Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

PERIHAL PENCURI BERMOTOSIKAL

Sebaik saja memparkir kereta di depan sebuah pasaraya selesai solat Zohor di masjid, terdengar jeritan kuat perkataan "Pencuri... Pencuri....Pencuri" daripada penjaga kaunter pasaraya. Situasi menjadi gamat. Ternampak kelibat seorang pemuda sedang bergegas dengan bakul penuh barangan berlari-lari pantas ke arah motorsikal yg sedang menantinya dengan enjin sedia hidup oleh rakannya. Aku sempat merenung memerhati gelagat 2 anak muda ini untuk memastikan apakah gerangannya. Pencurikah atau Pembelikah dia? Motorsikal terus dipacu dengan gaya spontan laju, membelok dan langsung menghilang. Si perempuan kasir pasaraya masih terjerit-jerit dan terus meluru ke arah motorsikalnya dengan harapan mahu menyusul dari belakang mengejar si pencuri tadi. Namun lantaran geramnya yg tak terkawal lututnya menjadi ketar lalu motor yg hendak ditongganginya melurut jatuh perlahan ke atas badannya. Ia dipapah naik ke pasaraya dalam nafas yg bercelaru sesak untuk ditenteramkan.

Begitupun pantas aksi lakonan mencuri itu berlaku, aku sempat melihat nombor plat motorsikal dan memberitahu pihak pengurusan pasaraya supaya menghubungi polis, mana tahu ada rezki dapatlah cekup bebudak muda nakal tadi.Soalnya kenapa mencuri ala ragut mengaut bahan makanan dari pasaraya? Umur pemuda yg terlibat dalam lingkungan hujung 20an bangsa sawa matang. Dalam kemelut dan kemacetan ekonomi dunia, manusia darjat proletar terdedah kepada kelaparan dan kekempisan perut ini membuat ia berani buat apa saja untuk mengisi tembolok agar bisa menyambung nafas ke hari esok. Atau karena golongan borjuis tak menghiraukan orang marhaen sehingga mereka benci dan dendam lantaran kekayaan terlonggok sebelah pihak dan sepihak lagi menjadi mustadh'afiin.  Perkara ini pernah disebut oleh Prof. Amy Chua dalam bukunya 'World On Fire' tentang betapa berdendam dan bencinya  anak pribumi melihat kekayaan melimpah ruah kaum @ golongan pendatang  membolot ekonomi  negara mereka. Sedangkan anak pribumi terhegeh-hegeh mahu hidup dan menghirup udara nyamanpun sangat payah lantaran himpitan dan  persaingan yg keras. Peratusan manusia yg besar tembolok begitu kecil dan persentil dari kalangan kaum primordial yg kempis perut sangat besar.

Namun begitu, hati dan titik mata saya melihat dari sudut berbeza. Manusia beriman dan berakhlak w/pun lapar dan derita tetap punya harga diri. Mereka hanya menerima bantuan pada saat kritikal antara hidup dan mati. Lainlah kalangan mustadh'afiin yg tak ada haluan hidup dan hanya melihat kepayahan dan kefakiran dalam ukuran materi duniawi. Sedangkan kegawatan dan ketempangan dalam kehidupan akhirat sebenarnya lebih daruri untuk diambil perhatian dan difikirin sebelum sesuatu perbuatan, lakonan & geraklaku dibiarkan terjadi. Anak muda usia 20an yg melarikan barangan pasaraya pada hemat saya tak sampai nilaian RM40.00. Tetapi itulah harga diri pemuda masakini, sangat miskin iman, dhaif ketrampilan, kefakiran usaha - tapi mahu hidup senang bergaya macam LOrd of The Rings. Jasad yg nampak tampan dan berkudrat tidak dipakai untuk bekerja menghasilkan rezki. Kalau sekadar ,hendak mententeramkan perut Insya Allah boleh saja. Selepas itu perlu disusuli dengan bermunajat  meminta tambah rezki daripada Tuhan sebab Zat yg di sembah tidak bankrup seperti sangkaan dan ejekan kaum yg mendabik dirinya terpilih iaitu Bani I-S-R-A-eeL. Bandingkanlah kegawatan ekonomi yg terbit daripada kelicikan manipulasi para pemain@pendokong kapitalisme dengan  keruntuhan ekonomi Palestina yg dikepung si bangsa laknatullah dengan kerjasama konco-konconya. Kita difahamkan mereka sedang menanam rumput sebagai persediaan menghadapi musim sejuk guna buat santapan menyambung nafas perjuangan menentang kekejaman. Kekentalan perjuangan ini tumbuh karena iman yg disemai dlm setiap baitul muslim. Anak-anak kecil mereka tidak merasa perlu untuk meminta w/pun derita jasad dan perut kosong. Mereka izzah dengan kelaparan dan dugaan ujian Allah karena mereka dididik untuk melihat dengan jelas syurga yg dijanjikan Tuhan Semesta Alam kepada pejuang serta syuhada yg ikhlas kehidupannya dan bermatlamatkan keselesaan dan keseronokan Ukhrawi.

