Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

BERWALA'KAN SOTONG KURITA

Pertembungan Jerman dengan Argentina dinujumi oleh al-Sotong. Kemudian  Belanda lwn Brazil pun dinujumi oleh si Sotong dan disusuli Jerman lwn Espanol dengan Espanol menang  w/pun tipis juga diramalkan  si Sotong, sejenis makhluk Allah swt. Seterusnya malam inipun dia hendak ramal lagi persaingan antara Belanda dgn Espana. Nujumannya sebelum ini kata orang-orang yg sangat meminati judi sebagai tepat. Si Sotong sudah  menjadi selebriti  dan  mendapat sanjungan  dlm  media massa.  Malam ini Belanda ketar lutut kerana si SoTonG kata Sepanyol menang. Pak turut daripada kalangan tahi judi dan mereka yg seangkatan dgnnya bertaruh sakan malam ini - mudah-mudahan jadi kaya. Kalau tak kaya > kayap! 

Kalau naik kayap tak ngapa. Masih bisa diubati dengan ubat yg manjur dengan IziN Allah. Yang kita khuatir @ risau adalah tentang manusia-manusia yg telah bertukar wala' daripada berimankan Allah swt kpd si SoTonG lembek tak ada kudrat. Inilah malapetaka iman manusia zaman sekarang, akademik tinggi, profesionalisme hebat, tapi jiwa lebih kerdil daripada  pokok bonsai. Pokok bonsai memanglah kerdil sebab dikemetotkan oleh manusia. Dalam kes keyakinan - krisis kepercayaan sengaja diwujudkan oleh manusia sendiri dengan mengambil  SotOng yg  serba lemah & lembek sebagai rujukan dan sandaran. Ini satu krisis ketuhanan zaman milenium abad 21 sama seperti zaman jahilyyah di mana Musyrik Quraisy buat Tuhan daripada buah kurma selain daripada batu dan kayu. Akhirnya apabila lapar dan kekurangan makanan dalam musafiran mereka mentekedarah patung kurma - Tuhan yg mereka sembah. Senario lawak dan kelakar tapi benar ini diceritakan sendiri oleh Sayyidina Omar Al Khattab r.a. 

Nonton bola bisa saja. Tapi jangan tergelincir aqidah lantaran teryakin dengan telahan si SotOng makhluk Allah yg tak ngerti apa-apa. Dalam perihal aqidah  bukan boleh main-main, bersenda gurau atau suka-suka - ia  akan mensirnakan  iman.  My God!  What a foolish thing to do. W/pun nujuman si SoTOng tepat pada malam ini, ia tetap palsu di sisi Allah swt. Kebetulan demi kebetulan tidak boleh menjadi satu yg haq @  kebenaran kerana Allah is All Knowing & All Embracing! Bukan sotong. Kalau percaya juga maka otak sotong ternyata lebih baik daripada otak manusia yg mengaku intelektual.

Wallahu'alam

GARA-GARA PEMATUHAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Semasa menghadiri perasmian Seminar Pematuhan Syariah Dalam Institusi Kewangan dua hari lalu, seorang audien bangkit bertanya sewaktu sesi soal jawab, katanya: " kita sedang bercakap tentang pematuhan syariah dalam aktiviti institusi kewangan supaya jadi benar-benar Islam agar mendapat keberkatan.  Kita difahamkan kalau dapat laba besar tapi tak berkat wang yg kita dapat laju keluar tak sempat hendak dimanfaatkan. Maknanya dapat banyak tak cukup tapi walaupun dapat sedikit memadai cukup lantaran faktor barakah suatu perkara yg tak dapat ditanggap oleh pancaindera. Tapi saya tengok tadi semasa perasmian di atas pentas, orang-orang yg bercakap hendak Islamic Compliance itulah juga yg tunjuk contoh tak comply dengan syariah apabila tanpa silu berjabat tangan dengan perempuan ajnabi." 

