Manusia dilahirkan kerdil dan dalam serba kelemahan. Ketika bayi ia tidak memiliki apa-apa, sama ada aqal, fikiran, tenaga, ilmu, kemahiran dsbnya. Pokoknya ia lemah tak bermaya. Beransur-ansur selepas itu jasadnya membesar, otak dan fikirannya berkembang sedikit demi sedikit. Namun kefahaman terhadap dirinya, alam sekitarannya, maksud kehidupannya dan bagaimanakah akhirnya kehidupan manusia, ia tidak tahu dan tidak pasti. Justeru anak manusia ini perlu dan wajib diberitahu arahtuju dan makna kehidupannya supaya ia tidak sesat dalam mencari kebenaran dan makna kewujudan.
Tarbiyah@pendidikan adalah alat atau jalan yang satu-satunya berupaya memperjelaskan malah menyelesaikan persoalan asasi di atas agar langkah perjalanan manusia tidak tersasar. Ia juga merupakan pendekatan berkesan untuk membina apa jua bangsa di dunia ini untuk menjadi ummah yang cemerlang dan berakhlak tinggi. Manusia tidak dikira maju atau bertamaddun sekadar pandai membina bangunan mencakar awan tapi akhlak menyembah bumi. KIta perlu insaf bahawa akhlak terpuji dan mulia tidak lahir secara kebetulan. Pembentukannya mesti melalui proses pendidikan/pengasuhan/pentarbiyahan yang betul dan terancang.
Dalam alam binatang, harimau, gajah, babi, beruk dan lain-lain akan melahirkan anak masing-masing tanpa perlu melalui proses pendidikan untuk menjadi atau memiliki sifat kebinatangan mengikut jenis induknya. Anak harimau, gajah, babi dan beruk tetap dengan perangai dan tabiat masing-masing tanpa menyimpang sedikitpun daripada ketetapan Allah swt . Semuanya tunduk kepada iradah Allah dan menjadi muslim sepanjang hayat. Mereka berkeadaan demikian kerana Allah membekalkan mereka dengan naluri kebinatangan sesuai dengan tugas dan peranan yang diberikan.
Berbeza dengan haiwan, kita dikehendaki menjalani kehidupan yang lebih kompleks. Ada tanggungjawab khusus semasa hidup di dunia sebelum dijemput ke pusara. Kita didatangkan ke sini bukan untuk mengumpul harta, main-main dan berpoya. Kita dipertanggungjawabkan untuk menegakkan risalah Allah dan menjadi khalifah di muka bumi serta memakmurkannya. Menguruskannya dengan peraturan yang ditetapkan Allah swt bagi kepentingan dan maslahat manusiawi serta seluruh makhluk lain yang berkepentingan tanpa melakukan kebinasaan atau kerosakan. Untuk memikul tugas yang berat ini, manusia kena memiliki ilmu dalam semua hal dan bidang. Kalau setakat belajar di sekolah > kolej > universiti dalam disiplin @ kemahiran tertentu, masih belum pantas @ layak melaksanakan tanggungjawab ini kalau tidak diisi dengan tarbiyah asas iaitu iman [mengenal diri, Allah, tujuan kejadian insan]. Tauhid rububiyah dan uluhiyah yang jelas dan mendalam adalah sangat penting dihunjamkan ke dalam jiwa manusia sejak kecil supaya apabila besar ia tidak menghadapi krisis makna diri dan krisis makna hidup.
Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah = pengasuhan = penjagaan = bimbingan = tunjuk ajar. Berdasarkan takrifan ini dapatlah difahami bahawa proses mendidik itu mesti berlaku secara teori dan praktikal, hatta berterusan sepanjang hayat, bagi membentuk peribadi/individu/kumpulan yang menerima Allah sebagai Pencipta (rububiyah) dan Penggubal Peraturan Hidup Manusia (uluhiyah) tanpa syak dan ragu.
Ciri-ciri Tarbiyah Islam

- bersifat Rabbani yakni bersumberkan al Quran, Sunnah Nabawi, Sirah Rasulullah saw dengan para Sahabat yang lahir daripada tarbiyah baginda.
- memfokus kepda seluruh aspek diri manusia secara seimbang : fizikal, ruhani dan mental.
- bersifat maidani waqi'i yakni terlahir dalam kehidupan realiti secara amali.
- berasaskan model @ uswah Rasulullah saw
- dilaksanakan dalam biah @ milieu hasanah yang merangsang nilai-nilai Islam yang hidup dan dinamis.
- pendidikan dilakukan oleh murabbi/guru yang memiliki sifat-sifat murabbi sebenar.
bersambung ......