Masyarakat kontemporer begitu peka terhadap kesihatan badan mereka. Begitu jugalah terhadap penampilan wajah dan fesyen rambut mesti mengikut trend perdana yang terhasil daripada gedung-gedung ternama dan jenama besar di kota metropolitan Paris, London, New York dan lainnya.
Sekarang ini zaman anak muda menggilai fesyen rambut terpacak macam muncung burung tiruk atau duri landak. Daripada sekecil-kecil anak umur 5 tahun tadika sehingga kepada penjawat awam @ swasta menggayakan rambut ala cacak macam tiang pagar. Gedung-gedung besar ternama tersebut adalah merupakan dynamo menjana arus perdana tempatan dalam kehidupan anak-anak muda dan dewasa Muslim. Jati diri Muslim entah tercicir di mana? Mungkin telah ditelan asap tamaddun Barat karena tersilau mata oleh tradisi besar mereka yang tampak hebat yang diistilahkan moden dan maju.
Gaya langsing tubuh badan ala konfigurasi botol CoCa cOLa pula digemari oleh para perawan dan semua wanita yang sensitif akan bentuk dan berat badan masing-masing. Setiap hari bila terjaga bangun pagi, papan mizan mesti dipijak dulu untuk melihat dan merekod berat badan agar minda tidak stressss lantaran terdapat tanda-tanda kegemukan. Ukuran lilit 3P amat dijagai supaya terurus agar tidak membentuk puah pir ranum bagi kaum wanita dan rupa nangka boyak untuk lelaki. Bagaimana Islam menanggapi isu kesihatan jasadi adalah suatu persoalan pokok yang perlu dikupas dengan jelas. Pertama-tama kita perlu bertanya beberapa isu penting :
- apakah hak badan ke atas diri kita?
- badan yang sihat, tegap/tampan/langsing digunakan untuk apa?
- perawakan yang menarik dan kemas untuk menawan siapa?
Islam memerlukan pemuda dan pemudi serta seluruh pendokong Deen yang sihat dan kuat tubuh badan, bukan lembik macam papedom masuk angin. Justeru badan kita mempunyai hak ke atas diri kita supaya dijagai dan diberi makanan serta minuman yang halalan toiyiban. Kemudian badan mestilah pula dicergaskan dengan riadah secukupnya sepanjang kehidupan. Selepas itu badan yang sihat dan tegap itu dipergunakan untuk berubudiyah kepada Allah SWT secara total di sepanjang perjalanan hidup menuju akhirat. Lantas seterusnya perawakan dan watak yang hebat menarik dan karimah pula digunakan bagi melaksanakan tuntutan mengajak orang lain yang berada di sekeliling kehidupan kita untuk beriman dan mentaati Allah dan mendapat mardhotillah.
Ayuh! Sukatlah berat badan anda dan pada masa yang sama ukurlah pula apakah timbangan iman dan ibadah anda. Gemukkah ia atau kurus muluskah dia? Seandainya kurus mulus macam ikan tamban kering, apakah perancangan kita? Jangan hanya asyik melihat tubuh, tetapi lihatlah juga apa yang tubuh telah lakukan dan buat sepanjang hayat yang Allah pinjamkan dan setiap 24 jam bagi hari-hari yang berikutnya kita berada di bumi Allah ini. Mihrab kita berada di mana-mana saja - rumah, kantor, ladang, sekolah, taman rekreasi, pantai, dusun, bendang, huma, pesawat hatta setiap yang bernama ruang @ space ciptaan Allah SWT. Apakah Allah telah redha dan puas hati dengan ubudiyah serta kerja-kerja Islam kita? Atau kita laksana manusia yang Allah gambarkan dalam Surah at -Takaathur yang sibuk berlemus mengaut kekayaan dan harta dunia dan melupai taklif rabbani iaitu mengajak manusia berbuat kebajikan@makruf dan mencegah kemaksiatan dan kemungkaran. Jadi kalau kita selalu sibuk melaksanakan kerja-kerja ini, jangan risaulah tubuh badan insyAllah tetap langsing dan tegap menarik dan terhindar daripada penyakit zahir dan batin. Karena banyak lemak di pinggang, perut, pinggul, peha akan terbakar bersama terbakarnya maksiat dan mungkar yang terkena sentuhan para dai'e dan dai'eyah yang rakus mencari pahala dan nikmat syurgawi.
Kebangkitan manusia selepas tidur yang lama dalam kubur adalah penantian selama 40 tahun masa akhirat sangat melelahkan dan diselubungi ketakutan yang amat. Sambil berdiri bogel mendongak ke langit menanti hisab di mizan, masing-masing tidak terlintas di hati hendak melihat ke bawah atau kiri kanan karena kecut, kaget dan moyok takut kepada hasil timbangan kegiatan/kerja/aktiviti duniawi dahulu. Allah SWT tidak ukur lilit mana-mana bahagian badan kita. DIA hanya menilai perkara berikut:-
1. fikrah Islam - sama ada sahih dan salimah
2. ibadah - sahihah tanpa bida'ah
3. harta/kekayaan - diinfaq dan dibelanjakan untuk pembangunan Islam dan kemaslahatan
ummah.
4. badan dan jiwa - digunakan untuk dakwah dan tarbiyah diri sendiri, ahli keluarga, anggota
masyarakat yang berinteraksi dengan kita secara langsung atau tidak langsung.
Justeru walaupun wajah kita cantik, tampan dan menawan dengan konfigurasi yang cukup hebat lantaran peka dan selalu jaga diet dan riadhah, statistik komponen ini tidak termasuk dalam final CgPa semester akhir hayat kehidupan. Aduhai jagalah badan dan jagalah iman dan amalan Islami kita. Mudah-mudahan sejahteralah kehidupan di sana!

Nah... fikir-fikirkan. Wallahu'alam.
1 Mac 2011
0 comments:
Post a Comment