Masjid, surau dan musolla sepi daripada kehadiran golongan muda kecuali sedikit yg masih berjurus dan fokus kemenangan akhirat w/pun masih mengendong dunia. Yang ramai mengunjungi tempat-tempat tersebut adalah kalangan pensiunan. Saf yg memenuhi jalur pertama hingga ketiga semuanya sebaya tua. Lutut sudah berbunyi kriuut karena athritis sudah menyerang rawan dan bendalir pada tempurungnya sudah hampir kering. Kata seorang doktor perubatan - orang kita kekurangan good oil yg bisa menggantikan bendalir yg kian lupus karena gaya hidup serta kandungan pemakanan yg tidak sihat. Inilah senario rata-rata tempat ibadat dalam masyarakat kita sekarang. Golongan pelapis muda sangat segelintir mungkin satu hari nanti tak cukup bilangan untuk mengambil alih pengurusan dan pentadbiran masjid dan surau di desa dan taman perumahan. Apalagi pengurusan jenazah - lagi teruk dan pening kepala memikirkannya. Kesengsaraan masyarakat yg digambarkan ini sudah mulai menjelma dan berlaku di sana sini - mungkin satu ketika nanti ada usahawan mahu menangkap kontrak pengurusan fardhu kifayah. Justeru, anak muda perlu mampir ke masjid/surau/musolla. Belajar mencintai agama dan majlis ilmu. Mohon kekayaan daripada Allah swt dengan menjaga solat awal waktu berjamaah, solat sunat dhuha untuk menarik rezki keluar dari perut bumi, dasar lautan hatta langit yg berlapis-lapis dengan seizin Pencipta Sarwa Alam dan Pemberi Rezki Sekalian Makhluk. Tidak perlulah bergadai maruah menyambar sekeping roti kering milik orang lain. Ayuh pemuda!  Bangkitlah daripada tidurmu yg sangat nyenyak. Anda boleh mengubah diri anda, jika ada kemahuan yg kuat.

Wallahualam.




MARI MENGUKIR CINTA

WAHAI Generasi Muda tiang negara dan harapan bangsa. Anda adalah harta yg sangat bernilai untuk pembangunan dan kebangkitan  Islam. Anda adalah tenaga yg berpotensi dan kuat untuk menjadi benteng menahan terjahan dan penembusan anasir jahat dan kotor dari budaya Barat yg melampaui batas Allah swt. Seandainya anda rosak dan sirna akhlak, senang dan mudahlah musuh agama anda menawan kubu anda tanpa perlawanan. Sebabnya anda telah hilang kekuatan : kekuatan aqidah, iman, jasad, ruh, aqal dan ilmu. Anda sudah jadi mandom, lembut macam papadom, hilang halatuju, tiada ghairah berjuang dan bersaing lantaran terbius oleh dadah@arak@sundalan@hiburan murahan penjana dosa, maksiatan, lepakan jalanan, filem dan wayangan yg diselit unsur liberal, bebas pergaulan@seks rambangan. Waduh! macam-macam caca marba keseronokan jasadiyah yg meletihkan kalam untuk berkata-kata. 

