CARA HIDUP ditentukan oleh cara fikir. Cara fikir membangunkan fikrah seseorang mukallaf. Kenapa pembangunan fikrah penting dalam kehidupan insan? Tidak lain karena ia adalah asas pembentukan dan pengembangan watak, pandangan hidup, jiwa, nilai budaya, keperangaian dan arahtuju kehidupan.
Seorang mulhid@atheis, terbina fikrahnya dengan bersandarkan kepada rasional @ aqliyah bahawa segala benda, bernyawa atau tidak bernyawa tercipta tanpa campurtangan Sang Pencipta. Lalu berdasarkan premis sedemikian, ia tidak mempedulikan wahyu sebagai informasi untuk memperjelaskan tentang alam malakut dan perkara ghaibiyah yang tidak dapat diterokai aqal cebisan. Justeru aqal padanya adalah segala-galanya. Apa yang tampak dan nyata dipercayai wujud, apa yang tidak dapat diimbas oleh sebarang deria terutamanya deria lihat, ia dianggap tidak wujud dan bathil. Maka watak yang tercipta daripada pemikiran yang berlandaskan semata-mata aqal ini, memunculkan insan yang berjiwa bebas daripada ikatan ketuhanan, agama dan nilai masyarakat yang terpandu dan terpimpin oleh adunan hukum, peraturan dan adat yang terpusat kepada Tauhid.
Begitulah juga halnya dengan peribadi-peribadi bengkok yang dibentuk oleh ideologi ciptaan manusia lainnya seperti kapitalisme, liberalisme, eksistensialisme, sosialisme, komunisme dll, semuanya menjurus kepada pelarian daripada tauhid/pencipta agung. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai bebas dan berfikiran lepas terbuka. Hakikatnya mereka terkurung dalam diri mereka sendiri, terpenjara dalam alam yang luas terbentang tanpa mengenal diri, pencipta dan destinasi akhir tempat kembali. Personaliti bengkok yang seperti ini kedapatan ramai dalam pasaran terbuka - menjaja slogan-slogan muluk bagai agen Dajjal untuk memerangkap dan menyesatkan anak-anak Adam yang kurus pengetahuan dan tohor iman.
Abu Jahal @ Abu Lahab & Co., dengan cara fikir jahiliyahnya mencipta perseteruan dan penentangan terhadap deen Allah. Melakar cara hidup yang taksub kepada sistem jahiliyah nenek moyang atas sentimen dan kepentingan duniawi. Merasa izzah dan hebat dengan kemajuan dan kekayaan ekonomi serta kudrat sendiri. Mereka tidak perasan bahawa kemajuan dan kekayaan ekonomi dan kudrat serta kuasa yang dipinjamkan Al-Dayyan boleh ditarik bila-bila masa tanpa notis.
Manusia yang melakar kehidupan ala Abu Jahal & Co. sering menyibukkan diri dengan rutin biasa mencari rezki di darat dan lautan, tanpa berhenti sejenak untuk memikirkan apakah rutin mencari makan itu adalah segala-galanya dalam erti kehidupan insan. Apakah menjadi manusia biasa yang hanya self centered dan tidak peduli persoalan dan masalah ummah sudah cukup syarat untuk masuk syurga Allah? Apakah memadai kalau sempat menunaikan Haji dan berkebetulan mati di Makkah berkemungkinan mendapat tiket dan pas terus untuk masuk jannah? Ramai orang fikir kalau kita mati dalam keadaan dan tempat tertentu yang baik, kita boleh lalui laluan hijau ke syurga.
Cara mati sebetulnya ditentukan oleh cara hidup. Jika hidup kita bergelumang dan berselirat dengan maksiat, dosa dan mungkar; kata para alim, mereka akan mati dalam keadaan mereka sedang melakukan maksiat itu. Bagaimana mungkin seorang yang tidak suka solat boleh mati dalam keadaan sujud; seorang penzina boleh wafat kena serangan jantung dalam situasi qiam dalam masjid dan bukan di lorong-lorong merah. Ini adalah logika biasa, lainlah kalau Allah hendak menyelamatkannya atas iradah atau sebab tertentu. Kebarangkalian seperti ini tidak boleh dijadikan asas perkiraan dalam kehidupan Muslim, karena ianya adalah satu pemberian dan rahmat yang Allah sahaja berkuasa ke atasnya mengikut tilikan dan kasih sayangNya.
Abu Jahal & Co. mati di Makkah dalam keadaan menentang Allah dan Rasul = sudah pasti tidak bagus kematiannya. Berbanding sahabat Nabi yang juga ditimpa musibah kematian di tanah suci tetapi dapat akreditasi syahid daripada Allah. Sahabat-sahabat Nabi yang lain ramai yang tidak wafat di Makkah atau Madinah, malah terkubur jauh di perantauan persada dunia negeri asing karena menjalankan kerja-kerja dakwah Islam, seperti Saad Abi Waqas yang bersemadi di Cina.
Justeru kita kena insaf dan faham bahawa kalau kita hidup atas makna kesyumulan Islam dan kita melaksanakan tugas-tugas dakwah yang dipusakakan oleh Nabi, itulah sebaik-baik kehidupan karena kita berada dalam suasana sentiasa menyampaikan kebenaran dan memberi kebaikan kepada manusia lantaran cinta kepada kebahgiaan abadi untuk semua. Oleh itu formula hidup yang mesti kita ingat dan pegang adalah: cara fikir = cara hidup = cara mati > bertemu Allah dalam keadaan sejahtera iman > InsyAllah dipermudahkan masuk jannah.
Wallahu'alam
25 Januari 2011

2 comments:
Assalamualaikum Tuan Haji..kaifahaluka?mudah-mudahan dalam keadaan sihat..tazkirah-tazkirah yang Tuan Haji coretkan dalam blogspot ini sangat memberi kesan yang mendalam..alangkah bagusnya kalau dapat dimasukkan dalam majalah seperti solusi dan sebagainya..ada sebuah publisher telaga biru sdn bhd (www.telagabiru.net.my)yang mungkin dapat kongsikan tazkirah-tazkirah ke mata pembaca di Malaysia.
Terima kasih
Wa'alaikumusalam Sdr/i GSari,
alhamdulillah baik saja diberi Allah SWT. Allah jua yg merahmati & menyampaikan maksud tulisan sifakir ini utk difahami ileh penatapnya. InsyAllah kalau sesiapa saja berhasrat utk memanjangkan kalam kerana Allah supaya tersebarnya kebaikan bagi semua, saya redha saja.
Salam ukhuwwah.
Post a Comment