesuaikan dirinya dengan kepanasan beransur itu dengan selesa. Sehinggalah tiba pada satu titik di mana kepanasan amat tinggi dan katak tadi sudah agak terlewat untuk melompat melepaskan diri kerana air sudah menggelegak merebusnya sampai mati. Berlainan dengan tindakan katak yg sekiranya kita lepaskan dalam air yg mendidih ia akan cepat melompat menyelamatkan diri kerana ia tidak tega berada lama di situ. Ini bukan cerita @ tiori tetapi satu hakikat semulajadi dan fitrah manusia dan haiwan - bila dalam keadaan  aman/complacent ia dibuai khayalan dan fantasi hidup. Musuh biasanya akan menyerang dalam suasana manusia Muslim leka, lalai,seronok dan menjadi hamba kepada perut dan bawah perut. 


Justeru janganlah jadi macam katak dalam periok tadi - kena ambil tahu  dan peduli tentang pembangunan diri dan ahlul bait agar jadi Muslim totok. Prihatin jiran, sahabat handai, kawan rakan dalam qariah dan subordinat di pejabat hatta seluruh ummah di seluruh pelosok dunia tentang nasib dan kesengsaraan mereka. Kepedulian seperti ini menandakan semangat dan keimanan yg satu serta kebersamaan dlm menuju keredhaan Allah swt.


Is Allah satisfied .... is Allah satisfied ....is Allah satisfied with us ??? Inilah antara stanza lagu Maher Zain yg dilaungkan meminta ummah memikirkan Qadhiyah Islamiyah [problema, persoalan dan masalah ummat Islam] kini. Janganlah jadi macam katak dalam air panas yg syahid tanpa mendapat pengiktirafan Allah swt. Kalau macam itu, lebih baik jadi katak bawah tempurung! Betulkah begitu? 

Wallahu 'alam.

2 comments:

Mcm terngiang2 je lagu tu..

Is Allah satisfied..?
(Dgn genangan air mata..

-Ummu Abdullah Marham

 

Ummu AM,

semoga lirik MZ bukan sekadar enak didengar malah dpt membangkitkan semangat juang utk jadi Muslim/muslimah terbaik.