KETAHUILAH, jauh terperosok dalam lubuk jiwa anda ada sebutir permata berharga belum tergilap. Ia perlu cungkilan Murabbi dan Dai'e yg tak tahu erti letih dan putus asa. Carilah mereka ini yg mempunyai hati ikhlas dan budi yg luhur mahu bekerja karena mengharapkan keampunan dan redha Allah. Pada mereka anda akan dapati kelembutan dan kejernihan jiwa yg menunggu untuk mengusap kesengsaraan batin yg tidak puas dan haus ketenangan dan kedamaian - akibah kecelaruan dan kerakusan hidup.

KETUKAN pintu fitrah dengan siraman air hidayah Allah adalah penawar paling manjur mengubati jiwa. Anak muda bersalah karena tidak berusaha mencari cahaya petunjuk. Para dai'e bersalah karena tiada menjenguk mereka dan memberikan cinta yg lahir daripada kecintaan terhadap Rasulullah saw dan Allah swt. Petunjuk dan hidayah terdapat di masjid; nur ajaran Rasulullah ada di masjid; sirah nabawi pun juga begitu. Ayuh! Marilah menyemai dan mengukir cinta sejati terhadap Zat Maha Agung yg paling menyayangi dan mengasihimu melebihi ibu bapamu atau cewek@cowokmu. Ukirlah cinta ini di atas batu syahadah agar berkekalan sampai ke penghujung hayat dan tidak terpadam oleh cinta-cinta monyet, uda @ dara atau sebarang bentuk cinta duniawi lainnya. 


WARUNG kopi, kelab eksklusif dangdut & karaoeke dll bukan tempat yg cocok dan kondusif mencari ketenangan. Hadirlah diri dalam pergaulan yg baik dalam rumah sendiri dan lingkungan masyarakat. Jangan menjauhkan diri dari pergaulan iman sehingga menjadi terasing dalam suatu alam yg lain. Sekiranya generasi muda harapan bangsa terus menerus dalam keadaan kelalaian, ia akan bertukar menjadi ancaman dan bahaya yg sangat besar kepada keseluruhan kehidupan masyarakat manusia dan agama Islam. 

BANGKITLAH dari kelenaan dan celiklah seluas mata memandang - nescaya anda akan dapat melihat lambaian Allah swt memanggil anda untuk datang bersimpuh di hadapanNYA memohon dakapan keampunan yg masih melimpah untuk membasuhi dosa nista dan mensucikan anda. Nescaya anda akan tegak kembali memikul taklif dan pertanggungjawaban yg selama ini ditinggalkan karena terpikat dengan ajakan musuh-musuh anak Adam yg mengelilingi kehidupan.


Wallahu'alam

TIPOLOGI GENERASI MUDA MASAKINI

Menurut Dr. A’idh al Qarni, terdapat 2 jenis @ tipologi anak muda dalam masyarakat masa kini iaitu :-

  • i. tidak pernah hadiri ceramah agama/majlis ilmu/menjaga solat 5 waktu berjamaah tetapi masih terdapat sisa iman yg malap jauh tertanam dalam lubuk qalbu yg perlu dicungkil dan digilap kembali.