Saya bayangkan kalau saya kena tembak macam itu dalam kalangan umum dengan peluru senapang gajah, terasa berkecai kepala menjadi puing-puing berterbangan. Kalau sipi peluru dengan kepala dan ada peluang menyorok, entah di manakah hendak disimpan muka dan wajah lambang muruah [maruah]. Mungkin bawah kerusi atau celah kangkang sendiri lantaran tak tega mengangkat wajah mendepani khalayak. Komentar sebegini acapkali didengari dalam acara seperti ini: kerana apa? Awam telah bosan mendengar ucapan  ritualistik tanpa ruh dan kesungguhan melaksanakannya. Rakan disebelah saya menyinggung dan berkata; "brother... w/pun ada kebenarannya tapi itu menjatuhkan maruah orang. Ia boleh disampaikan secara peribadi beradab bersemuka. Jika kita aibkan orang di dunia, nanti Allah akan aibkan kita di Akhirat." Saya tersenyum mengangguk seraya menyatakan kepadanya bahawa inilah makna sekularisme. Kita bungkus dan balut  Islam dalam pakej menarik dan meyakinkan publik dan kita labelkan dengan nama timangan Islam = Bai' Bithaman Ajil, Musyaraqah Mutanaqisah, Bai' al Inah dll. Nama-nama ini semuanya baik belaka dan menghampiri pematuhan syariah secara kulli. Sentiasa dinilai semula dan dibuat penambahbaikan. 


Pokoknya apakah kita terfikir dan fahami mendalam bahawa Islam menuntut pematuhan secara tuntas @ menyeluruh @ holistik @ syamil. Bukan ambil sedikit di sana sini dalam pakej Islam yg Rasulullah saw bawakan kepada kita. Perkara @ benda yg kecil-kecilpun kita kena ambil pusing dan jangan anggap tak berdosa kalau tak patuh syariah ie. jabat tangan lelaki/wanita ajnabi; pakai seluar pendek nampak lutut semasa berjoging @ basuh kereta; pakai tudung cum T-Shirt pergi pasar @ bersantai petang di laman rumah @ menyidai kain di ampaian dsbnya. Kita rasa kecil saja dan menganggap kalaupun berdosa dosa kecil - boleh digugurkan dengan mengambil wudhu' untuk solat. Mengandaikan dosa itu laksana lalat yg hinggap di atas hidung dan bisa dihalau dengan tangan. 


Ramai lelaki dan wanita Muslim terjebak dengan kefahaman ini. Berlaku kepungan minda dan pengkulturan budaya Barat ke atas budaya Islam sehingga ramai pula yg tidak dapat membezakan yg mana kuffar dan yg mana Islamik. Proses akulturasi ini berlaku secara perlahan menerusi pendidikan di sekolah vernakular sampai ke institusi pengajian tinggi. Ia berlaku seperti dalam ujian ke atas katak yg dimasukkan ke dalam periok besar penuh air. Api dinyalakan perlahan dengan memberi haba secara beransur-ansur. Katak akan menyesuaikan dirinya dengan kepanasan beransur itu dengan selesa. Sehinggalah tiba pada satu titik di mana kepanasan amat tinggi dan katak tadi sudah agak terlewat untuk melompat melepaskan diri kerana air sudah menggelegak merebusnya sampai mati. Berlainan dengan tindakan katak yg sekiranya kita lepaskan dalam air yg mendidih ia akan cepat melompat menyelamatkan diri kerana ia tidak tega berada lama di situ. Ini bukan cerita @ tiori tetapi satu hakikat semulajadi dan fitrah manusia dan haiwan - bila dalam keadaan  aman/complacent ia dibuai khayalan dan fantasi hidup. Musuh biasanya akan menyerang dalam suasana manusia Muslim leka, lalai,seronok dan menjadi hamba kepada perut dan bawah perut. 


Justeru janganlah jadi macam katak dalam periok tadi - kena ambil tahu  dan peduli tentang pembangunan diri dan ahlul bait agar jadi Muslim totok. Prihatin jiran, sahabat handai, kawan rakan dalam qariah dan subordinat di pejabat hatta seluruh ummah di seluruh pelosok dunia tentang nasib dan kesengsaraan mereka. Kepedulian seperti ini menandakan semangat dan keimanan yg satu serta kebersamaan dlm menuju keredhaan Allah swt.


Is Allah satisfied .... is Allah satisfied ....is Allah satisfied with us ??? Inilah antara stanza lagu Maher Zain yg dilaungkan meminta ummah memikirkan Qadhiyah Islamiyah [problema, persoalan dan masalah ummat Islam] kini. Janganlah jadi macam katak dalam air panas yg syahid tanpa mendapat pengiktirafan Allah swt. Kalau macam itu, lebih baik jadi katak bawah tempurung! Betulkah begitu? 

Wallahu 'alam.

TATAPILAH 'ALAM DAN NIKMATILAH KEINDAHANNYA - DAN BERSYUKURLAH KPD PENCIPTANYA




Pagi tadi selepas berjalan laju [brisk walking] dengan rakan, sambil menikmati kehijauan pohon dan kesegaran bayu pagi serta bau tanah yg masih basah ditimpa hujan malam, beliau membisikkan kata-kata penggiat agama - bahawa pada tahap penerimaan kewujudan Allah oleh umur peringkat kita, kita kena mengatakan : "Allah swt wujud maka alam ini ada, bukan alam ini ada tanda wujudnya Allah swt." Ujarnya ini mencerminkan keyakinan kuat yg penuh sungguh tanpa perlu bersandar pada dalil. Kalau sebaliknya, itu tanda masih berminda anak-anakan lantaran jiwa tidak bisa menerobos jauh merentasi jendela dunia yg sempit. Tanda aqal belum mampu bebas drp kongkongan fahaman materialis. Betrand Russell seorang ahli failasuf  dlm bukunya, Why I am Not a Christian mengungkap bahawa semua benda dan tabiat masing-masing yg kita lihat dalam mayapada ini adalah hanya pernyataan [mere descriptions]. Kewujudan alam yg tertib  tersusun indah dengan peranan masing-masing mengharmoniskan kehidupan manusiawi seolah-olah tidak bisa dijadikan alasan @ hujjah bagi membenarkan keberadaan Allah tuhan sarwa alam. 

Politikus hingga kepada proletariat sampai saat ini masih keliru tentang hakikat dan makna kewujudan Tuhan penguasa alam. Atas sebab demikian mereka menilai dunia lebih berharga daripada akhirat - w/pun Rasulullah pernah berpesan bahawa orang yg paling cerdik adalah mereka yg sentiasa ingat kepada mati dan bersiap siaga menghadapinya dengan amalan soleh. Justeru kerana masa adalah kehidupan, tiap detik dan tika haruslah digunakan semaksimum mungkin untuk meraih kejayaan dan redha Allah di kampung akhirat.

Atas premis ini kita perlu terus berusaha untuk tidak mensia-siakan masa yg tersangat berharga. Tiap ketika waktu yg kita bergelumang kesibukan mesti diatur dan diurus secara bijaksana bukan sekadar bijaksini. Perbanyakkan percakapan yg baik-baik dan muluk-muluk. Gerak geri dan tutur buah kata mahu dianyam tertib menghunjam lubuk jiwa bermaksud memberi kefahaman yg benar tentang makna diri, makna kewujudan dan makna kehidupan insan. Ketiga-tiga makna inilah yg sering diselaputi kabus kejahilan lantaran kesibukan menggapai nikmat yg tidak abadi.

Burung punai terbang melayang
Datang hinggap di dahan jati
Tujuh gunung tujuh lautan
Belum dapat belum berhenti.

Pantun di atas memang kuat motivasinya. Ia amat mendorong kegigihan berusaha. Namun insan sering tergelincir karena linu-linu memikirkan mana satu yg utama w/pun para Nabi telah datang silih berganti menasihati manusia yg masih terpakai hingga kini iaitu "jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"[HR: Bukhari]. Jiwa insan tidak tegap menanggung godaan materi yg tampak giur membakar hati.

Aduhai! bilakah bila?

MARADONA : "TUHAN MAHU KAMI KE FINAL"

Penjaga gol Brasil Julio Cesar, "saya kecewa. Amat perit kerana menyaksikan pemain pulang dengan tangisan. .... saya ke sini untuk memberikan Brasil kejuaraan.... namun saya  hanya manusia biasa..."

Maradona, "Jangan bimbang. Kita akan ke final, jika Tuhan mengizinkan.." 

Demikianlah kata-kata daripada pemain dan jurulatih bola Brasil & Argentina. Brasil sedih frust menungging kerana tak dapat menerima kekalahan sebab mereka ingat mantera samba adalah segala-gala bagi menentukan kemenangan. Strategi, kemahiran individu dan taktikal di atas padang permainan adalah pembunuh lawan. Yang mengaku ada Tuhanpun sama saja, tak lebih dari ucapan lidah penyedap hati sendiri dan para pemain untuk mengurangkan stress menghadapi lawan. Tetapi sekiranya menang atau kalah dalam perlawanan, tetap Tuhan diketepikan perananNya. Tuhan tak ada campurtangan dalam menentukan kemenangan sesiapa! Tuhan yg sebenarnya adalah manusia yg mengaku adanya Tuhan! Waduh! Bingungnya ayat ini ye!


Malam ini Argentina yakin membenamkan Jerman. Maradona pun sama - yakin habis. Pasukan Jerman yg terdiri daripada umur 25an tahun pun dalam senyap-senyap bersama jurulatih Joachim Loew yakin menang juga, w/pun tak mahu berperang mulut dan banyak cakap. Pertembungan 4 tahun lalu 2006 menyaksikan pemain Argentina dan Jerman bersekali dengan pegawai-pegawai pasukannya bertinju kickboxing selepas penentuan penalti lantaran kehilangan pedoman dan tak dapat terima taqdir Tuhan! Lucukan bila kita amati telatah manusia yg bercakap tentang iradah dan taqdir Tuhan sebelum berlawan tapi selepas itu lupa akan segalanya dan mengambil penumbuk untuk meleraikan perasaan kecewa dan dendam akibat Tuhannya telah mati sementara ketika itu. 


Ayuh! Ikutilah perkembangan malam ini anak-anak Adam dari Jerman, Argentina beraksi di layar besar dan kecil termasuklah dicelah-celah kampung emak mertua  saya di Guwal Seetook.


Ramai peminat Argentina melopong ternganga membilang 4 vs 0. Satu jumlah besar penuh satu karung untuk dibawa balik oleh pasukan elite kepada peminatnya hasilan melawan Jerman sebagai pasukan underdog. Bukankah seawal lagi kita mengatakan bahawa Tuhan adalah penentu segalanya tak kira sekeras mana dan secukup mana persiapan pasukan-pasukan yg hendak berlawan. Jika Allah izin - menanglah kalau tidak - kalahlah. Kita nampak Argentina bergelut macam nak putus nafas menggelecek bola tapi tak lepas benteng pertahanan Jerman. Balun bola dari jarak jauh @ dekatpun mudah didakap oleh goalie Jerman. Pulun punya pulun sampai akhir waktu penamat - apapun tak menjadi. Inilah dikatakan BoLa - yg menguasainya serta pemain-pemainnya ialah ALLAH swt. Dia mutlak dalam menentukan mengikut IradahNYa dan apa yang diaturNYa. Manusia hanya bisa merancang dan berusaha bersungguh-sungguh dan memohon kepadaNya supaya berjaya. Kalau Dia tak maqbul - kenalah terima hakikat kekalahan dan berserah dan bersyukur padaNya. 


Maradona - impianmu tiada kesampaian karena Tuhan mu tidak mengizinkan. Nampaknya kena tunggu 4 tahun lagi kalau umur panjang.


Selamat malam. Wassalam.

ATAS NAMA SUKAN - HALAL HARAM DI LUPAKAN

JANGAN SUKA-SUKAAN semata dalam bersukan. Semua benda dan perkara yg menjadi kerja buat dlm konteks kehidupan IslamI adalah bernilai, berpahala, menyumbang dan memberi makna kpd maksud keberadaan manusia di mayapada ini.

Allah berikan kita nyawa, anggota jasad yg sempurna, otak beraqal, jiwa yg peka cenderung kebaikan, hati yg lembut menerima dan memberi kasih sayang dan cinta - adalah  nugrahan Allah swt secara gratis tetapi ada TAKLIF @ pertanggungjawaban. Free tapi tertakluk kpd AUDITAN Maha Pencipta atas segala aktiviti manusiawi - tak kira ianya seni budaya, sosial, politik, ekonomi, sukan & rekreasi - sebut saja entah apa-apa lagi tak larat hendak disenaraikan.

Ternyata dalam keghairahan melantak bola siang malam = live & replay saya amat-amati bahawa rata-rata semua pasukan beria-ria mahu julang Pi Ya La Bo La DuNiYa, satu lambang kemasyhuran duniawi, tanda aras kehebatan strategi, taktik, perhitungan, kemahiran {tipu + helah} individu pemain serta jurulatih. Semua mata yg terpaku kepada Bo La berkira-kira kalau mana-mana pasukan mahu menang, mesti hitung dan congak faktor-faktor tersebut. Hampir nol yg ambilkira faktor penentu drp Sang Pencipta para pemain Bo La dan jurulatihnya. Tak ada siapapun ambil pusing apatah lagi peduli tentang Penguasa Alam yg berkuasa menentukan siapa yg akan menang - England @tau Jerman? Paraguay @tau Jepang? Spanyol @tau Portugal? Waimapun sikaki judi dan tauke judi yg perut buncit macam bola sebab kenyang melahap habuan. Sebab apa - kerana manusia sering terlupa - mempertuhankan sesama manusia drp mempertuhankan Allah yg benar-benar agung dan mutlak dalam memberi kesan ke atas sebarang usaha. Secara halus dan lihai syaitan membisikkan kesyirikan. Buktinya, dalam situasi biasa - bola boleh disepak ke mulut gol dengan mudah, tapi kalau Allah tak iZiN ia akan melencong @tau melambung keluar daripada palang tanpa perlu diterkam penjaga gol. 

Bercakap tentang sporting spirit - sepatutnya goalie Jerman mengaku bola telah melepasi garisan gol dirembat Lampard w/pun pengadil tak nampak. Selagi manusia itu bernama manusia, tambahan pula agama dan kepercayaan itu hanya berfungsi bila datang bencana @ al- maut, penipuan menjadi Halal demi kemenangan. Justeru kita lihat atas nama kesukanan juga aurat boleh diketepikan, hubungan antar jantina menjadi harus: jurulatih lelaki bisa peluk pelatih wanita lantaran suka dan meraikan kemenangan. Doktor @ pakar terapi boleh merawat/mengurut otot pemain/pelatih tak kira halal haram. Tak hairanlah kita pernah mendengar cerita-cerita skandal macam-macam dalam pesta sukan tempatan atau luar negara. 

