Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

Keperluan Mendesak Tarbiyah Ruhiyah

Penciptaan manusia adalah unik, memiliki potensi lengkap iaitu potensi untuk menjadi baik dan berguna atau potensi untuk mencipta bencana dan kebinasaan. Karena apa ia jadi demikian? Lantaran Allah swt telah membekalkan kepadanya potensi fujur  dan taqwa = kejahatan dan kebaikan [As Shams:8]. Maknanya dalam jasad manusia sudah di built-in fitrah yang mereng kepada kejahatan dan  sekaligus cenderung kepada kebenaran dan iman. Kalau diperhatikan maksud surah di atas, ia membayangkan bahawa fujur itu adalah tarikan dan runtunan utama yang membaluti dan mengikat manusia. Kemudian barulah datangnya kecenderungan mahu membuat kebaikan/amal soleh seandainya manusia dapat melepaskan diri dari cengkaman nafsu yang mirip kejahatan. Fujur vs taqwa akan berlarutan  di  mana  manusia akan  bergelut  sehingga menemui maut dengan membawa bekalan amal baik @ pun jahat.

Selain itu, manusia  juga dibekali beberapa potensi negatif iaitu kikir, sangat zalim dan  sangat jahil serta gopoh@tergesa.  Kenapa manusia dikatakan tersangat zalim dan jahil?  Para ulama menyebut bahawa manusia zalim terhadap diri sendiri, sekaligus bodoh terhadap tuhannya. Inilah watak-watak negatif yang dimiliki manusia. Kalau tak diarahkan secara tepat ia akan melahirkan bencana demi bencana.

Manusia dalam keghairahannya untuk maju telah membangunkan teknologi melalui perkembangan & kemajuan ilmu. Peradaban terus berkembang untuk mencipta kesejahteraan hidup. Tetapi realitinya terlalu banyak menimpakan malapetaka. Kenapa terjadi begitu? Lantaran otak cemerlang manusia itu tidak dibingkai oleh kearifan jiwa agama. Ambil contoh kaum Hawa, sering dikatakan pada zaman dulu mereka berada di pinggiran sejarah. Mereka sekadar makhluk pelengkap @ objek tunggangan lelaki.  Namun kemajuan ilmu dan materi serta teknologi tidak menganjak posisi martabat rendah itu ke tahap yang selayaknya sebagai manusia. Martabat dan darajat kaum wanita masih terus terperosok dalam lubang hitam budaya [black hole of culture].

Apa itu lubang hitam budaya? Lubang tersebut merujuk kepada kerelaan  dan   kebanggaan  wanita sendiri  untuk terjun dan menempatkan diri mereka dalam posisi rendah sebagai  barangan dagangan; objek sorotan mata galak kaum lelaki; menjadi penghibur @ artis  dengan dandanan yang mengghairahkan atau ikon/duta promosi produk yang tidak ada kena mengena langsung dengan dunia kaum wanita seperti mobil dan barangan elektronik.

Itu sangat mungkin terjadi sekiranya pendidikan atau tarbiyah yang telah membina akal manusia tidak menganggap jiwa@ruhani sebagai hal yang perlu mendapat sentuhan dan usapan tarbiyah yang serupa. Justeru watak@karekter negatif yang telah disebutkan terdahulu itu tidak mendapat perhatian dan pembinaan memadai untuk mengiringi kemajuan pesat  akal dan pemikiran manusia. Lantas terjadilah umpama seekor burung yang terbang hanya menggunakan sebelah sayapnya sedangkan sayap yang satu lagi tidak berfungsi. Tidak hairanlah walaupun peradaban materi dan teknologi semakin melonjak tinggi, namun akhlak dan adab menyembah bumi. Inilah digelar moral decadence and debasement yang dahsyat = hidup berfoyaan ; pendadahan + pendedahan > penzinaan > pembuangan anak di jalanan/tong sampah/sungai dan tempat kumbahan. Apa lagi yang tak dilakukan oleh manusia yang tak terbina ruh ini ? Ya... rasuah > penipuan > niaga manusia > pembunuhan = melahirkan dan menciptakan suatu jenis masyarakat dinamakan masyarakat gersang. Yakni masyarakat tiada jiwa , tiada ruh, tiada budi pekerti = haiwan. Bagaimana mahu membawa manusia kembali ke darajat asalnya ? Tak lain daripada tarbiyah ruhiyah.

Bersambung.....

2 comments:

Sesetgh org mempunyai daya kekuatan/juang dlm kehidupan yg menjadikan ia seorg insan yg mampu berdikari membina kekuatan diri sendiri manakala setgh yg lain (@ mungkin segelintir shj) lemah segalanya. Lemah jiwa, lemah peribadi dan perlu sentiasa didorong dan didorong dan didorong lagi.

Kalau ada yg sudi/setia membantu selamatlah ia barangkali. Kalau tidak, Allah swt shjlah yg tahu kesudahannya.

-HM

 

Semua manusia memerlukan bi'ah yg kondusif utk lestari dan istiqamah dlm memelihara prinsip kebenaran dan nilai Rabbani. Justru ia memerlukan rakan/taulan/sahabat yg soleh yg boleh melengkapi keperluan watawa saubil haq watawa saubissabr. Kondisi yg baik, sahabat yg baik, masyarakat yg baik dan sistem hidup yg baik amat membantu. Bersendirian itu mendedahkan kpd keteledoran dan penyimpangan karena iblis/syaitan tidak bersara pd umur 58 thn.