ALI IMRAN : 185 memberitakan bahawa manusia akan bertemu dengan satu saat paling bermakna dan tersangat besar bahayanya yang digelar perjalanan terakhir. Perjalanan ini adalah perpisahan menuju ke satu destinasi pelancongan yang belum pernah disenaraikan dalam mana-mana senarai destinasi agen-agen pelancongan. Pasport dan visa tiada perlu karena manusia ke sana atas jemputan khas pemilik kerajaan besar 1Dunia tanpa sempadan.
Perjalanan dan perpisahan ini adalah lambaian terakhir antara manusia dengan segala yang disayangi dan dikasihinya : isteri, anak, sahabat, rumah, kenderaan, kad kredit, saham dan segala kemewahan dan kesenangan duniawi. Manusia yang cerdik lagi bijaksana ialah mereka yang sentiasa mengingati mati dan merancang strategi mengumpul bekalan untuk berpindah ke destinasi akhir kehidupan untuk beristirahat, jauh dari kekalutan, kesedihan, kedukaan dan kesengsaraan. Melancong kali ini adalah pelancongan satu hala tiada tiket kembali. Allah telah berfirman dengan amaran keras dan sinis bahawa ada kumpulan manusia yang suatu masa dulu ketika berada di dunia bermaian-main dengan kehidupan, relaks dan bersantaian sambil menikmati keseronokan duniawi yang menipu; lalu dikejutkan oleh kematian dan mendapati bajet untuk hidup dalam alam akhirat tidak mencukupi. Hatta terkapai-kapai memohon Allah meluluskan cuti tanpa gaji untuk pulang ke dunia untuk beramal soleh dan beribadat supaya cukup bajet untuk balik semula ke alam akhirat dengan harapan tidak dikenakan apa-apa penalti oleh Allah. Malangnya permohonan mereka ditolak karena kehidupan duniawi sudah expired. Dunia yang dulunya pernah wujud sudah hilang kewujudannya. Semua manusia tidak lagi beribadat - masa yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu the moment of truth untuk sesi timbangan amal.
Alamak! inilah kecelakaan dan kerugian besar yang sebenar. Kerugian yang mengatasi kejatuhan harga saham, sekuriti, emas dan serba serbi barangan dagangan. Inilah kemacetan dan kemuflisan ekonomi hakiki seseorang yang tak bisa diperbaiki dan diatasi lagi oleh mana-mana pakar ekonomi Timur dan Barat. Maka mengadaplah Allah oleh seseorang itu dalam keadaan compang camping ibadatnya dan koyak rabak jiwanya yang belum bersedia ditimbang amalannya. Saat ini tiada siapa yang dapat membantu kita. Mahu buat pinjaman mikro untuk menampung pahala yang kurang, tiada sebarang skim yang ditawarkan oleh mana-mana agensi akhirat. Skim yang ada hanyalah skim mahligai super mewah dan skim penjara super azab. Kemewahan dan keazabannya tiada upaya diberi spesifikasi oleh manusia sebab konsep dan bayangan perspektifnya belum dikeluarkan. Blueprint masih rahasia dan tersimpan kukuh dalam perbendaharaan Allah swt.
Tanda-tanda kematian menurut Imam Al-Ghazali adalah nyata kepada semua orang yang masih hidup : kulit kedut, rambut beruban, sakit pinggang, lenguh lutut, kebas kaki dan tangan, mata rabun,gigi goyang dan jarang, ingatan mulai kurang, menopaus, mati dahan dan pucuk dan entah apa-apa lagi yang telah expired. Mahu lari ke mana sekalian manusia daripada penyakit ketuaan ini? SPA dan salun kecantikan serta herba tidak cukup kuat untuk menahan kemaraan umur tua. Kata Saiyidina Ali karamallah wajhah, "... kamu tunggulah kematian, nescaya ia datang berjumpa kamu..."Rasulullah saw yang disayangi Allah pun mati, inikan pula manusia macam kita yang banyak buat dosa. Bezanya kita dengan Rasulullah saw ialah baginda rela dan redha pergi bertemu Allah dengan segera karena beliau tidak sedikitpun terikat pada dunia. Pesan Nabi,' ..kamu di akhirat adalah dengan apa yang kamu kasihi..'
Bagaimana dengan kita? Kita kasih apa dan siapa?
Ayuh fikir-fikirkan ...our days are numbered...
Wallahua'lam.
31 Oktober 2011