Jejak-jejak Di Pantai Zaman

~The Footprints of Time~

KEMBARA II DI BUMI AMBIA - sambungan

Tarikh muktamad keberangkatan aku dan zaujah ke Makkah telah ditetapkan pada 171109 ;jam 10:35am perlu lapor diri di Kelana Jaya. Tamat sudah penantian jadual penerbangan yang telah dipohon pertimbangan TH agar urusan domestik dapat diuraikan secara tuntas agar tidak mengganggu ibadat haji di haramain.

Sepuluh sebelas dua ribu sembilan adalah aniversari kelahiranku dan sekaligus tarikh keramat bermulanya bahtera persaraan belayar keluar kuala menuju samudera luas. Lancangnya harus kukuh dan tega meredah badai kerja-kerja da'awi yang ufuknya sayup mata memandang. Terasa semacam jasadku tertelan dalam hempasan gelombang, tindan menindan, gulung menggulung, lambung melambung diiringi gemersik angin yang memuput serta menguraikan rambut yang kusut.

Retyrement bermakna membikin bunga baru pada kehidupan yang semakin singkat. Agar ia memberi cengkaman keras kepada jalanan yang sememangnya licin untuk dilalui apatah lagi tayar tanpa bunga! Pemergian yang sekujur 45 hari ke bumi ambia adalah ketentuan Ilahi, semacam dirancang rapi tapi sebenarnya tidak. Ia satu anugerah Allah yang nampak macam kebetulan tapi aku lebih suka mengatakan ianya taqdir yang tersusun oleh Allah swt. Justeru persaraan aku dimulai dengan kerja mulia. Nampaknya tak boringlah pencen 56. Sekarangpun banyak kerja rutin kena buat tiap-tiap hari...senggaraan kediaman ala DIY, bersih kolam ikan, lanskap depan halaman premis... la macam-macam no!

Aku tekad mahu buat kerja haji kali ini sebaik mungkin kerana yang pertama dulu agak kurang memuaskan lantaran itu pengalaman pertama. Labbaikallahumma Labbaik...

KEMBARA II DI BUMI AMBIA

TH telah menetapkan tarikh aku berlepas ke Madina pada 311009. Niat aku untuk menaiki pesawat akhir ke sana tidak tertunai lantaran tiada keizinan Allah swt. Buat masa ini aku sedang sibuk membuat persediaan kelengkapan dan pakaian termasuk ubatan sebagai bekalan selama 45 hari di sana bersama isteri dan anak saudara isteriku.

Hari ini aku menyusuri KL yang sudah sekian lama ditinggalkan justeru cuti bersara sejak 230909. BIMB & CIMB dilawati bagi melunaskan beberapa urusniaga penting sebelum berangkat, terutamanya hutang piutang dengan beberapa individu dan tidak lupa mengemaskinikan akaun BSN ibu di desa yang memerlukan perbelanjaan rawatan dihujung usia serta wang saku W. Mutaali di Mat3 untuk pulang bercuti pada November 09.

InsyAllah aku akan mulai mencoret dan berkarya sepulangan dari Makkah nanti dengan lebih gigih dan bertenaga bagi membina dan mewarnai pemikiran masyarakat pembaca dan pemikir yang mencari keredhaan Allah. Labbaikallahumma Labbaik.....

Al Muqaddimah

Assalamu'alaikum folks,

Tonite my blog has been created to establish communication among us, especially our BPN study circle which has ceased to operate since my preretirement leave which started on 23 September 2009.

My heartfelt thanks to all of you who has given me energy, vigor and enthusiasm to conduct the intellectual discourse all these years during my short stint in MARA. In conjunction with Eidul Fitri more so the month of Syawal is still busy with open houses, I personally would like to extend my highest gratitude and seeking apology for whatever my wrong doings thus far.

For your information, I'm going to start writing now and certainly you'll have to allow me some time to get started and accelerate to gain momentum. You know, I'm now still in holiday mood as I have released all my pressure and pain. See you later, salam.