Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

ATAS NAMA SUKAN - HALAL HARAM DI LUPAKAN

JANGAN SUKA-SUKAAN semata dalam bersukan. Semua benda dan perkara yg menjadi kerja buat dlm konteks kehidupan IslamI adalah bernilai, berpahala, menyumbang dan memberi makna kpd maksud keberadaan manusia di mayapada ini.

Allah berikan kita nyawa, anggota jasad yg sempurna, otak beraqal, jiwa yg peka cenderung kebaikan, hati yg lembut menerima dan memberi kasih sayang dan cinta - adalah  nugrahan Allah swt secara gratis tetapi ada TAKLIF @ pertanggungjawaban. Free tapi tertakluk kpd AUDITAN Maha Pencipta atas segala aktiviti manusiawi - tak kira ianya seni budaya, sosial, politik, ekonomi, sukan & rekreasi - sebut saja entah apa-apa lagi tak larat hendak disenaraikan.

Ternyata dalam keghairahan melantak bola siang malam = live & replay saya amat-amati bahawa rata-rata semua pasukan beria-ria mahu julang Pi Ya La Bo La DuNiYa, satu lambang kemasyhuran duniawi, tanda aras kehebatan strategi, taktik, perhitungan, kemahiran {tipu + helah} individu pemain serta jurulatih. Semua mata yg terpaku kepada Bo La berkira-kira kalau mana-mana pasukan mahu menang, mesti hitung dan congak faktor-faktor tersebut. Hampir nol yg ambilkira faktor penentu drp Sang Pencipta para pemain Bo La dan jurulatihnya. Tak ada siapapun ambil pusing apatah lagi peduli tentang Penguasa Alam yg berkuasa menentukan siapa yg akan menang - England @tau Jerman? Paraguay @tau Jepang? Spanyol @tau Portugal? Waimapun sikaki judi dan tauke judi yg perut buncit macam bola sebab kenyang melahap habuan. Sebab apa - kerana manusia sering terlupa - mempertuhankan sesama manusia drp mempertuhankan Allah yg benar-benar agung dan mutlak dalam memberi kesan ke atas sebarang usaha. Secara halus dan lihai syaitan membisikkan kesyirikan. Buktinya, dalam situasi biasa - bola boleh disepak ke mulut gol dengan mudah, tapi kalau Allah tak iZiN ia akan melencong @tau melambung keluar daripada palang tanpa perlu diterkam penjaga gol. 

Bercakap tentang sporting spirit - sepatutnya goalie Jerman mengaku bola telah melepasi garisan gol dirembat Lampard w/pun pengadil tak nampak. Selagi manusia itu bernama manusia, tambahan pula agama dan kepercayaan itu hanya berfungsi bila datang bencana @ al- maut, penipuan menjadi Halal demi kemenangan. Justeru kita lihat atas nama kesukanan juga aurat boleh diketepikan, hubungan antar jantina menjadi harus: jurulatih lelaki bisa peluk pelatih wanita lantaran suka dan meraikan kemenangan. Doktor @ pakar terapi boleh merawat/mengurut otot pemain/pelatih tak kira halal haram. Tak hairanlah kita pernah mendengar cerita-cerita skandal macam-macam dalam pesta sukan tempatan atau luar negara. 

