Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

SEMPURNAKANLAH IBADAH AYAH BUNDA


BILA ayah bunda kembali mengadap Allah, yg ditinggalkan mungkin hutang-hutang ibadat selain hutang wang ringgit. Ibadat yg tertangguh dan tertinggal lantaran kekangan masa/wang, kesibukan mengurus rezeki/nafkah keluarga, kefahaman agama yg dangkal, kecuaian dan lemah iman perlulah dibayar oleh waris terhampir iaitu anak-anak. 

Anak-anak harus mengerti dan insaf bahawa kepayahan dan kemiskinan ayah bunda sewaktu membesarkan mereka, menyebabkan ayah ibu lalai dan kehilangan ruang masa utk menyempurnakan ibadah mereka. Ada ibu bapa yg menangguhkan pelaksanaan ibadah haji karena terpaksa menggunakan wang simpanan utk pelajaran anak-anak. Ada yg akhirnya berjaya ke tanah suci dan ada yg mati sebelum hasrat itu tercapai. 

Atas alasan apa sekalipun, kewajiban tersebut tidak expired dengan kematian mereka. Hutang dengan Allah masih dituntut, justeru waris-waris yg masih muda dan berkemampuan perlu melunaskan hutang tersebut mengikut ketentuan syara'. Penyempurnaan ibadah bagi pihak ibu ayah membolehkan mereka menjadi Muslim yg berpotensi menerima keampunan dan keredhaan daripada Allah swt. Bagaimanakah nasib ibu ayah jika anak-anak tak ambil peduli membayar hutang-hutang kpd Allah? Agaknya bagaimanakah keadaaan mereka bila bertemu Allah di padang mahsyar?

Bagi ayah bunda yg telah lama meninggal dunia dlm keadaan masih terhutang dengan Allah dan manusia, apakah anak-anak mahu relax dan menikmati duniawi sepuasnya tanpa menghiraukan jeritan halus ayah bunda memohon dilangsaikan hutang. Ingatlah: anda menjadi manusia yg berpelajaran, mengenal agama, memiliki harta dan kemewahan duniawi yg sementara adalah atas penat lelah mereka.

Di atas nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan?






231212

MELUNASI HUTANG IBU BAPA

HUTANG IBU BAPA

Pasca pengebumian jenazah adalah membereskan hutang. Hutang itu membelenggu ruh orang yg sudah mati. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa ada seseorang pernah bertanya kpd Rasulullah saw tentang saudaranya yg telah meninggal dunia sedangkan ia berhutang.

Rasulullah saw bersabda; 'Dia terbelenggu dgn hutangnya, maka bayarlah untuknya.' Lelaki itu berkata, wahai Rasulullah, aku telah membayarnya kecuali 2 dinar yg diminta oleh seorang wanita. Tetapi dia tidak mempunyai bukti.' Rasulullah bersabda; "Berilah kepadanya, dialah berhak."

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda; "Nyawa seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya sehingga dibayar terlebih dulu."

Maksud hadith di atas; urusan seseorg mukmin itu akan terhalang dlm kehidupan akhirat akibat hutangnya. Dia tak dapat akses syurga sehingga ia menjelaskan hutangnya. Macamana si allahyarham/yarhamah mahu melunaskan hutangnya dalam keadaan dia sudah kaku mati. Pada saat inilah timbul t/jawab di bahu anak-anak utk membayar hutang tersebut. Cara ini sajalah yg membuka exit kpd ruh ibu ayah agar dapat kembali kpd Allah dlm keadaan selamat dan diredhai. Hal ini mencerminkan ketatnya peraturan syara' tentang masalah hutang. Hingga seorang syahid pun tak bisa masuk syurga walaupun ia gugur berjuang di jalan Allah seandainya dia mati berhutang. 

