MaNuSiA dengan segala potensi, kebolehan dan kemampuan yang dianugerahi Allah berupaya
melakukan tindakan sama ada bersifat positif @ negatif, maaruf @ mungkar
semuanya adalah bertitik tolak di atas tahap kesedaran beragama masing-masing. Peringkat
kesedaran beragama adalah tergantung kuat kepada sejauhmana seseorang itu meletakkan dirinya dalam milieu
tarbiyah untuk mencungkil kecenderungan semulajadi beragama seperti terungkap
dalam Surah Al ‘Araf: 172 “Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab betul dan kami
mempersaksikan”. Akan tetapi malang
bagi manusia yang malas berfikir, malas berdiskusi subjek yang berat
terutamanya mengenai hakikat kehidupan dan perancangan hidup selepas mati,
melihat dunia ini adalah segala-galanya. Maka setiap detik kesempatan dilibas
dan ditelan macam buaya yang tak berlidah. Semua benda dirasai enak walaupun
maksiat yang busuk bak bangkai, lantaran tekak dan perut serta di bawah perut tak
mengenal halal haram.
Inilah yang digelar
kejahilan totok terhadap Allah SWT – manusia jenis ini merasai ia
tercipta tanpa pencipta, keupayaan dan kekuatannya adalah kepunyaannya mutlak,
tiada campurtangan mana-mana kuasa, sama ada dalam alam atau di luar alam. Lalu
keberhasilan kerja yang dilakukan tiada lain daripada dirinya sendiri yang menentukan kejayaannya. Ia melupakan dan menidakkan bahawa Allah lah
yang telah membantunya melakukan hal itu.
Maknanya bahawa kejahilan terhadap Allah merupakan
salah satu faktor penting yang menjerluskan seseorang kepada mempercayai diri
sendiri adalah berkuasa/berwibawa/berpengaruh dalam menetapkan
terjadi@berlakunya sesuatu. Dalam hal ini Allah tidak mempunyai tempat dan
peranan dalam menentukan @ mengizinkan terjadinya keberuntungan, keberhasilan
dan memberi taufiq. Manusia seperti ini selalunya akan merasa kagum terhadap
sesuatu yang ia tidak memiliki peran terhadap keberadaannya.
Sesungguhnya solat yang kita tunaikan, puasa yang kita
jalani, zikir yang kita amalkan, doa yang kita lantunkan, infaq dan sedaqah
yang kita keluarkan serta amalan soleh lain yang kita lakukan, terjadi karena
anugerah dan izin serta pertolongan Allah SWT. Allah adalah sumber segala
kebaikan yang kita lakukan. Dialah yang memberikan kita seluruh faktor bagi
menjadi@ merealisasikan sesuatu perkara dari detik ke detik. Jika Allah mahu, Ia berkuasa menghalang sesuatu
itu daripada berlaku. Begitulah jua dengan kejahatan, ia terjadi di atas proses
@ sunnatullah yang sama, namun bezanya kejahatan itu adalah pilihan manusia atas
aqal yang Allah bekalkan, bukan anjuran Allah, dan manusia mesti
bertanggungjawab atas perlakuannya.
Penafian manusia atas maksud dan kenyataan di atas
adalah satu bukti kukuh dan jitu bahawa berhala masih tersimpan kukuh dalam
dalam diri manusia dan menjadi sembahan dan punca syirik yang merendahkan
martabatnya sebagai hamba yang sepatutnya patuh dan taat.
Wallahu’alam
21 November 2010