  • ii. sesat dan menganggap agama kolot/lekeh/menyampah – iaitu mereka yg memerdekakan diri daripada Islam.
Golongan yg pertama masih bisa diajak untuk mengingati semula wa’ad pertama di alam ruh antara mereka dengan Allah swt “ Bukankah Aku Tuhan mu? Lalu mereka menjawab, Ya! Kami mempersaksikan.” Al A’raf:172. Kesaksian awal mula di alam ruh sebelum dihantar ke dunia dimaterai oleh semua manusia tanpa kecuali. Problemnya bila sudah mendarat di dunia melalui kapsul rahim ibunda, covenant ini dilupai. Ia dilupai atau terlupa atas sifat insani iaitu lalai dan masyghul dengan perkara duniawi. Golongan ini jika ditanya apakah anda Muslim dan mencintai Rasul dan Allah, mereka akan menjawab Ya tetapi tiada bukti nyata sama ada dalam perlakuan atau aktiviti harian. Golongan ini punya kesukaan duduk-duduk lepark di jalanan, bergrombolan dan memiliki gang masing-masing atas kecenderungan yg sama, ketagihan rokok, bergadang, berpleseran, tertawa terbahak-bahak, meminati muzik picisan serta majalah porno pemangkin dosa dan kelalaian lain yg mubah. Penampilan diri digayakan dengan apparel jeans lusuh koyaks rabaks di lutut @ paha, berambut panjang mengerbang/bertocang ala sunnah Hippies tahun awal 70an. Ashabul Woodstock 70an ini masih ada dan semakin mekar berkembang dalam taman-taman yg ibu bapa mereka giat menghadiri halaqah @ usrah. Pimpinan dan bimbingan yg diberikan menerusi halaqah keluarga dan institusi sekolah  terpilih mengandungi anasir tarbiyah tidak berdaya menahan rempuhan air banjir busuk Barat yg penuh dengan karat dan rawasib JaHiLiyyaH.

Apakah daya para murrabi dlm kalangan ibu bapa yg prihatin pun telah menjadi tempang kakinya diterjah pengaruh menggunung dan membuak sekitaran dan kawan sebaya yg menjadi rujukan utama anak-anak muda. Sedangkan mereka tidak sedar mereka sedang menjadi sampah sarap yg sedang berhanyutan dalam air banjir busuk yg sangat deras untuk dibuang dan diapungkan di samudera luas yg melemaskan. Kata Dr A’idh al Qarni lagi, "...akan tetapi mereka masih memiliki fitrah. Di lubuk hati mereka yg paling dalam masih terukir kalimat Syahadah. Ketika kepala mereka keluar dari perut ibu mereka menuju permukaan bumi ini, masing-masing membawa Tawhid = keesaan Allah swt. Jadi kita perlu berbicara dengan fitrah mereka yg masih terpatri dalam diri mereka dengan Mengajak Mereka Mengukir Cinta Kepada Allah dan Rasulullah saw. "  Justeru, para ibu bapa janganlah membiarkan pintu fitrah anak diketuk terlebih dulu oleh orang lain yg tak mengenal agama dan tiada fikrah. Ketukan pertama hingga ke saat akhir kematian kita hendaklah dilakukan oleh kita sendiri tanpa membiarkan mereka diwarnai sesuka hati oleh anasir-anasir perosak adab dan akhlak serta jatidiri Islami.

Wallahu’alam

DUNIA INI SEMPIT BUKAN KARENA PENDUDUK RAMAI TAPI KARENA AKHLAK MANUSIA YG BEJAT

TERASA sangat gelisah berada dalam mana-mana komuniti manusia di manapun penjuru dunia sekarang ini, ujar seorang ustaz semasa berceramah tentang Isra' Mi'raj Rasulullah saw. Katanya lagi, kehebatan Rasulullah saw ke atas sekalian para ambia adalah karena sifat ubudiyahnya. Baginda ialah seorang 'Abdu yg hebat dan memiliki akhlak yg tinggi bagai Al Quran berjalan menurut Sayyidatina A'isyah. 

AKHLAK adalah qadhiyah @ persoalan utama manusiawi. Misi Rasulullah saw datang ke dunia adalah untuk memberi dan memperbaiki akhlak dan adab kepada manusia. Akhlak yg baik tidak tumbuh secara automatis. Ia perlu disemai, dibajai, dihidupkan dalam sekitaran kondusif tanpa kebejatan perlakuan dan keperangaian individu@masyarakat. Maknanya semua anggota masyarakat mesti ada nilai agama dan mengamalkannya tanpa kecuali. Sebab itulah Rasulullah saw dibawa mengadap Allah swt di Sidratul Muntaha untuk menerima SOP bagi merawat ruh manusia. Ruh kena dirawat untuk menghasilkan akhlak yg jamilan. Jadi kebejatan akhlak manusia dewasa ini adalah lantaran ruh yg gersang dan tandus daripada nilai agama. Kecuali Karl Mark bapa Komunis yg benci agama dengan mengatakan bahawa Agama adalah Candu. Dia  menyangka agama itu macam candu yg digemari orang-orang Tiongkok semasa Barat menyerang Benua China dan membahagikan  negara tersebut kepada jajahan takluk masing-masing dikenali dlm sejarah sebagai [the cutting of watermelon]. Candu berperanan untuk mengkhayalkan orang China dan menjadikan mereka tidak peka dengan apa yg berlaku. Pada beliau, agama pun sama mengkhayalkan manusia kononnya  -  tak layak diguna atau diamalkan dalam kehidupan karena ia memundurkan dan melemahkan manusia lantaran pergantungan kepada Tuhan. Kemudian datang pula ideologi sekularisme menghalau Tuhan keluar dari alam ini. Jadi dunia dikosongkan daripada Zat Maha Agung Pencipta Alam Raya. Kesannya unsur ghaibiyah seperti Tuhan, Malaikat, Syurga, Neraka, Akhirat, Dosa, Pahala dsbnya dilupuskan daripada minda dan kamus kehidupan. Yang wujud adalah manusia dan alam benda, tiada lagi alam malakut! 

JUSTERU ketiadaan ikatan manusia dengan unsur ghaibiyah inilah yg menyebabkan manusia telah bertukar menjadi binatang. Solat yg dibawa spesial dari langit terus ke bumi untuk membina ruh sudah dianggap lekeh dan tiada nilai tambah apa-apa kepada manusia. Sedangkan solatlah yg mengasuh dan menjana kebagusan batin yg memancarkan perilaku soleh dalam kalangan manusia.  Ia mengangkat diri insan setakah demi setakah mencapai taraf kehambaan yg tinggi di sisi Allah bagi setiap perlakuan solat yg kita hadapkan  kepada Nya dengan tulus ikhlas. Hatta apabila solat diremehkan dan ditinggalkan,  kebejatan dan kebobrokan akhlak menjadi fesyen hidup. Apabila kefasadan akhlak sudah sampai ke puncak kesirnaan, maka kepunahan itulah yg menyebabkan dunia ini kita rasa sempit karena di sana sini dan di merata tempat sudah hilang keindahan kehidupan, kedamaian  suasana, kesyahduan pemandangan, kenyamanan rasa dan keamanan jiwa. Mata kita tidak lagi merasai kesejukan penglihatan. Dada kita akan terasa sangat sempit, sesak, terjepit  dan terhimpit dengan kepanasan kepalsuan hidup yg sesat yg mengagungkan budaya sensate, hedonistik, permisif dan terlepas daripada hidayah dan rahmat Allah swt.

Wallahu'alam






SI AYU BERAMBUT PANJANG MAYANG MENGURAI

Sewaktu melabuhkan punggung di kerusi pada satu sudut di kafe mamak, mata mengimbas seluruh pemandangan hadapan. Kelihatan  sebuah meja di sisi kanan, duduk  3 insan di kerusi masing-masing sedang menikmati santapan pagi. Sambil menunggu pesanan siap, mataku melirik memerhati dengan cermat penghuni meja tersebut. Seorang wanita bertudung bawal dengan busana hitam menutupi seluruh tubuh. Seorang lagi berbaju T kumal dan bercelana kusam dengan rambut lurus panjang hingga ke pinggang, membelakangiku.  Bersama mereka seorang anak berumur 8 tahun.

