Umur adalah perkiraan masa. Ia mengukur jangka masa hayat atau tempoh masa sesuatu kewujudan sama ada yang bernyawa ataupun tidak. Makin berumur panjang, makin tua. Semakin kita tua, semakin lemah, goyah dan luntur segala yang dibekalkan atau dipinjamkan kepada kita oleh Allah SWT. Jasad yang kuat sudah menjadi lemah. Lutut terkena serangan athritis, mahu naik tangga pun berkriuk-kriuk tulang karena rawan menipis dan lubrikasi kekeringan - waduh terasa berbisa, kebas-kebas serta ngilu.
Begitulah pula halnya dengan sesuatu tamadun atau peradaban. Semakin fasad dan bobrok masyarakat, semakin ia menuju ke arah kehancuran dan kesirnaan. Sepanjang manapun umur manusia dan tamadunnya, ukuran penting baginya adalah keberkatan. Barakah @ berkat maknanya bertambah. Bertambah saja tidak ada makna melainkan ia membawa atau menyumbang kebahagiaan. Malah ada pula perkara yang kita tak mahu tambah sebab ia menjadikan kita pelik atau hodoh atau tak relevan. Umpamanya hidung, mata, telinga, gigi, jari tangan/kaki: kalau ia bertambah, jadi pelik dan cacatlah [freak] simanusia itu.
Akan tetapi kalau harta benda bertambah, wang ringgit, pound sterling, dollar dan yen bertimbun, kereta mewah menjalar berderetan di laman, rumah agam berbilang buah dan macam-macam lagi harta dunia: kita tentu suka dan syok. Tetapi kita kena semak dan nilai kembali sama ada ia membawa kebahagiaan serta redha Allah atau kemurkaanNya. Dalam sirah Nabawi, ada satu kes tersohor tentang seorang sahabat baginda yang sangat soleh; sentiasa tiba awal waktu di masjid bila terdengar azan, solat saf pertama di belakang Nabi saw dan dapat takbiratul ihram bersama imam. Seusai solat ia lekas-lekas bergegas pulang ke rumah karena perlu menanggalkan pakaian solat yang satu-satunya itu untuk dipakai sang isteri lantaran tiada pakaian lain yang layak digunakan ketika bersolat. Tentu sekali si Abu Tha'labah ini miskin amat. Rakan taulannya menyarankan beliau minta Nabi saw berdoa agar beliau diberkati dengan rezki yang banyak supaya keperluannya diatasi dan bisa berkhidmat untuk Islam pula dengan harta itu. Namun perjalanan kehidupannya tidak seperti sebelum ia jadi kaya sebagai saudagar kambing , selepas doa Nabi dimakbulkan. Kekayaan yang terhasil daripada kambing menyebabkan ia terseliuh hati dan hambar jiwa untuk berubudiyah seperti biasa bersolat di belakang Nabi saw berjamaah. Malah makin surut dan tertinggal segala yang pernah dan mampu dibuat dulu. Ia menangguh-nangguh untuk mengeluarkan zakat walaupun diminta Nabi saw hingga akhirnya turun wahyu melabelkan beliau tergolong dalam golongan orang-orang munafik. Bagaikan hendak pitam dan tidak keruan Si Tha'labah bila label ini diberikan padanya. Ia menjadi keluh kesah dan tidak bahagia. Nabi saw enggan menerima lagi zakat daripadanya karena sudah terlambat. Zaman-zaman khalifah berikutnya ia cuba juga untuk menzakati hartanya namun tidak diterima oleh amirul mukminin sehingga ia mati sebagai seorang muflis lantaran semua kambingnya mati terkena penyakit.
Betapa harta membelit jiwa dan jasad kita hingga tergamak melupai tanggungjawab agama. Tarbiyah yang dilalui masih mampu digugat oleh bisikan halus syaitan yang mudah menyusup dalam kesedapan memiliki dan memandang harta sebagai segala-galanya. Inilah tarbiyah Allah kepada ummat manusia daripada episod cerita ini untuk mengingatkan kita supaya berawas dengan apa saja yang dimiliki - karena jika silap pengurusan dan fokus terhilang, daki dunia akan dikendong dengan melupai nikmat akhirat yang tidak terbilang. Umur terus mengejar kita menyebabkan wajah bertukar rupa. Walaupun hasrat hendak lari dari ketuaan dengan memakan produk-produk kesihatan dan awet muda, namun sunnatullah lebih berkuasa. Benci dan takut pada ketuaan atau tidak, manusia terus meluncur maju meninggalkan kemudaannya dan pasti sampai ke garisan akhir hayat yang menjanjikan kematian.
Justeru syukur adalah sebaik-baik penawar yang bisa merawat penyakit lupa nikmat Allah. Syukur adalah adab seorang Muslim terhadap tuhannya. Dengan bersyukur ia merasai dan melihat dirinya serta segala kurniaan Allah sebagai anugerah yang tidak terhitung banyaknya. Nikmat itu bermula sejak ia mula tergantung dalam rahim ibunya berterusan tidak putus-putus sehingga rezkinya habis = sampailah ajalnya. Jadi dalam perjalanan hidup yang pendek atau panjang, ia tetap pendek berbanding masa akhirat. Kalau hidup kita sesibuk manapun, jangan lupa Allah, karena jika kita melupaiNya semakin kita jauh daripada Nya.
Dengan bersyukur kita menyedari bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Hati terasa sedih apabila kita terbuat dosa dengan tidak sengaja. Rasa malu sekiranya terlanggar perintah Allah, lantaran kita tahu bahawa Allah mengetahui apa yang dizahir dan disembunyikan.
Kita mungkin panik dan terjelir lidah mengejar habuan duniawi yang sedikit karena takut habis dikaut orang, tapi kita tak endah langsung mengejar dan pulun mengaut kekayaan syurgawi lantaran kita tidak bijak menilai makna dan erti kewujudan. Manusia sanggup terhegeh-hegeh mencari keuntungan duniawi yang sedikit tetapi membuang dan campak laba yang besar di Akhirat. Lantas umur yang panjang sejengkal dijadikan sandaran dan modal untuk dihabiskan mengemis duniawi. Wal hasil jadilah si manusia itu sibuk semedang tanpa perasan maut berada di atas ubun-ubunnya. Bila saja dipanggil Allah mengadap, ia tetap akan berhujah dengan tuhannya bahawa ia sangat sibuk tak berkesudahan!!!
Manusia yang sangat sibuk dan tidak pernah terfikir untuk menilai kembali masa dan waktu yang digunakannya di dunia, sehingga Allah swt dikesampingkan, ia termasuk dalam golongan manusia yang tidak beradab.
Wallahu'alam.
5 Mei 2011

0 comments:
Post a Comment