Ibu ayah mungkin berhutang semasa hidupnya utk membelanjakan kos hidup keluarga dan pendidikan anak-anak dsbnya. Jika semasa hayat mereka, anak-anak mengongkosi keperluan mereka sewaktu tua@pensiun, justeru sama jua halnya apabila mereka tiada lagi, sisa-sisa hutang perlulah dilunaskan sepenuhnya sebagaimana mereka dibantu semasa hayat mereka, sebagai tanda kasih sayang sejati anak-anak kpd ayah bunda. 

Jadi berwaspadalah mengendalikan hutang piutang. Jangan berhutang membeli barangan @harta mewah yg tidak penting dlm hidup, supaya ia tidak membebankan generasi yg ditinggalkan. Kecuali sangat terpaksa karena keperluan mendesak.
Di atas nikmat Tuhan yg manakah hendak kamu dustakan???
 
Wallahu a'lam.
 
14 November 2012

TOLONG MENOLONGLAH SESAMA ADIK BERADIK



Manusia tercipta dgn berbagai perbezaan. Perbezaan rupa, warna kulit, kapasiti, daya fikiran, status sosial, kedudukan ekonomi. Kelainan dan perbezaan ini adalah tanda kekuasaan Allah. Hal ini berlaku agar manusia boleh saling mengenali dan melengkapi antara satu sama lain.


Dalam satu keluargapun demikian. Ada yg pandai dan pintar, berjaya dlm akademik dan diberi kedudukan tinggi dlm masyarakat. Hidup mewah dan berharta. Ada pula yg kurang berjaya dlm pelajaran, tahap pemikiran rendah- hidup sederhana dan ekonomi tidak mantap. Mereka ini adalah drp titih dan galur keturunan yg sama. 

Sekiranya yg berjaya dlm kehidupan itu abang dan kakak ataupun adik-adiknya saja, maka bersikap kasih dan ihsanlah terhadap mereka yg Allah anugerahkan kekurangan itu. Kasihani dan pedulikanlah adik beradik yg nasibnya malang dan kesusahan hidup. Ambil tahu nasib dan kesengsaraan/keperitan hidup mereka, karena berbakti bukan sekadar kepada ibu ayah, malah juga terhadap adik beradik dan keluarga lainnya.

Rasulullah saw bersabda, "berbaktilah kpd ibumu, ayahmu, saudara perempuanmu, saudara lelakimu, kemudian yg terhampir dgnmu dan yg terhampir."

Justeru, hulurlah bantuan material dan moral kpd mereka. Infaqlah harta dan rezeki yg Allah kurniakan itu utk dirasai oleh mereka. Malah bantu dan pimpinilah mereka yg dhaif agar bisa sama-sama berjaya dlm kehidupan. Dan yang lebih afdhal adalah membantu mendidik dan menta'dib fikrah dan akhlak Islami. Agar kita dan semua adik beradik dapat merasai masuk ke dalam syurga Allah lantaran usaha dakwah kita. Ingatlah, sebaik-baik sedekah dan infaq adalah yg diberikan kpd kerabat yg terdekat. Malah sebaik-baik pemberian adalah ilmu yang bermanfaat yang dapat menyelamatkan kita daripada bahaman neraka Allah swt.

Allah swt berfirman, "dan berikanlah kpd keluargamu yg dekat akan haknya dan orang miskin serta orang musafir dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dgn boros yg melampau." [Isra 17:26]



Ayah dan Ibu merasa aman dan bahagia melihat anak-anaknya bantu membantu dan bersatu padu dlm meranjau kehidupan. Karena makna kehidupan itu adalah pd memberi, bukan pd menerima. Berkongsi kemanisan dan kemasinan hidup yg digauli pahit maung, agar membuahkan satu rasa yg hebat dan kepuasan hidup yg bererti. 


Wahai anak-anakku, inilah wasiat ayah ibu. Sepeninggalan kami, ingatilah pesanan ini dan jadikan ia amali.

Di atas nikmat Tuhan  yg manakah hendak kamu Dustakan?