Sebagai seorang manusia kita belajar di sekolah dan di rumah tentang makna kejujuran @ bercakap benar. Kemana saja kita pergi dan berada, tak kira di padang bola atau di dusun malah sedang menyusuri kota metropolitan yg sendat dengan bermacam ragam manusia - insan yg bertuhankan Allah tetap mempunyai karektor yg sama dan mantap dalam setiap aksinya. Ia tetap berimankan Allah dan Hari Akhirat dan ia masih jelas tampak syurga dan neraka dalam titik pandangan matanya. Tuhan tidak Mati di satu tempat dan muncul kembali pada tempat yg lain, sehinggakan perangai dan fiilnya bisa berubah macam bunglon=sumpah2. Pendekata, ia tetap Islam @ Islamik di mana saja lantaran ia Ihsan dengan Allah swt. Sewajarnya sukan bisa membina jambatan  takruf dan mempertautkan hubungan antara anak-anak Adam di samping bersukaria bermain untuk mempamirkan kemahiran dan kekuatan masing-masing selain menyegar serta menyihatkan badan. Sukan sepatutnya mempunyai unsur mendidik akhlak yg berlaku secara natural di padang permainan, bukan sekadar membina kecergasan jasad dan mental. Seandainya sukan dilaksanakan dengan etika yg Islamik, ia juga merupakan pendidikan yg berlaku dalam suasana santai bermain. Dengan demikian mudah-mudahan kita akan mendapat manfaat duniawi dan juga  syurgawi.

Wassalam,


AL-IJTIMA'IYAH AL- BOLA-I AL- 'ALAMIYAH

Sekonyong-konyong maka tersebutlah perkataan sebuah kapal UFo terbang santai melewati bumi pada suatu malam. Terdengarlah akan makhluk UfO ini akan sorakan yang gegak gempita laksana petir membelah langit sehingga ke petala 7. Sorakan demi sorakan tali menali bagai arus deras air banjir membuak-buak tak tertahan membantai tanah dan pasir, merobek dan merabakkan apa saja yang menghalang. 

Makhluk uFo semakin hairan lalu berputar-putar mencari punca keluarnya suara itu. Mana tahu mungkin ada serangan musuh alien dari planet lain yang telah melancarkan gempurnya ke atas anak bumi@pribumi@anak jati dunia@anak Adam yang selalunya memang nisyaan [leka] dengan nikmat duniawi. Syahdan, alangkah terkejutnya mereka apabila didekati tampak macam satu kawah besar yang bujur dipenuhi manusia sedang berlari-lari mengejar sesuatu yang melantun-lanting ke segenap penjuru dituruti dengan sorakan dan jeritan serta makian diiringi paluan gendang, nafiri dan serunai - gamat menendang gendang telinga. Kalau nak tahu pitching nya cukup tinggi sampai boleh menggelegakkan tahi telinga. 

Makhluk asing ini terkedu dan terpinga-pinga bagai orang peghak masuk gelanggang. Mereka mengamat-amati penuh minat dan hairan melihat pakaian para penonton berwarna warni termasuk muka-mukanya sekali nampak berjalur & celoreng macam orang Masai, pelakon wayang Cina dan peran makyong. Bendera berbagai bentuk dan rupa berkibaran dengan lagu ala Afrique goyangan gerudi ala Inul Daratista guna untuk memuja dan menaikkan semangat bola. Bola satu-satunya itu dikerumuni dan dikejar. Bagai menikmati hidangan lazizah di atas talam besar . Inilah sekilas pemandangan  manusia sedang menganjurkan Ijtimaiyah Al Bola-i Al 'Alamiyah = Perhimpunan Sejagat Sayembara Bola.

Satu dunia terpaku lantaran bola. Satu Malaysia terpukau oleh bola. Satu masyarakat terjerit-jerit akibat bola. Satu keluarga histeria terkena penangan bola. Satu individu tersungkur di depan tV tanpa menyedari fajar sudah berlalu gara-gara tertidur dengan bola. Satu dunia mengaum bola sepanjang siang dan malam memberitakan kemenangan dan kekalahan pasukan-pasukan yang bertanding. Gema bola dan perbincangan serta ulasan hangat tentang bola berlaku di mana-mana saja. Pegawai dan staf pejabat ceritera bola, dalam kereta dan bas pun sama. Anak dara dan teruna yang baru kahwinpun terganggu tak dapat beradu awal karena gangguan bola. Tauke judi dan kaki judi bergelumang dengan laba dan rugi kerana sakan  bertaruh bola.  Impak bola dahsyat sekali. Bagai tsunami melanda, gemanya bagai mengalahkan talbiyah para hujjaj memuji Allah. Inilah bentuk ilah baru yang kalau tak diteliti dan dihalusi boleh menjauhkan manusia Muslim daripada mengingati Allah lantaran terlalu mengingati bola. Sosiologis menggelarkan football sebagai new religion justeru kekuatannya  menggembleng manusia untuk membentuk kesatuan arah bagi melakukan perkara-perkara di luar dugaan dan kesanggupan. Penyokong bola bisa merusuh, merempuh dan membakar stadium dan bermatian mempertahankan pasukan atau lantaran rasa kecewa yang amat  bila  berlaku kekalahan yang tak dapat diterima . Kelab bolasepak dan bintang-bintangnya dipuja dan disanjung laksana ilah zaman jahiliyah.  Bola nampaknya telah berupaya mengajak manusia qiam dan menghidupkan malam tanpa rasa malas dan payah. Alangkah soleh dan baiknya, jika manusia mahu berebut-rebut masuk masjid/surau/musolla kerana tamak pahala duduk di saf depan. Berjuang dan berduyun menyambar peluang untuk buat amalan baik dan kebajikan yang jauh daripada lagho sebab hendak dapat jannah kelas pertama. Kawan saya kata: macamana manusia hendak teruja berebut benda-benda yang sifatnya malakut /ghaib ? Depa tak nampak akhirat - syurga dan neraka seperti nampak bola bergolek atas padang atau duit bertimbun bila menang judi bola.


Tak mengapa kalau demam, tapi demam bola virusnya sukar ditangani kerana antidotnya tidak ada di farmasi atau hospital. Ia ada pada diri sendiri. Justeru kena pandai jaga diri supaya menguruskan kesibukan dengan cermat dan tidak lemas dalam sorak sorai kosong manusia yang telah mudah melupai mati. Akhir kata pesanan daripada penaja - jangan tercabut nyawa di depan tV karena kecewa dengan prestasi pasukan yang sangat diminati. Alahai bola .. bola ! Fikir-fikirkanlah!


Wallahu 'alam

.

PART TIME MUSLIM VS FULL TIME MUSLIM

 I overheard a friend of mine saying ... "...part time Muslim is dangerous. We have to be a full time@ full fledge Muslim in order to gain entry into jannah.

Part time by definition = not full  = partial = not complete (time). Hence part timers in a given creed is a half past six follower. Something which is incomplete is of no value. Completeness and total submission unto Allah is required after pronouncing ourselves as Muslims. So what makes a Muslim a part timer? The case in question is simple. Part timers will lead their lives as they like by not taking heed of what the Quran & Sunnah say. Just like a submarine submerging in the water from the port vanishing into the open sea, living life freely without any values to control him, only to surface when reaching the last port of call = death. This very moment he will then pick up few flotsam of Islam to give color to his long lost  Islamic creed in the hope to get blessings from the Almighty. What a shame!


This way of life is inviting trouble in the hereafter. Allah swt would want to see that His servants are true believers and pious throughout their life span. Not just becoming Muslim as printed on the ID but forsake its teachings and uphold the practices & values of kuffar. A total surrender unto Allah means that one will have to set his first step right ie. syahadatain and following that he must uphold the injunctions & sanctity of Islam - living life to please Allah swt.


It is natural that mankind is fond of fleeting life and fearing death. Why this happen? Because this worldly life has  strong under current which without continuous tarbiyah will drag one into squandering on luxurious frivolities and forget the true aim of existence. The shallow understanding and notion of hereafter or life after death further aggravates the path to jannah and will therefore  leads to living life full of sorrow and emptiness. 


So we have to check ourselves as to wether we are part time or full time Muslims. Better do it and do it now. Treat it as urgent! Wallahualam.