Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

SEBULAN PUASA, BERBULAN RAYA!



KHATIB Jumaat pesan para makmum hari ini supaya jangan terbuai dgn cara lama dan stail masyarakat menyambut Aidilfitri. Tamrin Ramadhan selama sebulan dirancangkan oleh Allah ke atas manusia beriman agar:-
1. solat Jamaah di surau/masjid
2. qiam malam dan berzikr serta minta ampunan kpd Allah
3. zikr Quran
4. infaq harta/wang ke jalan Allah
5. sederhana makan dan minum
6. sedaqah kpd fakir miskin;
telah menjadi malakah [tabiat] yg bersemi dan tumbuh segar di luar Ramadhan. 

Justeru, sambut hari raya tak perlulah berlebihan dan berpanjangan. Ikut tradisi Islam; sebaik saja terbenam mentari akhir Ramadhan, takbir bergema sampai ke esok hari sehingga solat Aidilfitri. Lepas itu keadaan kembali seperti biasa dlm kehidupan. Memang bagus kita buat jamuan raya kpd sanak saudara dan sahabat handai dan jiran, namun jangan OVER. Melampau @ over tidak ada kaitan dgn sunnah. 

Introspeksilah diri sendiri bagaimana prestasi masing-masing selepas Raya. Hari ini hari ke2 raya. Bagaimana dengan solat jamaah, qiamullail, zikr Quran, infaq, sedaqah dan makan minum dlm musim raya? 

Apakah sudah kecundang dan masuk longkang kesemuanya? Mahu ngetop jadi Muslim yg mukmin selepas raya mesti ada maintenance schedule yg boleh melestarikan iman. Wahai Iman ke mana kau pergi Man? Pantas benar engkau hilang drp jiwa , w/pun sebulan terdidik dlm madrasah Ramadhan. Kapankah mahu beroleh kemenangan kalau begini berlaku saban tahun? 

Qalamunir 2 Syawwal 1434H

RASA PERTANGGUNGJAWABAN DALAM KALANGAN ANAK-ANAK




Rasa bertanggungjawab/pertanggungjawaban adalah sebuah perasaan yg terbetik dalam jiwa/minda hasil drp didikan ibu bapa/sekolah/masyarakat ke atas anak-anak. Proses menerap, menanam, memupuk, menyemai rasa pertanggungjawaban ini sewajarnya bersemi, tumbuh dan hidup segar dalam jiwa si anak sampai akhir hayat. Sementelah pula adanya faktor iman yg menyegar dan mengikat jiwa ke arah kebaktian dan rasa kemanusiaan yg mendalam.

Proses tarbiyah seorang anak terus berlaku dari semenjak cilik sehingga ke mercu IPT. Halaqat dan usrah terus menyemai jiwa-jiwa si anak bagi membetuli fikrah dan memurnikan amaliyah Islaminya. Namun sangat kentara sekali, akhlak si anak dalam berperilaku dan berperihidup dalam keluarga, tidak seindah rasa persaudaraan/ukhuwah sesama sebaya sewaktu bersama rakan taulan. Mereka lebih bersifat membantu dan ringan tulang dan tubuh bagi menolong kawan rakan [apatah lagi kalau pacarnya]. 

Jiwa mahu menolong dan meringankan beban hidup, beban tugas, beban menguruskan rumahtangga ibu ayah sudah tidak dilihat sebagai kewajiban si anak. Pinggan dan cawan yg digunakan untuk makan dan minum, masih tak terbasuh oleh tangan yg sangat berkudrat berbanding ibu dan ayah. Hampir semua perkara perlu dirayu dan disuruh baru dapat merasai nikmat punya anak. Jika tidak ibu dan ayahlah terpaksa menyongsong arus melakukan kerja sendirian tanpa ada harapan akan mendapat pertolongan si anak meringankan bebanan fizikal, hati dan fikiran membilang waktu dan hari-hari tersampainya kemusnahan. Apa ertinya Hari Ibu @ Hari Bapa yg menyapa setahun sekali? Bahagiakah ibu dan ayah dilayan begini? Cukupkah sekeping kad dan bunga yg dikirimkan untuk mengharumkan hidup mereka semusim hanya sekali? Seorang bapa bertanya saya semalam: " Dimanakah silapnya pendidikan kita ini?" 

Wahai anak-anak, bangkitlah dari tidurmu yg asyik, lepaskanlah laptop di ribamu. Jenguklah dapur dan anjung rumahmu; apakah terurus dan masih mahu dikemaskan oleh orang tuamu? Janganlah berkira dalam hidup, nanti anda akan dikira secukup-cukupnya dalam menyeberangi lautan kehidupan semasa bergelar ibu dan ayah. Kasih berbalas kasih. Rindu berbalas rindu. Tanpa bibit-bibit kebaikan yg disemai, tiada pohon jasa yg akan tumbuh merimbun meneduhi perjalananmu.

fIKIR-fIKIRKANLaH.

qALAMUNIR 

12 mEI 2013
Pencinta Waktu Fajar

Fajar@subuh muncul dgn serba kebaikan. Simbol kemenangan. Lambang kehidupan. Identiti kemudaan dan penuh dinamisme. Fajar terjadi saat yg bening - waktu pembahagian rezki, solat subuh yg mencerminkan kekuatan iman dan kesucian drp kemunafikan. Saat fajar adalah saat yg sangat sulit dan kritikal buat jiwa manusia. Pernah disabda Nabi saw, bahawa solat yg paling berat pelaksanaannya bagi org munafiq adalah solat Isya' & Subuh.

Udara Pagi adalah seiras udara syurga; nyaman dan segar. Orang yg bangun solat subuh menikmati udara ini. Ia sangat bermanfaat kpd kesihatan. . Antaranya: gas O3 [ozon=3 molekul oksigen] sangat melimpah di udara dan ia semakin menipis sedikit demi sedikit dan habis menjadi O2 [oksigen] tatkala mentari memunculkan diri.

Gas O3 punya pengaruh yg positif pada urat saraf dan mengaktifkan kerja otak serta tulang. Ketika kita menghirup udara fajar yg dinamakan udara pagi, kita akan merasai kenikmatan dan kesegaran tiada taranya berbanding saat-saat lain baik siang atau malam.

Ayuh, bangunlah wahai rijal@pemuda! Jom ke masjid bersolat subuh berjamaah. Anda akan mendapat kenikmatan ruhi, kenikmatan badani, terlepas drp simpulan syaitani yg mengikat org yg tidur menongkol [macam tongkol kayu], murah rezeki, set minda jadi baik dan cool untuk memulakan tugas di kantor dan berinteraksi dgn segala jenis orang dan benda di sekeliling kita. Bagi orang pensiunan dan super dewasa, nah ambillah peluang ini utk terapi urat saraf dan jantung anda!
Wallahua'lam.
Qalamunir
19 April 2013