Qalamunir

19 Oktober 2012

PRA & PASCA PERKAHWINAN : DITEROPONG DARI SUDUT SUNNAH RASULULLAH SAW

PRA & PASCA PERKAHWINAN
1) PRA – PERKAHWINAN
2) PERTEMUAN DUA JIWA
3) PASCA – PERKAHWINAN

• وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)
• Surah Ar Rum : 21 
• dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.
• مَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي وَإِنَّ مِنْ سُنَّتِي النٍّكاَحُ فَمَنْ أَحَبَّنِي فَلْيَسْتَنَّ بِسُنَّتِي
Sesiapa yang tidak suka dengan amalan sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku, dan Sesungguhnya Nikah itu dari sunnahku, Maka sesiapa yang mencintai daku maka hendaklah dia mengamalkan sunnahku.( Jami’ Soghir, Imam Sayuthi )

CIRI CIRI RUMAHTANGGA ISLAM YANG HEBAT.

Pra Perkahwinan .
1) Memilih pasangan yang baik

Pasca Perkahwinan . 
2) Menjalankan kewajipan seorang muslim 
3) Kebahagiaan pasangan 
4) Kasih dan sayang 
5) Kepercayaan sesama sendiri 
6) Bersama pikul tanggungjawab 
7) Mencapai kesyumulan Islam
8) Membantu bina masyarakat Muslim
9) Memikul risalah dakwah 

1- Memilih Pasangan Yang Baik .

(( تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها فاظفر بذات الدين تربت يداك ))
“wanita itu di nikahi kerana 4 perkara : 1) kerana hartanya 2) dan kerana keturunannya 3) dan kerana kecantikannya 4) dan kerana agamanya, Maka carilah yang mempunyai Agama maka akan senanglah kehidupan kamu”
• Mengasaskan keluarga Muslim di atas dasar Taqwa dari hari pertama . (solat istikharah dan doa)
• Pasangan yang mampu mengingatkan tentang tujuan hidup, halal dan haram, menguatkan yang lemah, menjaga maruah dan rahsia . 
• Wanita mempunyai haq dalam memilih Suami yang soleh.
• Tidak boleh memaksa bahkan meminta pandangan.

• Contoh dari Seerah Rasullullah Sallallahu alaihi wasallam dan sahabat : Sayyidah Khadijah dan isteri yang lain(suami),Rabi’atul Adawiyyah dan Hasan Basri , Saidina Umar mencarikan jodoh buat Asim lahirlah keturunan Sayyiduna Umar Abdul Aziz(isteri) .

2- Menjalankan Kewajipan Seorang Muslim .
• Permulaan yang cinta Suci dan hebat dimulakan dengan nol haram.
• Majlis majlis perkahwinan yang tidak berlebihan dan menjaga halal dan haram, spt jauh dari taqlid mensyirikkan dan pembaziran, lagu, ikhtilat.
• Menjaga kewajipan : solat wajib dan sunat, puasa, menjaga zikir harian, quran, meningkat kan saqofah istibanah. 
• Melindungi rumah dari perkara haram : makanan dari sumber haram, maksiat maksiat dalam rumah dan luar rumah, TV, radio.etc

3- Kebahagiaan Pasangan.
• Selepas pemilihan pasangan di atas dasar agama yang di didik (Tarbiyah) .
• Satu ikatan aqidah yang kuat menghasilkan tiket ke syurga. .
• Kebahagiaan bukan berdasarkan di luar sahaja. Tetapi lahir dari jiwa yang bertaqwa, kasih sayang yang Allah campakkan dalam jiwa merupakan satu anugerah . Berdasarkan ayat Ar Rum : 21 

• وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٢١) 

21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.

ولست أرى السعادة جمع مال ولكن التقي هو السعيد 
Dan tidak aku lihat kebahagiaan itu dengan mengumpul harta tetapi taqwa itulah kebahagiaan 

• Contoh : Nabi Ayyub dan Isteri, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta Yasir dan Sumayyah radiAllahuanhum .
• Beberapa hukum tentang kesusahan dalam perkahwinan .
• Daripada kesusahan bersama timbul kasih sayang dan saling mengerti akan pasangan masing masing .

