Manusia mesti berinteraksi dengan dirinya sendiri. Ia perlu berhubung dengan fitrahnya baik secara langsung @ tidak langsung. Ia harus monolog dan dialog dengan oknum-oknum di sekelilingnya. Proses ini digelar sosialisasi @ pemasyarakatan. Semua ini bertujuan memproses diri untuk merobah kepada kebaikan. Kalau hakikatnya demikian, maknanya mereka yang tidak peduli dirinya - tiada monolog dan dialog, sebetulnya berada dalam satu milieu @ kondisi haprak. Haprak secara lafziah bermaksud tidak berguna.
Proses menjadikan insan itu menuju kesempurnaan adalah satu kegiatan sangat mulia. Jadi proses itu haruslah tuntas merangkumi segenap anasir@komponen manusia : fizik, intelektual dan ruh secara sekaligus. Unsur yang beraneka ini memiliki fungsinya tersendiri, namun kesemuanya bersatu membentuk satu kesatuan yang harmonis. Fungsi-fungsi yang berbeza ini membikin keperibadian manusia terpecah [split], namun saling menyempurnakan dan melengkapi antara satu sama lain.
Kalau jasad mahu dipelihara dengan menyuap dan menyantap makanan berkhasiat diikuti senaman @ olahraga dan istirehat. Aqal @ intelek memerlukan suntikan informasi dan menggunakannya untuk memecahkan persoalan. Ia sentiasa digunakan dan dikembangkan supaya cerdas dan cerdik. Ibarat pisau yang terus terusan diasah dan digilap agar tetap tajam dan menghiris. Bagaimana pula dengan jiwa @ ruh? Sudah tentu ia juga tersangat memerlukan senggaraan sepertimana kedua-dua elemen di atas. Selalunya manusia kurang peduli @ tak kisah malah tak ambil pusing terhadap pemeliharaan jiwa@ruh. Sebab apa ya? Karena tidak seperti jasad, kalau tidak diberi makan & minum kita akan terasa lapar dan haus.Aqal fikiran pula kalau tidak diasuh menerusi persekolahan dan pembelajaran, ia akan menjadi bodoh bin dungu bin bangang bin pandir etc lantaran tumpulnya fakulti aqal. Jadi manusia akan tampak hal ini jelas pada titik matanya, yakni seorang manusia yang kurus tak bermaya dan tongong. Justeru kita berazam tidak mahu jadi begitu, sebab kita merasa malu dilihat oleh orang lain sebagai tidak tampan @ macho. Apatah lagi ditokok dengan sifat pandir dan bengap @ bongok.......apa lagi ya..

Kendatipun demikian, perihal jiwa@ruh ini pelik sedikit sifatnya. Seandainya tidak diberi apa-apa kepadanya manusia tetap tampak anggun dan menawan malah jasadnya terus bugar macam tak ada apa-apa kekurangan pun. Nak tau bila akan terserlah kepandirannya? Iaitu apabila dia membuka mulut untuk berbicara. Nescaya akan keluar dan terpacullah kata-kata yang tidak mempunyai pandangan hidup @ worldview @ weltanschuung @ tasawwur hidup yang jelas lantaran jiwa tidak terasuh.
2 comments:
Kdg2 manusia tidak sedar bgmn dan bila dia terseret ke arah kemusnahan jiwa @pun apabila ia sedari ia sudah berada jauh dr daerah aman/salam dan hati dan jiwanya pd ketika itu sudah sedemikian gersang.
Mungkin ini berlaku krn dia besendirian berbicara dgn diri sendiri tanpa dia sedari teman bicaranya adalah emosikah@nafsukah atau syaitankah. Bahayanya kedudukan dirinya pd ketika itu.
Kalaulah tanpa pertolongan Allah tentulah dia termasuk dr kalangan org yg rugi.
-HM
Komen saya sama sepertimana respons ke atas tajuk Keperluan Mendesak Tbyh Ruhiyah.
Manusia perlu terus terusan dicaj hatinya agar tidak lupa matlamat asal kejadian insan...
Post a Comment