2] Qudwah Hasanah
Seorang murabbi/guru yang boleh menjelmakan apa yang diseru dan diajarkan kepada muridnya sangatlah diperlukan untuk menjadi contoh hidup yang boleh ditiru dari segi semangat, pengorbanan dan kehidupan dakwahnya.
Sebagai contoh, kesuburan dan kemekaran rasa ukhuwah yang diajar dapat dirasai kehangatannya melalui pergaulan guru - murid - rakan seguru. Perpaduan yang disemai menerusi persaudaraan Islam itu wujud dan berlaku secara realiti. Bukan satu dongengan dan impian yang tergapai. Perbezaan pendapat di kalangan saudara seiman tidak mencetuskan perbalahan lidah demi mendapat kemenangan. Rasa baik sangka adalah diutamakan selagi masing-masing berpegang kepada tawhid yang satu. Justeru qudwah dapat dilihat dan dirasai benar-benar menerusi best practices.
3] Bi'ah Solehah
Bi'ah @ lingkungan yang baik dan kondusif adalah aspek penting dalam mendidik manusia menjadi Muslim yang berilmu, faham dan taat kepada Allah. Macam mana manusia hendak jadi baik dan menjauhi maksiat seandainya sekitaran yang kita bina melingkunginya menyajikan selera nafsu untuk cenderung buat maksiat dan menderhakai Allah. Bi'ah adalah laksana acuan untuk membentuk individu. Justeru, sekitaran rumahtangga, lingkungan masyarakat, suasana sekolah, kawan sebaya dsbnya adalah acuan-acuan yang saling mendidik serta memperkukuhkan nilai sama ada baik @ buruk. Setiap insan tidak akan terlepas daripada proses pendidikan, cuma sama ada pendidikan Islamiyah atau Jahiliyah. Maknanya, kalau kita memilih untuk tidak ditarbiyah oleh Islam sudah pasti yang mendidik kita adalah secara automatisnya adalah musuh Islam iaitu Jahiliyah yang mempunyai wajah yang berbagai rupa.

0 comments:
Post a Comment