4- Kepercayaan Kepada Pasangan .
• Semakin kuat kepercayaan suami isteri, semakin hebat kebahagiaan yang di capai.
• Itu tidak akan dapat di capai melainkan dengan ketaqwaan setiap pasangan .
• Pasangan akan rasa aman dan merasakan suami/isteri hanya untuk dirinya sahaja .
• Ini hasil pilihan berdasarkan agama dari awal . 

• Contoh : Dari pihak suami .
• 1) أبي هريرة رضي الله عنه:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم جاءه أعرابي فقال: يا رسول الله، إن امرأتي ولدت غلاماً أسود، فقال: (هل لك من إبل). قال: نعم، قال: (ما ألوانها). قال: حمر، قال: (هل فيها من أورق). قال: نعم، قال: (فأنى كان ذلك). قال: أراه عرق نزعه، قال: (فلعل ابنك هذا نزعه عرق).
• Dari pihak isteri .
• Kisah Sayyidah Aisyah r.a. dan Rasullullah sallallahu alaihi wasallam , hadis ifk dan Sayyidah Saudah r.a. memberi harinya kepada Aisya dan Hafsah radiyaAllahu anhuma .

5- Bersama Pikul Tanggungjawab .

• يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (٦)

• 6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan.

• Konsep bahagia Rasullullah saw berasaskan perkongsian, berbincang dan tolong menolong.
Kisah Sayyidah Ummu Salamah r.a. di Hudaibiyyah.
Sayyidah Khadijah r.a. sebagai batu bata asas Dakwah pertama Rasullullah Sallallahu alaihi wasallam.
Sayyidah Khadijah r.a. menghabiskan hartanya demi tertegaknya Islam ketika diperangi oleh kafir Makkah .
Sayyidah Asma’ binti Abu Bakr menghantar makanan ketika peristiwa hijrah ke Madinah .
• Semua konsep di atas mesti selari dengan syariat.
• Tanggungjawab : menjadikan keluarga muslim mukmin muslih,mendidik anak, menyara kehidupan, menjaga maruah . 

6- Kesyumulan Islam .
• Menjadikan hidup ini ibadah lillah wahdah..
• Semua pekerjaan dari adat menjadi ibadah dengan niat .
• Amal apa yang Allah suka, jauhi apa yang Allah benci.
• Setiap pasangan memahami konsep ini supaya melengkapi tugas sebagai Hamba dan Suami/Isteri . 

7- Membantu Bina Masyarakat Muslim .
• Kita ingin individu Muslim yang bergerak dengan akhlak Al Quran, dari segi aqidahnya, ibadahnya, akhlaknya 
• Kita ingin melahirkan keluarga yang terdidik : Suami yang menjalankan tanggungjawab, Ayah yang mendidik anak anaknya dengan akhlak Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.
• Isteri yang menjadikan rumahnya taman dari taman taman syurga, yang mampu melenyapkan lelah suami mencari rezeki .
• Melahirkan anak anak yang mampu menjadikan kehidupan mereka ibadah, membuat kebaikan kepada ibu bapa mereka, menjaga adab adab islam .
• Rumahtangga yang menjaga silaturahim dengan jiran, kaum keluarga kedua belah pihak, menjaga hubungan dengan pembantu rumah. 
• Menghasilkan satu contoh Rumahtangga Muslim contoh yang terdidik oleh Al Quran dn sunnah . 

8- Memikul risalah dakwah .
• Seperti kita memrlukan individu dakwah, kita juga memerlukan keluarga dakwah .
• Setiap muslim perlu memastikan dan menjadikan keluarga contoh yang mampu memacu arus perubahan dalam mengajak manusia kembali berubudiyyah kepada Allah . [P]

Sedutan Tazkirah oleh Ustaz Jamalullail di Masjid Zubair alAwwam