Sebagai seorang manusia kita belajar di sekolah dan di rumah tentang makna kejujuran @ bercakap benar. Kemana saja kita pergi dan berada, tak kira di padang bola atau di dusun malah sedang menyusuri kota metropolitan yg sendat dengan bermacam ragam manusia - insan yg bertuhankan Allah tetap mempunyai karektor yg sama dan mantap dalam setiap aksinya. Ia tetap berimankan Allah dan Hari Akhirat dan ia masih jelas tampak syurga dan neraka dalam titik pandangan matanya. Tuhan tidak Mati di satu tempat dan muncul kembali pada tempat yg lain, sehinggakan perangai dan fiilnya bisa berubah macam bunglon=sumpah2. Pendekata, ia tetap Islam @ Islamik di mana saja lantaran ia Ihsan dengan Allah swt. Sewajarnya sukan bisa membina jambatan  takruf dan mempertautkan hubungan antara anak-anak Adam di samping bersukaria bermain untuk mempamirkan kemahiran dan kekuatan masing-masing selain menyegar serta menyihatkan badan. Sukan sepatutnya mempunyai unsur mendidik akhlak yg berlaku secara natural di padang permainan, bukan sekadar membina kecergasan jasad dan mental. Seandainya sukan dilaksanakan dengan etika yg Islamik, ia juga merupakan pendidikan yg berlaku dalam suasana santai bermain. Dengan demikian mudah-mudahan kita akan mendapat manfaat duniawi dan juga  syurgawi.

Wassalam,


AL-IJTIMA'IYAH AL- BOLA-I AL- 'ALAMIYAH

Sekonyong-konyong maka tersebutlah perkataan sebuah kapal UFo terbang santai melewati bumi pada suatu malam. Terdengarlah akan makhluk UfO ini akan sorakan yang gegak gempita laksana petir membelah langit sehingga ke petala 7. Sorakan demi sorakan tali menali bagai arus deras air banjir membuak-buak tak tertahan membantai tanah dan pasir, merobek dan merabakkan apa saja yang menghalang. 

Makhluk uFo semakin hairan lalu berputar-putar mencari punca keluarnya suara itu. Mana tahu mungkin ada serangan musuh alien dari planet lain yang telah melancarkan gempurnya ke atas anak bumi@pribumi@anak jati dunia@anak Adam yang selalunya memang nisyaan [leka] dengan nikmat duniawi. Syahdan, alangkah terkejutnya mereka apabila didekati tampak macam satu kawah besar yang bujur dipenuhi manusia sedang berlari-lari mengejar sesuatu yang melantun-lanting ke segenap penjuru dituruti dengan sorakan dan jeritan serta makian diiringi paluan gendang, nafiri dan serunai - gamat menendang gendang telinga. Kalau nak tahu pitching nya cukup tinggi sampai boleh menggelegakkan tahi telinga. 

Makhluk asing ini terkedu dan terpinga-pinga bagai orang peghak masuk gelanggang. Mereka mengamat-amati penuh minat dan hairan melihat pakaian para penonton berwarna warni termasuk muka-mukanya sekali nampak berjalur & celoreng macam orang Masai, pelakon wayang Cina dan peran makyong. Bendera berbagai bentuk dan rupa berkibaran dengan lagu ala Afrique goyangan gerudi ala Inul Daratista guna untuk memuja dan menaikkan semangat bola. Bola satu-satunya itu dikerumuni dan dikejar. Bagai menikmati hidangan lazizah di atas talam besar . Inilah sekilas pemandangan  manusia sedang menganjurkan Ijtimaiyah Al Bola-i Al 'Alamiyah = Perhimpunan Sejagat Sayembara Bola.

Satu dunia terpaku lantaran bola. Satu Malaysia terpukau oleh bola. Satu masyarakat terjerit-jerit akibat bola. Satu keluarga histeria terkena penangan bola. Satu individu tersungkur di depan tV tanpa menyedari fajar sudah berlalu gara-gara tertidur dengan bola. Satu dunia mengaum bola sepanjang siang dan malam memberitakan kemenangan dan kekalahan pasukan-pasukan yang bertanding. Gema bola dan perbincangan serta ulasan hangat tentang bola berlaku di mana-mana saja. Pegawai dan staf pejabat ceritera bola, dalam kereta dan bas pun sama. Anak dara dan teruna yang baru kahwinpun terganggu tak dapat beradu awal karena gangguan bola. Tauke judi dan kaki judi bergelumang dengan laba dan rugi kerana sakan  bertaruh bola.  Impak bola dahsyat sekali. Bagai tsunami melanda, gemanya bagai mengalahkan talbiyah para hujjaj memuji Allah. Inilah bentuk ilah baru yang kalau tak diteliti dan dihalusi boleh menjauhkan manusia Muslim daripada mengingati Allah lantaran terlalu mengingati bola. Sosiologis menggelarkan football sebagai new religion justeru kekuatannya  menggembleng manusia untuk membentuk kesatuan arah bagi melakukan perkara-perkara di luar dugaan dan kesanggupan. Penyokong bola bisa merusuh, merempuh dan membakar stadium dan bermatian mempertahankan pasukan atau lantaran rasa kecewa yang amat  bila  berlaku kekalahan yang tak dapat diterima . Kelab bolasepak dan bintang-bintangnya dipuja dan disanjung laksana ilah zaman jahiliyah.  Bola nampaknya telah berupaya mengajak manusia qiam dan menghidupkan malam tanpa rasa malas dan payah. Alangkah soleh dan baiknya, jika manusia mahu berebut-rebut masuk masjid/surau/musolla kerana tamak pahala duduk di saf depan. Berjuang dan berduyun menyambar peluang untuk buat amalan baik dan kebajikan yang jauh daripada lagho sebab hendak dapat jannah kelas pertama. Kawan saya kata: macamana manusia hendak teruja berebut benda-benda yang sifatnya malakut /ghaib ? Depa tak nampak akhirat - syurga dan neraka seperti nampak bola bergolek atas padang atau duit bertimbun bila menang judi bola.


Tak mengapa kalau demam, tapi demam bola virusnya sukar ditangani kerana antidotnya tidak ada di farmasi atau hospital. Ia ada pada diri sendiri. Justeru kena pandai jaga diri supaya menguruskan kesibukan dengan cermat dan tidak lemas dalam sorak sorai kosong manusia yang telah mudah melupai mati. Akhir kata pesanan daripada penaja - jangan tercabut nyawa di depan tV karena kecewa dengan prestasi pasukan yang sangat diminati. Alahai bola .. bola ! Fikir-fikirkanlah!


Wallahu 'alam

.

PART TIME MUSLIM VS FULL TIME MUSLIM

 I overheard a friend of mine saying ... "...part time Muslim is dangerous. We have to be a full time@ full fledge Muslim in order to gain entry into jannah." 

Part time by definition = not full  = partial = not complete (time). Hence part timers in a given creed is a half past six follower. Something which is incomplete is of no value. Completeness and total submission unto Allah is required after pronouncing ourselves as Muslims. So what makes a Muslim a part timer? The case in question is simple. Part timers will lead their lives as they like by not taking heed of what the Quran & Sunnah say. Just like a submarine submerging in the water from the port vanishing into the open sea, living life freely without any values to control him, only to surface when reaching the last port of call = death. This very moment he will then pick up few flotsam of Islam to give color to his long lost  Islamic creed in the hope to get blessings from the Almighty. What a shame!


This way of life is inviting trouble in the hereafter. Allah swt would want to see that His servants are true believers and pious throughout their life span. Not just becoming Muslim as printed on the ID but forsake its teachings and uphold the practices & values of kuffar. A total surrender unto Allah means that one will have to set his first step right ie. syahadatain and following that he must uphold the injunctions & sanctity of Islam - living life to please Allah swt.


It is natural that mankind is fond of fleeting life and fearing death. Why this happen? Because this worldly life has  strong under current which without continuous tarbiyah will drag one into squandering on luxurious frivolities and forget the true aim of existence. The shallow understanding and notion of hereafter or life after death further aggravates the path to jannah and will therefore  leads to living life full of sorrow and emptiness. 


So we have to check ourselves as to wether we are part time or full time Muslims. Better do it and do it now. Treat it as urgent! Wallahualam.

MENGASAH KETAJAMAN BATIN, KEPEKAAN HATI & KEDALAMAN IMAN

Ruh perlu ditajami seperti sebilah pedang diasah bersiap siaga terhunus mengganyang musuh. Ketajamannya bergantung kepada sejauhmana kita memberi perhatian kepada pengasahan ruhi masing-masing dengan bahan tarbawi yang mantap, berterusan dan bertahapan supaya bertingkat kefahaman Islami sekaligus amalinya menyusul mengalir setara dengan rentak jiwa yang kian terasuh. Pembinaan ruh sebegini tidak kejut dan berlaku secara natural. Jiwa kita sempat merasai kenyamanan sentuhan nilai tinggi Islam secara lembut bagai sapuan angin malam berhembus ke wajah ayu seorang gadis. Batin menjadi semakin halus dan tajam, membuka kepekaan hati dan iman semakin terhunjam ke dalam qalbu. 

Dengan tarbiyah maka terbangunlah keyakinan, dikukuhkan iman dan motivasi terus melonjak tinggi untuk melakukan amalan soleh, hatta akhlak menjadi semakin mulia mengalir bagai air salju menuju ke dataran pamah dan amat merasai nikmat menjadi seorang Muslim. Satu rasa kehambaan yang benar-benar menusuk ke dalam jiwa. Damai rasa, damai rupa. Manusia menempuh ragam hidup yang berbagai dipenuhi peristiwa suka, menyenangkan,duka, sedih kecewa, terkadang putus asa. Peristiwa ini akan menimpa siapa saja, tidak kira miskin papa atau kaya raya, soleh ataupun gangster gedebe, terhormat atau proletar lapar berumahkan kolong atau kotak, atau tidur tiduran di jalanan, namun terasa nikmat hotel 6 bintang.Semua peristiwa ini dalam pandangan orang beriman adalah ujian atau tribulasi atau mihnah kehidupan yang akan menentukan siapakah di antara kita mampu menghadapi ujian ini dengan jaya dan tidak mudah kalah. Ketegaran jiwa sebegini tidak dimiliki  oleh semua manusia yang  beriman. Ia memerlukan proses pembinaannya tersendiri. Masa adalah faktor yang menentukan keyakinan, rasa berserah kepada Allah, tempat bersandar sewaktu-waktu masalah  yang pelik dan sulit melanda dan menghimpit jiwa. 

Rupa-rupanya segala keperitan problem dan rencam isu kehidupan adalah penajam batin yang membina peribadi, memekakan hati dan menunjangkan iman. Lantas membentuk totaliti manusiawi sehingga ia menjadi benar-benar manusia hamba kepada Allah.










RESIPI UNTUK BERAMAL SOLEH

Amal soleh = amalan baik dan diterima @ diredhai Allah. Tapi ramai manusia sukar untuk menghasilkan amalan baik berbanding amalan tholeh. Kenapa begitu? Sebabnya amalan baik memerlukan seseorang itu memiliki hati yang beriman kepada Allah swt. Dan amalannya itu hanya tertuju kepada mencapai the pleasure of Allah. Inilah kayukur yang membezakan amalan kebajikan yang soleh dan yang tidak soleh. Satu amalan > mahu menunjuk-nunjuk dan mendapat perhatian dan akreditasi manusia. Satu lagi amalan > hanya tergantung niatnya kepada keredhaan Ilahi. Begitulah benchmark antara amalan soleh dan tidak soleh.  Justeru, jenis-jenis amalan yang tertera di atas itu menjadikan seseorang sama ada berakhlak karimah [mulia] dan mahmudah [terpuji] atau berakhlak bejat. Akhlak karimah dan mahmudah harus memenuhi 2 syarat :-
            
            i.   sesuai dengan syariat@tuntutan agama, dan
           ii.   terniat hanya sanya untuk mencapai redha Allah.

Contohnya seorang guru mengajar para muridnya dengan penuh kesungguhan dan bertungkus lumus mendidik mereka agar menjadi manusia  cerdik dan beradab, sehingga muridnya hormat  dan sayang padanya. Hormat dan kasih sayang yang diperolehi itu adalah balasan kedua daripada Allah setelah ia diberi pahala atas sebab keikhlasan amalan tersebut kerana Allah. Berbanding dengan seorang guru lain yang fokusnya mahu meraih rasa hormat dan kasih sayang daripada muridnya dengan amalannya yang dipamerkan secara bersungguh, namun kesungguhan itu tidak dinilai Allah lantaran ianya tidak berlaku dalam rangka mencari redha Allah.

Amalan adalah buah iman. Oleh itu amalan soleh = terhasil daripada iman yang benar kepada Allah. Kalau begitu bagaimanakah kalau seseorang itu mendakwa dirinya beriman tetapi hatinya tidak tergerak untuk buat perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan perilaku sosialnya buruk? Itu namanya angan-angan @ impian saja. Bak kata ramai orang "hati mau baik ber!  Amalan perkara lain lah!" Hati baik sahaja tak cukup. Kebaikan hati itu mesti ada guna dan manfaatnya. Jika tidak hati itu tiada nilai langsung - di sisi manusia pun tiada nilai, apatah lagi di sisi Allah. Inilah yang digelarkan kehidupan yang kosong makna dan jenis perniagaan yang rugi [tabur]. AWAS !... pemicu yang merangsang munculnya amalan soleh dan perilaku Islami = Tarbiyah Ruhiyah.

Wassalam, jumpa lagi!
 

Ruhani : Pemacu @ Pengendali @ Pengemudi Dan Penentu Arahtuju Manusiawi

Ruhani adalah unsur yang tersangat urgen untuk diasuh dan dibina berbanding anasir jasad dan aqal. Kalau kita mahu membina bangunan besar dan tinggi mencakar awan, yang mesti dan perlu dibina dulu adalah asasnya. Asasnya pula mestilah dibina kukuh untuk menerima berat binaan itu. Superstructure bangunan tidak akan berdiri lama jika asasnya lembik macam beleda @ agar-agar. Kegoyahan yang berlaku sehingga menyebabkan ia tumbang bukan kerana ombak seismik, akan tetapi lantaran asasnya yang jerlus kerana punyai banyak cavities @ lompongan. Bayu yang berhembus gemalai pun bisa menumbangkan binaan jenis ini, apatah lagi gempaan dan gegaran bumi berskala tinggi. 


Ruhani manusia pun serupa. Kalau ia lompong dan berongga, masakan ia bisa membawa bebanan tugas sebagai khalifah di muka bumi. Walaupun ia memiliki  ijazah berjela-jela panjang  dan ilmu duniawi yang tinggi serta ketrampilan hebat dalam bidang kepakarannya, ia laksana orang gemuk yang sangat obeis berkaki kecil. Jika perumpamaan ini bisa dipakai, bolehlah kita katakan bahawa seorang yang kecil kakinya tetapi berbadan sangat besar tidak upaya mendorong dan menampung jasadnya berjalan dan berlari. Sedemikian juga halnya dengan ruh yang bonsai tidak pula berupaya memotivasi seseorang untuk mentaati Allah dan Rasul walaupun dari sudut akademiknya ia pintar dan mendalam profesionalismenya. Dorongan untuk tunduk mentaati Allah dan Rasul serta merasai kerdil di hadapan Sang Pencipta bukan bergantung kepada rantaian kelulusan akademia. Karena ramai  berkelulusan  tinggi dari institusi dalam dan luar negara tidak mempamerkan  sifat kehambaan dan kerabbaniyan. Sedangkan ramai pula yang tidak memiliki credentials mempunyai kesedaran Islam yang tinggi dan berserah diri kepada pemilik alam ini. Justeru ini memberi makna bahawa jiwa yang terusap dan tersentuh dengan tuntunan Allah swt akan menjelmakan manusia yang berjiwa dinamis dalam setiap pekerjaan dan patuh tunduk kepadaNya.  Perihal ini terjadi lantaran jiwanya hidup -  yang menghidup dan menjernihkan jiwanya itu adalah ISLAM. 


Lihat saja Almarhum Sheikh Ahmad Yasin di Palestin yang menjadi ikon dan simbol penentangan Yahudi laknatullah, jasadnya  lumpuh dan matanya buta, tetapi berjiwa kental dan penuh semangat juang menyemarakkan obor perjuangan. Semua ini berlaku lantaran pembinaan jiwa/ruh/hati menjadi landasan  kepada pendidikan akademik dan jasadi. Sebab itulah Rasulullah saw pernah bersabda : " Ingatlah dalam diri manusia ada segumpal daging yang jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh dan bila ia jelek maka jeleklah pula seluruh tubuh. Ingatlah bahawa itu adalah hati." [HR. Ibnu Majah].

Proses Perubahan Diri

Manusia mesti berinteraksi dengan dirinya sendiri. Ia perlu berhubung dengan fitrahnya baik secara langsung @ tidak langsung. Ia harus monolog dan dialog dengan oknum-oknum di sekelilingnya. Proses ini digelar sosialisasi @ pemasyarakatan. Semua ini bertujuan memproses diri untuk merobah kepada kebaikan. Kalau hakikatnya demikian, maknanya mereka yang tidak peduli dirinya - tiada monolog dan dialog, sebetulnya berada dalam satu milieu @ kondisi haprak.  Haprak secara lafziah bermaksud tidak berguna.

Proses menjadikan insan itu menuju kesempurnaan adalah satu kegiatan sangat mulia.  Jadi proses itu haruslah tuntas merangkumi segenap anasir@komponen manusia : fizik, intelektual dan ruh secara sekaligus.  Unsur yang beraneka ini memiliki fungsinya tersendiri, namun kesemuanya bersatu membentuk satu kesatuan yang harmonis. Fungsi-fungsi yang berbeza ini membikin keperibadian manusia terpecah [split], namun saling menyempurnakan dan melengkapi antara satu sama lain.

Kalau jasad mahu dipelihara dengan menyuap dan menyantap makanan berkhasiat diikuti senaman @ olahraga dan istirehat. Aqal @ intelek memerlukan suntikan informasi dan menggunakannya untuk memecahkan persoalan. Ia sentiasa digunakan dan dikembangkan supaya  cerdas dan cerdik.    Ibarat pisau yang terus terusan diasah dan digilap agar tetap tajam dan menghiris. Bagaimana pula dengan jiwa @ ruh? Sudah tentu ia juga tersangat memerlukan senggaraan sepertimana kedua-dua elemen di atas. Selalunya manusia kurang peduli @ tak kisah malah tak ambil pusing terhadap pemeliharaan jiwa@ruh. Sebab apa ya? Karena tidak seperti jasad, kalau tidak diberi makan & minum kita akan terasa lapar dan haus.Aqal fikiran  pula kalau tidak diasuh menerusi persekolahan dan pembelajaran, ia akan menjadi bodoh bin dungu bin bangang bin pandir etc lantaran tumpulnya fakulti aqal. Jadi manusia akan tampak hal ini jelas pada titik matanya, yakni seorang manusia yang kurus tak bermaya dan tongong. Justeru kita berazam tidak mahu jadi begitu, sebab kita merasa malu  dilihat oleh orang lain sebagai tidak tampan @ macho. Apatah lagi ditokok dengan sifat pandir dan bengap @ bongok.......apa lagi ya..

Kendatipun demikian, perihal jiwa@ruh ini pelik sedikit sifatnya. Seandainya tidak diberi apa-apa kepadanya manusia tetap tampak anggun dan menawan malah jasadnya terus bugar macam tak ada apa-apa kekurangan pun. Nak tau bila akan terserlah kepandirannya? Iaitu apabila dia membuka mulut untuk berbicara. Nescaya akan keluar dan terpacullah kata-kata yang tidak mempunyai pandangan hidup @ worldview @ weltanschuung @ tasawwur hidup yang jelas lantaran jiwa tidak terasuh.