HATI yang seketul Allah berikan kepada kita
mesti dijaga rapi. Rasulullah saw telah berpesan supaya kita pelihara hati
karena walaupun ia bersaiz kecil, berkapasiti besar untuk memandu dan mewarnai
keseluruhan watak dan keperibadian seorang insan. Ia juga digelar masdar al-
wahid, yakni sebuah satelit yang mampu mencorak, memimpin dan mewarnai pemikiran dan geraklaku serta tindakan
manusia.
Ramai manusia tidak kisah dengan keadaan hati.
Mahu jadi apa pada hati lantaklah, asalkan badan sihat sudah cukup baik. Menjaga jasad dengan rajin beriadah dan
memakan makanan yang berkhasiat tidak mencukupi syarat untuk menjadi manusia
yang berguna kepada agama. Agama atau
deen Islam tumbuh dan hidup dalam hati yang bersih nyaman daripada kotoran zahir
dan batin.
Justeru sekitaran yang nyaman dan damai
daripada segala macam kebusukan yang
boleh mencacatkan hati dijagai dan dipagari dengan pengisian fikrah Islam yang
salimah. Fikrah yang murni ini bagai benih yang tumbuh segar menghunjamkan
akarnya ke dalam bumi mencekam tanah dengan akar yang besar lagi kukuh. Hatta
melonjakkan batangnya yang tegak menujah angkasa dipenuhi rimbunan dedaunan
yang lebat memenuhi dahan dan ranting.## Dan
buahnya bergugus dan berangkai menghiasi pohon yang merimbun meneduhi makhluk
Allah, bersedia dengan keranumannya untuk santapan mereka yang lapar berkelana.
Inilah analogi seketul hati yang baik dan segar, ia mampu membina kekuatan
manusiawi yang tegak menjunjung kebenaran dan berasa mulia untuk hidup dan mati
dalam kebenaran. Siap siaga berkhidmat untuk semua makhluk yang cintakan
kedamaian dan kesejahteraan abadi.
Biarlah ku sentuh hatimu. Membuka lipatan hati
yang sudah lama berlipat dan bergulung. Merongkai kusut jiwa dengan kalimah
Allah yang dulunya pernah berjaya mengetuk dan membuka luas hati Si Omar al
Khattab r.a. Carilah di manakah gerbang hatimu. Jangan biarkan ia kematu
lantaran ketandusan usapan ilmu. Justeru, sentuhilah hati selalu dengan zikir
dan ilmu yang memperjelaskan kebenaran dan membezakan kebatilan. Letakkanlah ia
dalam raga tarbiyah yang berterusan istiqamah mengasah pemikiran agar tiada
peluang bisikan syaitan untuk memenuhi rongga-rongga iman yang pasang
surut saban ketika.
Wallahua’lam.
Qalamunir
22 Mei 2012
2 comments:
Izinkan saya sentuh awak demi cinta. Artikl terbaru di Lautan Rabbani.
Baunya nak dkat dengan bau tajuk entry ni. :)
Salam kunjungan maya.
Pelaut Rabbani.
Salam ukhuwwah drp Qalamunir dan terima kasih karena punya masa melawat Jejak-Jejak Di Pantai Zaman.
Semoga perkenalan dlm maya ini mengindahkan lagi warna kehidupan.
Sampaikan jua salam saya
utk rakan-rakan di Yarmuk.
Post a Comment