Si anak ini bermain-main sambil makan dengan telatah keanakannya. Sesekali ia memanggil abah kepada  salah seorang daripadanya. Aku membuka mata merenung yg mana satu untuk kepastian. Si wanita bertudungkah atau si rambut panjang mayang mengurai. Setelah mencermati arah wajah si anak yg mengadap sambil memanggil, baru aku pasti bahawa si rambut panjang mengurai ialah walidnya dan yg bertudung pula umminya. Betapa sekarang ini krisis identitas menjadi-jadi. Fesyen rambut ekor kuda @ tocang kungfu dan rambut lepas mengerbang dipakai oleh lelaki/pria/bapa menjadi kebanggaan sesetengah qaul masa kini.  Kita akan sering terjumpa lelaki berambut fesyen ini di jalanan dan kadang-kadang  di surau @ masjid sedang solat. Naik keliru dibuatnya kalau tak diperhati betul-betul jika mahu bertegur sapa atau memasuki tempat-tempat tertentu awam, dikhuatiri tersilap entry.

 Jika disingkapi  sunnah Nabi saw untuk dibuat tanda aras setakat mana ukuran panjangnya  rambut yg bisa dipakai, maklumat yg kedapatan pada sumber yg sahih,  menjelaskan bahawa Rasulullah saw memelihara rambut mencecah telinganya. Baginda sentiasa kemas rapi menyisir rambut, tidak pula dijumpai fesyen rambut panjang sampai ke pinggul @ tocang ala kuda @ ngerbang macam orang 3/4. Apatah lagi rambut disikat berdiri tercacak macam rumput tiruk @ ala balung ayam jantan seperti yg digilai pemuda dewasa ini.  Jati diri Muslim sungguh gawat diterjah air banjir busuk dari Barat - inilah yg digelar Western Philia. Akan tetapi yg peliknya orang-orang Islam sekarang semakin phobia kepada agama sendiri. Jiwa terbius orang-orang Islam sungguh teruk - Maher Zain sebut dlm liriknya : "Don't blame everything on the West, blame it on ourselves." Kita kena salahkan diri kita sendiri kerana membuang dan mencampakkan permata bernilai Sunnah Nabawi menggantikan batu kerikil gaya hidup Barat. Yang memilih, mengikut, meniru, menyanjung dan mendokong budaya sensate Barat adalah kita sendiri.  Kitalah yg hilang keyakinan dan syuur Islami, lantaran tidak mengenal Islam, Rasulullah saw, para sahabat, ulama' muktabar dan pejuang-pejuang mutaakhirin yg telah bersusah payah mengorbankan jiwa dan raga demi membawa Islam dan mempertahankannya untuk kebaikan dan maslahat ummah.

Berbalik kepada si anak kecil tadi, dia mungkin akan bertanya ibu atau ayahnya bila ia besar nanti, "kenapakah rambut abah panjang macam perempuan @ mak nyah dan rambut ibu pendek macam boy George"? Perkara ini nampak macam isu kecil tapi di sisi Allah sangat besar. Kita telah menyalahi fitrah. Watak ibu dan ayah telah bercelaru,  kalau dilihat dari belakang nampak macam Ok tapi bila ditilik dari depan alamak gangguan gambar.  Dosa perbuatan yg menyalahi fitrah dan sunnah ini tetap dicatat malaikat dan menunggu kita di mizan Allah swt.

Wallahu'alam



 

BERWALA'KAN SOTONG KURITA

Pertembungan Jerman dengan Argentina dinujumi oleh al-Sotong. Kemudian  Belanda lwn Brazil pun dinujumi oleh si Sotong dan disusuli Jerman lwn Espanol dengan Espanol menang  w/pun tipis juga diramalkan  si Sotong, sejenis makhluk Allah swt. Seterusnya malam inipun dia hendak ramal lagi persaingan antara Belanda dgn Espana. Nujumannya sebelum ini kata orang-orang yg sangat meminati judi sebagai tepat. Si Sotong sudah  menjadi selebriti  dan  mendapat sanjungan  dlm  media massa.  Malam ini Belanda ketar lutut kerana si SoTonG kata Sepanyol menang. Pak turut daripada kalangan tahi judi dan mereka yg seangkatan dgnnya bertaruh sakan malam ini - mudah-mudahan jadi kaya. Kalau tak kaya > kayap! 

