Sewelkah manusia sekiranya dia membunuh kehidupan akhiratnya? Bijakkah manusia seandai dia memburu terus terusan kenikmatan duniawi yang akan bernoktah bila dia berhenti menjadi manusia? Gilakah penyembah-penyembah Tuhan yang gigih berubudiyah siang malam tanpa rasa jemu dan penat menabur bakti mengajak manusia berfikir dan muhasabah diri bagi menentukan halatuju dan arah tujuan, supaya sampai ke destinasi akhirat membawa laba dan keberuntungan hakiki - firdausi Allah yang ngetop nikmat tanpa ada kata-kata yang bisa menggambarkan kehebatannya.
Mahukah kita berfikir sejenak bagaimana mahu merangkul bonanza nikmat yang begitu kabir? Hidup sambil lewa macam orang biasa-biasa = keluar rumah pagi pagian menaiki mobil ke kantor, ladang, pelabuhan, sawah bendang, huma atau apa saja tempat kerja buat mencari sesuap nasi; tetapi melupakan juzuk keakhiratan, walaupun melelahkan namun ia tetap tidak bermakna apa-apa di sisi Allah swt. Ini adalah lantaran semua makhluk Allah begitu perangainya - cari makan dan cari makan, tak habis-habis. Sangat segelintir teringat akan maksud mereka dijadikan dan dikirimkan ke dunia untuk berubudiyah kepada Allah. Hidup mereka penuh dengan gurauan dan mainan. Memperolokkan agama dan mempertaruhkan seluruh umur yang dikurniakan untuk menghirup dan menghisap nikmat madu duniawi yang tidak seberapa. Umur ada hadnya, kemudaan ada batasnya, kekuatan ada tahapnya, kecantikan ada waktu surutnya, kekuasaan ada tempohnya, kekayaan ada penghujungnya. Semuanya ini menjurus kepada pertemuan dengan Sang Pencipta pada saat yang ditentukan. Justeru orang yang membunuh kehidupan akhiratnya adalah orang-orang yang bodoh tidak celik akhirat.
Manusia yang tidak celik akhirat adalah mereka yang mempunyai konsep @ ciri-ciri kehidupan :-
1. tidak endah dengan pesanan Allah dan Rasul bahawa akhirat itu ada dan sedang menunggu ketibaan kita.
2. tidak kisah dengan sebarang petanda dan amaran kecil mahupun besar yang didatangkan oleh Allah kepada manusia untuk dijadikan peringatan dan keinsafan.
3. hari-hari siang dan malam dilalui dengan foya berseronokan dan melampiaskan runtunan syahwat sehingga otak menjadi tepu dan jumud tidak dapat memerhati dan memahami ayat-ayat Allah supaya waspada terhadap dunia yang menipu dan syaitan yang menyesatkan.
4. majlis ilmu dianggap membazirkan masa dan ianya hanya untuk orang-orang yang ketagihan syurgawi dan tidak ada orientasi pembangunan ekonomi.
5. membaca, mentadabbur al Quran dan mengkaji Hadith Nabawi adalah sia-sia. Ia adalah pekerjaan manusia yang mahu mengajak orang lain untuk balik ke zaman batu yang primitif dan anti kemajuan.
5. membaca, mentadabbur al Quran dan mengkaji Hadith Nabawi adalah sia-sia. Ia adalah pekerjaan manusia yang mahu mengajak orang lain untuk balik ke zaman batu yang primitif dan anti kemajuan.
Kalau ibu bapa berfikiran begini, manakan bisa sianak keluar daripada kepompong pemikiran yang anti Tauhid dan mempersiakan umur mencari kebenaran yang tak kunjung dapat. Anda bunuh akhirat anda dan juga akhirat anak-anak anda. Anda memilih jalan fujur; orang lain memilih jalan taqwa. Apakah sama jalan fujur berbanding jalan taqwa? Tepuk dada tanya citarasa....fikir fikirkanlah wahai taulan.
Wallahu'alam
2 Februari 2011
0 comments:
Post a Comment