Jika unsur tanah dominan ia akan turun ke darjat binatang @ lebih rendah lagi. Sebaliknya apabila ruh yang menguasai, ia akan mendaki ke tahap kemalaikatan. Cuba perhatikan setiap tamat Ramadhan saban tahun, unsur manakah yang selalu menang ? Ruh ke atas jasad atau sebaliknya. Seandainya puasa itu memenuhi prasyarat dan dilakukan ikhlas untuk mendapat redha Allah dengan persiapan ilmu yang mendalam dan memahami objektifnya, dengan izin Allah kejayaan akan dapat diraih kerana orang yang berpuasa di siang harinya sentiasa bersama Allah. Semasa kita bersama Allah kita jadi kuat dan ruh kita menjadi ngetop yakni dipuncak yang tinggi. Saat itu kejiwaan berada di paras yang tinggi dan mulia dan jauh dari runtunan duniawi yang nilainya tidak ada, walaupun sebelah sayap nyamuk (berdasarkan syarah daripada Hadith Arbain yang menyentuh tentang Bab Niat).
Kalaulah begitu darajat yang mesti tercapai oleh si berpuasa, harus kita fikir-fikir dan muhasabah sekeras mungkin agar sawm tahun ini tidak menjadi meleset seperti orang kalah judi @ menghadapi zaman kemacetan ekonomi = muflis hakiki di akhirat.
Kita sambung lagi dalam subtajuk yang berikutnya. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment