KARAMAH adalah pemberian dan nugerahan Allah SWT. IA beri kepada sesiapa yang layak diberi anugerah. Biasanya yang layak adalah orang-orang yang kuat iman dan ikhlas dalam perjuangan. Niat mereka tiada lain kecuali untuk meraih kemuliaan daripada Allah karena berkhidmat untuk menegakkan dan meninggikan Islam di bumi Allah.
G-had para mujahideen di Afghanistan pada tahun 1980'an menentang komunis Russia laknatullah telah mengembalikan kenangan silam peperangan Badr, Uhud, Hunain, Tabuk dll yang mempamerkan karamah [orang zaman sekarang sebut miracle/misteri?] yang berlaku sebagai penzahiran nasrullah. Pertolongan daripada Allah SWT sungguh canggih, pelik dan ajaib tak terfikir oleh aqal. Pokoknya terpapar kepada kita bahawa formula: bilangan yang banyak dapat dikalahkan oleh jumlah yang kecil telah berulang kembali.
Umat Islam sekarang ketagih bantuan daripada Allah swt untuk menghadapi musuh yang begitu ramai dan rencam. Strategi dan cara bergerak musuh-musuh Islam begitu lihai dan licik : kafir totok, munafiq dan Islam kartu bergabung satu dengan satu tekad mahu memadamkan cahaya kebenaran Islam sepertimana yang telah berlaku pada zaman awal kemunculannya di bumi Makkah. Umat Islam perlu yakin bahawa Islam sebagai nur yang menghidupkan dunia dan menjadi sebab kelangsungan hayatnya, akan terpadam obornya bila Allah izinkan kiamat terjadi. Sebelum berlaku kiamat, para sipenderhaka dan sipendusta yang melawan hidayah tetapi masih memakan rezeki yang Allah tabur; akan merasai getir azab berdepan dengan realiti sebenar sekonyong-konyong apabila dibungkus kain putih.
Masyarakat Melayu memang sangat suka kepada perkara-perkara keramat, ajaib, sakti dan seumpamanya. Sebab itulah dalam amalan hidup harian, mereka mudah tergoda dengan ajaran-ajaran yang mistik yang boleh membawa mereka mencapai kelebihan tertentu seperti kebal tubuh badan, boleh berjalan atas air, ghaib daripada pandangan mata manusia dengan berlindung di sebalik sehelai daun dan macam-macam misteri lagi. Justeru agama Islam didekati oleh segolongan besar masyarakat Melayu dari sudut mengambil ayat-ayat Quran sekadar untuk beramal bagi meraih kehebatan mistik tertentu mengikut niat masing-masing. Maka terjadilah golongan ini beriman kepada Allah dan menjadi Islam atas keyakinan yang kurus kerdil dan tidak pernah nampak Islam sebagai satu gagasan atau pandangan hidup yang tuntas mencakupi segenap ruang hidup manusiawi. Golongan in sampai bilapun berwasangka dan syak terhadap agamanya sendiri serta rasa fobia macam orang Barat - geli dan meluat kepada Islam. Sebab apa? Karena bila mereka cuba melihat wajah Islam mereka terpandang hukum hudud sahaja - jelek, buruk dan kejam. Kejulingan intelek dan pandangan hidup sebegini memang akan berlaku kepada sesiapa saja jika mereka tidak pandai melihat dalam jarak pandangan yang sempurna. Seorang wanita jelita tidak akan ternampak cantik jika seorang jejaka itu menatap wajahnya terlalu dekat, apatah lagi memakai kanta pembesar sehingga terlihat lubang-lubang roma yang kasar. Malah kalau diteropong pada hidungnya pula sudah tentu memberikan pandangan sebuah terowong yang berbulu sehingga tidak menimbulkan rasa indah bahkan jauhlah daripada terpikat. Justeru inilah penyakit yang terkena kepada sebilangan besar anggota masyarakat - mereka tidak melihat Islam dari sudut pandangan yang sempurna. Mereka tidak melihat Islam sebagaimana Nabi, auliya, dan orang-orang soleh melihat. Pandangan mereka sering dikabuti jerebu asap buatan sendiri iaitu ideologi asing yang cuba diharmoniskan dengan Islam.
Titik pertemuan antara Islam dengan ideologi kufur tidak akan pernah berlaku. Ia tidak berlaku dahulu pada zaman Rasulullah saw dan begitu juga halnya sekarang dan sampai bila-bila. Hidayah perlu dicari sungguh-sungguh menerusi ilmu yang benar. Pengorbanan masa, keselesaan dan wang adalah wajib dan perlu untuk mendaki aqabah ilmu untuk menuju ke puncak kefahaman. Unsur syirik, mistik, misteri dan sakti dalam kotak minda masyarakat perlu dinyahsucikan supaya virus ideologi palsu ciptaan manusia tidak lagi bersemayam dalam hati dan jiwa agar membolehkan syu'ur Islam dalam jiwa terserlah keluar menampilkan wajah sebenar seorang hamba yang taat kepada Pencipta yang satu. Ayatur Rahman masih benar. Ia akan membenarkan kata-kata Allah dalam kitabNya dengan berbagai peristiwa yang akan bakal berlaku bagi menyingkap kepalsuan ideologi buatan manusia. Kemuliaan atau karamah akan terus berlaku ke atas manusia beriman yang terpilih dengan kehendak dan izinNya. Ia bukan satu tawar menawar yang boleh diminta, karena itu bukanlah tujuan sebenar manusia beriman kepada Allah melainkan hanyasanya lantaran rasa kehambaan yang sebenar dan tahu makna diri dan makna hidup.
Wallahua'lam
5 November 2011

0 comments:
Post a Comment