JANGAN SUKA-SUKAAN semata dalam bersukan. Semua benda dan perkara yg menjadi kerja buat dlm konteks kehidupan IslamI adalah bernilai, berpahala, menyumbang dan memberi makna kpd maksud keberadaan manusia di mayapada ini.
Allah berikan kita nyawa, anggota jasad yg sempurna, otak beraqal, jiwa yg peka cenderung kebaikan, hati yg lembut menerima dan memberi kasih sayang dan cinta - adalah nugrahan Allah swt secara gratis tetapi ada TAKLIF @ pertanggungjawaban. Free tapi tertakluk kpd AUDITAN Maha Pencipta atas segala aktiviti manusiawi - tak kira ianya seni budaya, sosial, politik, ekonomi, sukan & rekreasi - sebut saja entah apa-apa lagi tak larat hendak disenaraikan.
Ternyata dalam keghairahan melantak bola siang malam = live & replay saya amat-amati bahawa rata-rata semua pasukan beria-ria mahu julang Pi Ya La Bo La DuNiYa, satu lambang kemasyhuran duniawi, tanda aras kehebatan strategi, taktik, perhitungan, kemahiran {tipu + helah} individu pemain serta jurulatih. Semua mata yg terpaku kepada Bo La berkira-kira kalau mana-mana pasukan mahu menang, mesti hitung dan congak faktor-faktor tersebut. Hampir nol yg ambilkira faktor penentu drp Sang Pencipta para pemain Bo La dan jurulatihnya. Tak ada siapapun ambil pusing apatah lagi peduli tentang Penguasa Alam yg berkuasa menentukan siapa yg akan menang - England @tau Jerman? Paraguay @tau Jepang? Spanyol @tau Portugal? Waimapun sikaki judi dan tauke judi yg perut buncit macam bola sebab kenyang melahap habuan. Sebab apa - kerana manusia sering terlupa - mempertuhankan sesama manusia drp mempertuhankan Allah yg benar-benar agung dan mutlak dalam memberi kesan ke atas sebarang usaha. Secara halus dan lihai syaitan membisikkan kesyirikan. Buktinya, dalam situasi biasa - bola boleh disepak ke mulut gol dengan mudah, tapi kalau Allah tak iZiN ia akan melencong @tau melambung keluar daripada palang tanpa perlu diterkam penjaga gol.
Bercakap tentang sporting spirit - sepatutnya goalie Jerman mengaku bola telah melepasi garisan gol dirembat Lampard w/pun pengadil tak nampak. Selagi manusia itu bernama manusia, tambahan pula agama dan kepercayaan itu hanya berfungsi bila datang bencana @ al- maut, penipuan menjadi Halal demi kemenangan. Justeru kita lihat atas nama kesukanan juga aurat boleh diketepikan, hubungan antar jantina menjadi harus: jurulatih lelaki bisa peluk pelatih wanita lantaran suka dan meraikan kemenangan. Doktor @ pakar terapi boleh merawat/mengurut otot pemain/pelatih tak kira halal haram. Tak hairanlah kita pernah mendengar cerita-cerita skandal macam-macam dalam pesta sukan tempatan atau luar negara.
Sebagai seorang manusia kita belajar di sekolah dan di rumah tentang makna kejujuran @ bercakap benar. Kemana saja kita pergi dan berada, tak kira di padang bola atau di dusun malah sedang menyusuri kota metropolitan yg sendat dengan bermacam ragam manusia - insan yg bertuhankan Allah tetap mempunyai karektor yg sama dan mantap dalam setiap aksinya. Ia tetap berimankan Allah dan Hari Akhirat dan ia masih jelas tampak syurga dan neraka dalam titik pandangan matanya. Tuhan tidak Mati di satu tempat dan muncul kembali pada tempat yg lain, sehinggakan perangai dan fiilnya bisa berubah macam bunglon=sumpah2. Pendekata, ia tetap Islam @ Islamik di mana saja lantaran ia Ihsan dengan Allah swt. Sewajarnya sukan bisa membina jambatan takruf dan mempertautkan hubungan antara anak-anak Adam di samping bersukaria bermain untuk mempamirkan kemahiran dan kekuatan masing-masing selain menyegar serta menyihatkan badan. Sukan sepatutnya mempunyai unsur mendidik akhlak yg berlaku secara natural di padang permainan, bukan sekadar membina kecergasan jasad dan mental. Seandainya sukan dilaksanakan dengan etika yg Islamik, ia juga merupakan pendidikan yg berlaku dalam suasana santai bermain. Dengan demikian mudah-mudahan kita akan mendapat manfaat duniawi dan juga syurgawi.
Wassalam,