1. solat Jamaah di surau/masjid
2. qiam malam dan berzikr serta minta ampunan kpd Allah
3. zikr Quran
4. infaq harta/wang ke jalan Allah
5. sederhana makan dan minum
6. sedaqah kpd fakir miskin;
telah menjadi malakah [tabiat] yg bersemi dan tumbuh segar di luar Ramadhan.
Justeru, sambut hari raya tak perlulah berlebihan dan berpanjangan.
Ikut tradisi Islam; sebaik saja terbenam mentari akhir Ramadhan, takbir
bergema sampai ke esok hari sehingga solat Aidilfitri. Lepas itu keadaan
kembali seperti biasa dlm kehidupan. Memang bagus kita buat jamuan raya
kpd sanak saudara dan sahabat handai dan jiran, namun jangan OVER.
Melampau @ over tidak ada kaitan dgn sunnah.
Introspeksilah
diri sendiri bagaimana prestasi masing-masing selepas Raya. Hari ini
hari ke2 raya. Bagaimana dengan solat jamaah, qiamullail, zikr Quran,
infaq, sedaqah dan makan minum dlm musim raya?
Apakah sudah
kecundang dan masuk longkang kesemuanya? Mahu ngetop jadi Muslim yg
mukmin selepas raya mesti ada maintenance schedule yg boleh
melestarikan iman. Wahai Iman ke mana kau pergi Man? Pantas benar engkau
hilang drp jiwa , w/pun sebulan terdidik dlm madrasah Ramadhan.
Kapankah mahu beroleh kemenangan kalau begini berlaku saban tahun?
Qalamunir 2 Syawwal 1434H
0 comments:
Post a Comment