Kecoh betul mengenai Logo HALAL memenuhi dada akhbar dan paparan media. Sesekali terserempak dengan kes publik memberi komentar bahawa logo HALAL sudah dilacuri oleh para peniaga bukan Islam khususnya, karena semata-mata mahu melariskan jualan produk masing-masing. Kedai makan dan restoran pula menayangkan logo Halal dan ayat al-Quran sebagai tanda halal dan bisa makan tanpa perlu was-was. Publik yang cetek agama dan tidak peka ilmu fiqh, menerima logo Halal dengan mudah dan senang hati menggomoli makanan hingga menjilat jari. "Apa kisah? Bukankah sudah ada tanda Halal dan ayat Quran, takkan mereka jual makanan haram kot?" Inilah komen biasa daripada orang biasa yang tak peduli agama dan tak ambil kisah soal taharah.
Memang masih ramai populasi Melayu Muslim yang peka dan ambil berat soal Halal & Haram, tapi ternyata terdapat trend@kecenderungan orang Melayu yang sudah kematu iman, tak kisah dan tak pilih tempat makan untuk menjaga jasad dan jiwa agamanya karena kejahilan yang pekat. Intan dan kaca dilihat sama saja, tetapi kalau bertandang di kedai emas Habib dan Poh Kong , pandai pula menilai intan/berlian atau kaca. Sanggup bayar harga mahal sebab tahu nilainya. Akan tetapi nilai agama mereka tak tahu langsung sebab tidak nampak hujung terowong bahawa dunia telah mendekati kiamat, walaupun sudah banyak tanda-tanda kecil dan besar terpapar di depan mata. Mata mereka masih terbeliak besar untuk merebut harta duniawi walaupun umur telah di ujung hayat. Masih bergedik sakan kalau dengar ada habuan besar berupa kontrak/tanah kosong tak bertuan/emas hitam di bawah tanah dan dasar lautan. Siapa kisah halal atau haram menghentam dan menggomoli harta ini?
Makanan dan minuman tidak menjadi halal karena logo Halal semata-mata. Ia juga tidak jadi Halal secara mutlak sebab adanya paparan ayat Quran di dinding kedai makan@restoran. Kita kena tahu dan insaf bahawa takrif halal itu bermula dengan bahan makanan@minuman itu mesti asalnya halal, diproses dan dimasak menggunakan ramuan serta peralatan secara bersih lagi suci dari sudut taharah;manusia yang mengendalikannya pula harus ada ilmu agama paling minimum memahami selok belok taharah selain ia beriman kepada Allah. Persoalannya adalah:apakah mungkin kita melepaskan tangan dan tanggungjawab kepada orang yang tak kenal agama malah tidak beriman kepada Allah menjaga Halal Haram makanan dan minuman kita? Apakah mereka akan kisah dan peduli? Salah kitalah karena senang sangat muntahkan darah [mentekedarah?] apa yang orang lain jual, asalkan saja bukan batu dan kayu. Itupun kadang-kadang terbalun juga sebab batu dan kayu itu diadun begitu rupa sampai tak nampak sifat kayu dan batu lagi!
Dalam spektrum kehidupan Muslim, aspek makan minum hanyalah satu juzuk daripada beberapa juzuk besar yang lain yang mesti diberi keprihatinan setiap masa. Kenapa soal halal haram makanan dan minuman sahaja digembar gemburkan dan dihebohkan. Bagaimana dengan kehidupan menyeluruh sebagai seorang Muslim yang beriman terhadap Allah dan Rasulnya? Apakah tidak terbetik soalan tentang apakah selama ini segala perlakuan, tindakan, perkataan, perangai, akhlak, perasaan, jiwa, amarah, benci, rindu, dendam dan seribu satu sudut lain yang menyentuh kehidupan Muslim diamati dan diteropongi sama ada bertepatan dengan kehendak as-Sunnah yang juga tidak lari dari hukum Halal dan Haram dalam Islam? Pokoknya, bukan kena jaga bab makan minum saja bung, tapi semuanya sekali secara tuntas.
Fikirkanlah wahai ummah..
Wallahu'alam.
17 Jun 2011

0 comments:
Post a Comment