Kalau naik kayap tak ngapa. Masih bisa diubati dengan ubat yg manjur dengan IziN Allah. Yang kita khuatir @ risau adalah tentang manusia-manusia yg telah bertukar wala' daripada berimankan Allah swt kpd si SoTonG lembek tak ada kudrat. Inilah malapetaka iman manusia zaman sekarang, akademik tinggi, profesionalisme hebat, tapi jiwa lebih kerdil daripada  pokok bonsai. Pokok bonsai memanglah kerdil sebab dikemetotkan oleh manusia. Dalam kes keyakinan - krisis kepercayaan sengaja diwujudkan oleh manusia sendiri dengan mengambil  SotOng yg  serba lemah & lembek sebagai rujukan dan sandaran. Ini satu krisis ketuhanan zaman milenium abad 21 sama seperti zaman jahilyyah di mana Musyrik Quraisy buat Tuhan daripada buah kurma selain daripada batu dan kayu. Akhirnya apabila lapar dan kekurangan makanan dalam musafiran mereka mentekedarah patung kurma - Tuhan yg mereka sembah. Senario lawak dan kelakar tapi benar ini diceritakan sendiri oleh Sayyidina Omar Al Khattab r.a. 

Nonton bola bisa saja. Tapi jangan tergelincir aqidah lantaran teryakin dengan telahan si SotOng makhluk Allah yg tak ngerti apa-apa. Dalam perihal aqidah  bukan boleh main-main, bersenda gurau atau suka-suka - ia  akan mensirnakan  iman.  My God!  What a foolish thing to do. W/pun nujuman si SoTOng tepat pada malam ini, ia tetap palsu di sisi Allah swt. Kebetulan demi kebetulan tidak boleh menjadi satu yg haq @  kebenaran kerana Allah is All Knowing & All Embracing! Bukan sotong. Kalau percaya juga maka otak sotong ternyata lebih baik daripada otak manusia yg mengaku intelektual.

Wallahu'alam

GARA-GARA PEMATUHAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Semasa menghadiri perasmian Seminar Pematuhan Syariah Dalam Institusi Kewangan dua hari lalu, seorang audien bangkit bertanya sewaktu sesi soal jawab, katanya: " kita sedang bercakap tentang pematuhan syariah dalam aktiviti institusi kewangan supaya jadi benar-benar Islam agar mendapat keberkatan.  Kita difahamkan kalau dapat laba besar tapi tak berkat wang yg kita dapat laju keluar tak sempat hendak dimanfaatkan. Maknanya dapat banyak tak cukup tapi walaupun dapat sedikit memadai cukup lantaran faktor barakah suatu perkara yg tak dapat ditanggap oleh pancaindera. Tapi saya tengok tadi semasa perasmian di atas pentas, orang-orang yg bercakap hendak Islamic Compliance itulah juga yg tunjuk contoh tak comply dengan syariah apabila tanpa silu berjabat tangan dengan perempuan ajnabi." 

Saya bayangkan kalau saya kena tembak macam itu dalam kalangan umum dengan peluru senapang gajah, terasa berkecai kepala menjadi puing-puing berterbangan. Kalau sipi peluru dengan kepala dan ada peluang menyorok, entah di manakah hendak disimpan muka dan wajah lambang muruah [maruah]. Mungkin bawah kerusi atau celah kangkang sendiri lantaran tak tega mengangkat wajah mendepani khalayak. Komentar sebegini acapkali didengari dalam acara seperti ini: kerana apa? Awam telah bosan mendengar ucapan  ritualistik tanpa ruh dan kesungguhan melaksanakannya. Rakan disebelah saya menyinggung dan berkata; "brother... w/pun ada kebenarannya tapi itu menjatuhkan maruah orang. Ia boleh disampaikan secara peribadi beradab bersemuka. Jika kita aibkan orang di dunia, nanti Allah akan aibkan kita di Akhirat." Saya tersenyum mengangguk seraya menyatakan kepadanya bahawa inilah makna sekularisme. Kita bungkus dan balut  Islam dalam pakej menarik dan meyakinkan publik dan kita labelkan dengan nama timangan Islam = Bai' Bithaman Ajil, Musyaraqah Mutanaqisah, Bai' al Inah dll. Nama-nama ini semuanya baik belaka dan menghampiri pematuhan syariah secara kulli. Sentiasa dinilai semula dan dibuat penambahbaikan. 


