Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

RESIPI UNTUK BERAMAL SOLEH

Amal soleh = amalan baik dan diterima @ diredhai Allah. Tapi ramai manusia sukar untuk menghasilkan amalan baik berbanding amalan tholeh. Kenapa begitu? Sebabnya amalan baik memerlukan seseorang itu memiliki hati yang beriman kepada Allah swt. Dan amalannya itu hanya tertuju kepada mencapai the pleasure of Allah. Inilah kayukur yang membezakan amalan kebajikan yang soleh dan yang tidak soleh. Satu amalan > mahu menunjuk-nunjuk dan mendapat perhatian dan akreditasi manusia. Satu lagi amalan > hanya tergantung niatnya kepada keredhaan Ilahi. Begitulah benchmark antara amalan soleh dan tidak soleh.  Justeru, jenis-jenis amalan yang tertera di atas itu menjadikan seseorang sama ada berakhlak karimah [mulia] dan mahmudah [terpuji] atau berakhlak bejat. Akhlak karimah dan mahmudah harus memenuhi 2 syarat :-
            
            i.   sesuai dengan syariat@tuntutan agama, dan
           ii.   terniat hanya sanya untuk mencapai redha Allah.

Contohnya seorang guru mengajar para muridnya dengan penuh kesungguhan dan bertungkus lumus mendidik mereka agar menjadi manusia  cerdik dan beradab, sehingga muridnya hormat  dan sayang padanya. Hormat dan kasih sayang yang diperolehi itu adalah balasan kedua daripada Allah setelah ia diberi pahala atas sebab keikhlasan amalan tersebut kerana Allah. Berbanding dengan seorang guru lain yang fokusnya mahu meraih rasa hormat dan kasih sayang daripada muridnya dengan amalannya yang dipamerkan secara bersungguh, namun kesungguhan itu tidak dinilai Allah lantaran ianya tidak berlaku dalam rangka mencari redha Allah.

Amalan adalah buah iman. Oleh itu amalan soleh = terhasil daripada iman yang benar kepada Allah. Kalau begitu bagaimanakah kalau seseorang itu mendakwa dirinya beriman tetapi hatinya tidak tergerak untuk buat perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan perilaku sosialnya buruk? Itu namanya angan-angan @ impian saja. Bak kata ramai orang "hati mau baik ber!  Amalan perkara lain lah!" Hati baik sahaja tak cukup. Kebaikan hati itu mesti ada guna dan manfaatnya. Jika tidak hati itu tiada nilai langsung - di sisi manusia pun tiada nilai, apatah lagi di sisi Allah. Inilah yang digelarkan kehidupan yang kosong makna dan jenis perniagaan yang rugi [tabur]. AWAS !... pemicu yang merangsang munculnya amalan soleh dan perilaku Islami = Tarbiyah Ruhiyah.

Wassalam, jumpa lagi!
 

0 comments: