skip to main |
skip to sidebar
Posted by
qalamunir
at
3:00 PM
Pencinta Waktu Fajar
Fajar@subuh muncul dgn serba kebaikan. Simbol kemenangan. Lambang
kehidupan. Identiti kemudaan dan penuh dinamisme. Fajar terjadi saat yg
bening - waktu pembahagian rezki, solat subuh yg mencerminkan kekuatan
iman dan kesucian drp kemunafikan. Saat fajar adalah saat yg sangat
sulit dan kritikal buat jiwa manusia. Pernah disabda Nabi saw, bahawa
solat yg paling berat pelaksanaannya bagi org munafiq adalah solat Isya'
& Subuh.
Udara Pagi adalah
seiras udara syurga; nyaman dan segar. Orang yg bangun solat subuh
menikmati udara ini. Ia sangat bermanfaat kpd kesihatan. . Antaranya:
gas O3 [ozon=3 molekul oksigen] sangat melimpah di udara dan ia semakin
menipis sedikit demi sedikit dan habis menjadi O2 [oksigen] tatkala
mentari memunculkan diri.
Gas O3 punya pengaruh yg positif
pada urat saraf dan mengaktifkan kerja otak serta tulang. Ketika kita
menghirup udara fajar yg dinamakan udara pagi, kita akan merasai
kenikmatan dan kesegaran tiada taranya berbanding saat-saat lain baik
siang atau malam.
Ayuh, bangunlah wahai rijal@pemuda! Jom ke
masjid bersolat subuh berjamaah. Anda akan mendapat kenikmatan ruhi,
kenikmatan badani, terlepas drp simpulan syaitani yg mengikat org yg
tidur menongkol [macam tongkol kayu], murah rezeki, set minda jadi baik
dan cool untuk memulakan tugas di kantor dan berinteraksi dgn segala
jenis orang dan benda di sekeliling kita. Bagi orang pensiunan dan super
dewasa, nah ambillah peluang ini utk terapi urat saraf dan jantung
anda!
Wallahua'lam.
Qalamunir
19 April 2013
0 comments:
Post a Comment