Pokoknya apakah kita terfikir dan fahami mendalam bahawa Islam menuntut pematuhan secara tuntas @ menyeluruh @ holistik @ syamil. Bukan ambil sedikit di sana sini dalam pakej Islam yg Rasulullah saw bawakan kepada kita. Perkara @ benda yg kecil-kecilpun kita kena ambil pusing dan jangan anggap tak berdosa kalau tak patuh syariah ie. jabat tangan lelaki/wanita ajnabi; pakai seluar pendek nampak lutut semasa berjoging @ basuh kereta; pakai tudung cum T-Shirt pergi pasar @ bersantai petang di laman rumah @ menyidai kain di ampaian dsbnya. Kita rasa kecil saja dan menganggap kalaupun berdosa dosa kecil - boleh digugurkan dengan mengambil wudhu' untuk solat. Mengandaikan dosa itu laksana lalat yg hinggap di atas hidung dan bisa dihalau dengan tangan. 


Ramai lelaki dan wanita Muslim terjebak dengan kefahaman ini. Berlaku kepungan minda dan pengkulturan budaya Barat ke atas budaya Islam sehingga ramai pula yg tidak dapat membezakan yg mana kuffar dan yg mana Islamik. Proses akulturasi ini berlaku secara perlahan menerusi pendidikan di sekolah vernakular sampai ke institusi pengajian tinggi. Ia berlaku seperti dalam ujian ke atas katak yg dimasukkan ke dalam periok besar penuh air. Api dinyalakan perlahan dengan memberi haba secara beransur-ansur. Katak akan menyesuaikan dirinya dengan kepanasan beransur itu dengan selesa. Sehinggalah tiba pada satu titik di mana kepanasan amat tinggi dan katak tadi sudah agak terlewat untuk melompat melepaskan diri kerana air sudah menggelegak merebusnya sampai mati. Berlainan dengan tindakan katak yg sekiranya kita lepaskan dalam air yg mendidih ia akan cepat melompat menyelamatkan diri kerana ia tidak tega berada lama di situ. Ini bukan cerita @ tiori tetapi satu hakikat semulajadi dan fitrah manusia dan haiwan - bila dalam keadaan  aman/complacent ia dibuai khayalan dan fantasi hidup. Musuh biasanya akan menyerang dalam suasana manusia Muslim leka, lalai,seronok dan menjadi hamba kepada perut dan bawah perut. 


Justeru janganlah jadi macam katak dalam periok tadi - kena ambil tahu  dan peduli tentang pembangunan diri dan ahlul bait agar jadi Muslim totok. Prihatin jiran, sahabat handai, kawan rakan dalam qariah dan subordinat di pejabat hatta seluruh ummah di seluruh pelosok dunia tentang nasib dan kesengsaraan mereka. Kepedulian seperti ini menandakan semangat dan keimanan yg satu serta kebersamaan dlm menuju keredhaan Allah swt.


Is Allah satisfied .... is Allah satisfied ....is Allah satisfied with us ??? Inilah antara stanza lagu Maher Zain yg dilaungkan meminta ummah memikirkan Qadhiyah Islamiyah [problema, persoalan dan masalah ummat Islam] kini. Janganlah jadi macam katak dalam air panas yg syahid tanpa mendapat pengiktirafan Allah swt. Kalau macam itu, lebih baik jadi katak bawah tempurung! Betulkah begitu? 

Wallahu 'alam.